Tuesday, September 20, 2011

Fitrah yang menyuntik motivasi


Artikel myilham.com

Fitrah itu mampu mencampak anda setinggi langit!

 ” saya nak tanya sikit. macam mana nak tangani perasaan nak bercinta ni ye.. kahwin lambat lagi, mak saya kata tunggu habis belajar.. saya pun tak fikir pasal kahwin, tapi perasaan ni datang..”
Seorang sahabat berpangkat adik mengadu rasa baru-baru ini. Saya berfikir sejenak. Soal fitrah, bukan boleh disekat. Itu respon pertama saya.
Sebenarnya, ramai remaja keliru tika didatangi perasaan tersebut. Sebahagian mereka menyalahkan diri sendiri dan berusaha mencampakkan fitrah tersebut jauh-jauh. Fitrah yang mengusik jiwa itu dianggap sebagai parasit yang bisa ‘merosakkan’ cita-cita dan masa depan. Saya kurang bersetuju.
Lalu saya rumuskan satu panduan kepada sahabat tersebut. Soal fitrah sukakan berlainan jantina, itu normal. Hadirnya waktu ini, juga suatu yang normal. Yang tidak normal, sukakan sesama jantina. Maka, usah hukum diri sendiri sebaliknya ambillah perasaan tersebut sebagai motivasi.

Wednesday, July 27, 2011

Sabarlah dulu sayangku :)

Artikel: Fenomena tercemar, nukilan sahabat saya di Irbid, Nurul Hasna' Hazni. Tulisan beliau boleh dibaca di blog beliau ini. Semoga tulisan ini mampu menyedarkan kita dan seterusnya mendorong kita untuk memperkasakan pembinaan fardu muslim, insyaAllah :)



Pendahuluan: fenomena kahwin.

"awak, saya ada masalah berat ni.."
"insya-Allah, selagi boleh, hasna' akan cuba bantu..^^. Masalah apa ya?"
"saya nak kawin. Apa pandangan awak?".
Terkedu. Ini sudah masuk kali ke berapa ribu (hyperbola) orang-orang di sekeliling saya membicarakan tentang perkahwinan. Dan setiap kali itu jugalah saya akan terdiam. Berfikir. Sebelum menyusun kata. Atau mungkin sebenarnya terdiam. Berfikir. Dan menahan sabar.

Monday, July 25, 2011

Panjang umur atau berkat umur?

Sanah helwah! :)


Setiap kali tiba hari lahir seseorang, maka ungkapan biasa yang akan dilafazkan adalah, "Selamat hari lahir, semoga panjang umur dan murah rezeki". Tapi jarang sekali kita memperincikan doa tersebut bukan?


Pagi tadi seusai Subuh,  Allah menemukan saya dengan ayat ini saat mentadabbur kitab cintaNya.

Sunday, July 24, 2011

Persiapan menyambut tetamu agung

Ramadhan bakal tiba tidak lama lagi. Bagaimana persiapan kita untuk menyambutnya? Adakah hanya Allah yang 'bersungguh-sungguh' menawarkan ganjaran yang lumayan kepada kita melalui Ramadhan ini, tetapi kita tidak bersungguh-sungguh untuk merebutnya? Semoga kita termasuk dalam kalangan mereka yang rugi dan mensia-siakan hadiah istimewa darinya ini.


Jom kita tengok apa bentuk persediaan yang boleh kita mulakan dari sekarang ;)

Friday, July 15, 2011

5 langkah mencapai kemuliaan

*Dipetik dari buku "Anak-anakku berjuanglah", oleh Ummu Anas


Abul Laith pernah menjelaskan tentang 5 langkah untuk memperoleh kehormatan dan kemuliaan.
1. Menahan diri daripada maksiat.
Berdasarkan kepada perintah Allah supaya menahan nafsu daripada maksiat, agar diganjari syurga.

Tuesday, June 21, 2011

Penyejuk mata


"Aku tahu kamu sentiasa mendoakan aku supaya menjadi penyejuk matamu, kerana aku juga turut sama mendoakan dirimu setiap kali dalam doaku. Semoga kita sama-sama dapat memperbaiki diri dan hubungan kita dengan Allah, agar dapat menjadi penyejuk mata antara satu sama lain suatu hari nanti, insyaAllah."


Wanita, Bersediakan Anda Menjadi Penyejuk Mata?
Artikel myilham.com 


” Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dari isteri-isteri kami dan anak pinak kami,penyejuk mata kami. Dan jadikanlah kami penghulu bagi orang-orang bertaqwa.”
Ya. Penyejuk mata. Suatu perkara yang tidak pernah kita lupa untuk pohon setiap kali kita menadah tangan berdoa. Kenapa Allah ta’ala suruh kita minta penyejuk mata? Sebabnya, itulah yang bakal menjamin ketenangan dan kebahagiaan kita dalam kehidupan nanti.

Friday, June 17, 2011

Al-Fatihah

Jumaat
17 Jun 2011
10.23 pagi


Menerima khabar pemergianmu seusai solat subuh dan bacaan al-kahfi di bumi Israk ini.
Sesungguhnya telah tiba detik Allah menjemputmu, menemui diriNya, Ar-Rafiq Al-A'la
Usah berduka, kerana ku yakin perpisahan kita ini hanya sementara,
InsyaAllah bertemu kembali di syurga sana, yang kekal abadi.


Tenanglah rohmu di sisi Tuhanmu, semoga diampunkanNya segala dosa-dosamu,
dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang soleh.


Al-Fatihah buat allahyarhamah nenda tercinta, Hajah Rogayah Hassan, yang lebih mesra dipanggil sebagai 'che'.
Tiadalah apa yang mampu ku berikan buat dirimu, melainkan doa yang tidak putus-putus agar Allah melimpahkan kesejahteraan ke atas rohmu.


Allah, kasihanilah dan sayangilah che, sebagaimana sayang dan kasihnya che terhadap diriku. Terimalah segala amalannya semasa hayatnya di dunia dahulu.


"Ya Allah, Ampunilah dia (dari beberapa hal yang tidak disukai), maafkanlah dia dan tempat-kanlah di tempat yang mulia (Surga), luaskan kuburannya, mandikan dia dengan air salju dan air es. Bersihkan dia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih dari kotoran, berilah rumah yang lebih baik dari rumahnya (di dunia), berilah keluarga (atau istri di Surga) yang lebih baik daripada keluarganya (di dunia), istri (atau suami) yang lebih baik daripada istrinya (atau suaminya), dan masukkan dia ke Surga, jagalah dia dari siksa kubur dan Neraka.” (HR. Muslim 2/663) 

Mohon sahabat-sahabat turut menyedeqahkan al-fatihah dan bacaan yaasin buat che. Terima kasih



Friday, June 03, 2011

Turki


Off to Turkey
Istanbul - Ankara - Konya - Bursa
From 4th till 14th June 2011
Sungguh, maha cantik perancangan Allah itu
Tidak merancang pun hendak ke sana cuti semester ini, namun Dia permudahkan.
Ke arah merealisasikan CUTI
C.U.T.I = Cuti Untuk Tambah Ilmu dan Iman

Doakan agar diselamatkan perjalanan pergi dan balik,
dan yang paling utama, agar tidak pulang kosong,
sebaliknya membawa pulang bekal yang akan menjadikan diri
selangkah lebih hampir ke arah cita-cita yang diingini,
cintaNya.


Ameen

P/S: Sahabat-sahabat akademi Az-Zikr, jangan lupa dengan hafazan Al-Quran kita. Cuti sebulan ni, jom pecut sebanyak mungkin yang kita boleh! :)

Wednesday, June 01, 2011

Buat sayangku si cantik

Seindah hiasan adalah wanita solehah.
Tidak inginkah kita menjadi seindah hiasan itu?


Sayangku,
warkah ini tidak lain tidak bukan,
hanyalah untuk berkongsi sedikit rasa hatiku,
yang selama ini terbit,
kerana rasa cintaku pada saudari-saudariku diluar sana.
Izinkan aku berkongsi rasa ini denganmu, agar engkau sekurang-kurangnya
dapat membantu aku menegur mereka dengan berhikmah.


Ketahuilah,
aku begitu kagum dengan kecantikan yang dianugerahkan Allah kepada kaum yang bernama wanita ini.

Maha Suci Allah, yang menciptakan aku dan kamu sebagai wanita yang cantik,
cantik dengan segala cukupnya fizikal kita, sempurnanya penciptaan kita.
Lebih cantik bila dia kurniakan kita dengan Iman dan Islam ini.

Tuesday, May 31, 2011

Maafkan aku Sayang


Sudikah Engkau menerima diriku kembali?


Sayang,
Maafkan aku
kerana selama ini, aku tidak menghargaiMu dengan sebenar-benar penghargaan.


Maafkan aku,
kerana sanggup berlaku curang pada diriMu,
sedang aku tahu, Kamu yang sentiasa ada bersama dengan diriku,
setiap detik,setiap ketika,
tanpa pernah sedikit pun merasa jemu dan lelah.

Doakan


Suraiya, 
doakan agar kakak 
dapat habiskan pengajian kakak di sini dengan sempurna ya?
Doakan agar perjalanan kakak disini 
dipermudahkan tanpa tersekat dimana-mana ya?
Kamu tahu bukan, kakak pun ingin segera pulang bersama kamu?

Dan kamu, yang membaca blog ini, mohon doa daripada kalian juga, 
supaya diberikan kekuatan untuk mengharungi sisa-sisa masa di sini.
Semoga masa yang dihabiskan disini, tidak sia-sia dipandanganNya.
Ameen.

Terima kasih

Monday, May 30, 2011

Doa Cinta





Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: “Di antara doa Nabi Daud ’alihis-salaam ialah: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.” Dan bila Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam mengingat Nabi Daud ’alihis-salaam beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.” (HR Tirmidzi 3412)



Sunday, May 29, 2011

Why do people have to leave each other?



"The dunya is as a place of fleeting moments and temporary attachments. A place where people are with you today, and leave or die tomorrow. But this reality hurts our very being because it goes against our nature. 

Saturday, May 28, 2011

Terkadang kita lupa



Terkadang kita lupa, bahawa menuntut ilmu itu adalah satu jalan dari jalan-jalan yang membawa ke syurga, kerana itu tiada siapa yang menempuhnya dengan mudah, melainkan perlunya mujahadah menghiasi jiwa.


Terkadang kita lupa, bahawa menuntut ilmu itu jauh lebih baik dari beribadah tanpa kefahaman, kerana jika benar ilmunya, maka lurus jugalah amalnya.

Friday, May 27, 2011

Kerana kita lebih cintakan Dia...

Artikel iluvislam.com

Aku sungguh ingin mengejar cintaMu. 
Jika tidak diizinkan bersama berlari dengannya sekalipun, 
janganlah kami menjadi asbab yang menghalang satu sama lain dari mendapatkan cintaMu.
-gambar hiasan-

"Apa yang aku dah buat ni....?
Astaghfirullah, selama ni aku ingin mencari keredhaan Allah. Aku ingin berdakwah. Aku kongsi artikel Islam untuk semua kawan aku. Kononnya ingin memuhasabahkan diri, dan juga kawan-kawan yang lain. Tapi apa yang telah aku lakukan?

Wednesday, May 25, 2011

Qasidah


Jom berkenalan dengan Qasidah di sini :)




Monday, May 23, 2011

Selamat Ulangtahun Yang Pertama Sayang :)












23 Mei 2011
Genap satu tahun umur kamu Suraiya.
Sanah helwah sayang!
Maafkan kakak kerana tidak dapat berada di sisimu, melihat kamu membesar.
Semoga Allah meredhai perjuangan dan pengorbanan kakak ini.
Membesarlah kamu menjadi wanita calon penghuni syurga sayangku!

Jangan stress-stress :)

Monday, May 16, 2011

Sinis

"Perubatan adalah pemusnah ekosistem, dimana ia 'membantu' manusia untuk hidup lebih lama daripada sepatutnya. Manusia yang hidup pasif, makan tidak terkawal, merokok dan mengamal segala tabiat negatif yang lain, ‘dibenarkan’ untuk terus hidup. Akhirnya membawa kepada penambahan populasi, meningkatkan permintaan makanan, pembukaan penempatan baru dan berbagai masalah lain yang tiada penghujungnya."

Kesimpulannya, prevention is better than cure. Pandai-pandailah menjaga kesihatan diri sendiri. 

Tapi, kalau di dunia ini tiada manusia yang sakit, maka akan wujudkah golongan doktor? Hurm~


Dear you


Hakikatnya, cinta manusia itu 
hanyalah jambatan untuk meraih cinta Allah bukan?

Mari berkasih sayang keranaNya! :)

Saturday, May 14, 2011

CVS cupcakes!



Tak boleh nak tunggu cuti, nak try buat sekarang jugak!


Maka terhasillah cupcakes ini. Dikala orang lain sibuk menghadap lecture notes, saya pula sibuk berseni di dapur. Aiyyyaaak! (_ _!!) Oke, sekali ni je. Dah puas hati dah, baru lah boleh fokus kat exam gini,heeee. :D


Tapi seriusly, cupcakes ini tidak bagus untuk CVS system anda! Manisssssss amat!


Bittaufiq untuk semua. Biar cuti kita nanti betul-betul woth it. :)

Wednesday, May 11, 2011

Comel-licious!









Alaaaaaaahai, geramnya tengok semua gambar-gambar ni. Comel sangat! Sape reti buat benda alah ni, nak belajar!!! 


Pictures taken from here.


Notahati: Kepada yang setia mengikuti blog ini (macam la ada kan?heeee) maaf kerana tak dapat nak update selalu. Gotta focus with the final exams. Banyak juga ya post yang tertangguh? InsyaAllah cuti nanti kita bersua kembali :)

Sunday, April 24, 2011

Kempen kempen!

Minggu ini sangat sibuk. Sibuk berkempen calon pilihan untuk pilihanraya PERMAI 2011/2012. Dan iya, seronok juga ya membuat poster untuk calon ni. ^^


Lihat poster dahulu. Ceritanya kemudian~



















Calon-calon lain, bukanlah kurang hebatnya, kerana masing-masing punya kelebihan dan kekuatan tersendiri. Cuma, mungkin tempatnya bukan disini, mungkin potensi dan bakat mereka lebih menyerlah di lapangan lain :) Lagi pula, setiap orang pun punya pilihan masing-masing kan?


3ala kulli hal, all the best untuk kesemua calon. Ingatlah, walaupun tidak menjawat sebarang jawatan, amanah kepimpinan tetap tergalas di bahu setiap antara kita.


Mari berkempen secara sihat dan matang! 

Thursday, April 21, 2011

[RESIPI] Triffle CAKNA



Sempena mesyuarat muhasabah CAKNA malam ni :)


Senang je nak buat ni, oke jom!

Thursday, April 14, 2011

Tonight's Dinner : Chicken Chop

Masih fail dalam bab presentation~


Minggu ni, alhamdulillah, mood masak saya agak baik. Jadi untuk malam ni, terasa nak masak something spesyel sedikit. Takdelah spesyel sangat pun, cuma mungkin lain dari hari-hari biasa. Semalam pun dah sibuk berangan dengan k.shee dan tqah untuk buat macam-macam. Mungkin kerana agak depress dengan markah RS yang tidak memberangsangkan (3ala kulli hal, tetap alhamdulillah, kerana sebanyak mana pun markah, ia tetap rezeki kan? Yosh, kena usaha dengan lebih kuat lagi!)


Jadi, terkeluarlah bermacam-macam idea resipi. Chocolate Indulgence cake lah, Nasi Tumpang lah, macam-macam lagilah! Sampai tqah pun kata, "jangan sampai jadi macam angan-angan Mat Jenin sudehhh",hihi. Pengajarannya? Tidak salah untuk bermimpi dan memasang impian, tetapi angan itu hendaklah disusuli dengan tindakan dan usaha, barulah berpijak di bumi, tidak sekadar di awang-awangan cuma!


Jadi malam ini, mari kita memasak Chicken Chop!


Ready, set, bismillah and go!

Untuk adik



To the sweetest girl
In all of the land
May your birthday
Be happy and grand

I Love You! 


14 April 2000


Lahirlah seorang lagi bunga dalam taman keluarga Encik Nazim Hassan dan Puan Norhalina Md Nor. Puteri terakhir dalam keluarga kami, Nur Farah Eizzah Nazim

Tuesday, April 12, 2011

[RESIPI] Chicken Pie Akhawatku Sayang

Hari ini terasa rajin pulak untuk 'berseni' dalam masakan. Dah lama sebenarnya tak buat projek masak-masak ni, a hobby that I used to loved to do before. Dulu rajinlah jugak bila bosan untuk buat aktiviti-aktiviti bajet comel ni. Tapi lately macam dah hilang rasa untuk buat semua tu. Alhamdulillah, hari ni Allah izinkan untuk buat something untuk akhawat-akhawat batch tercinta, sebab petang ni kami ada gathering + solat hajat + potluck sikit. 
Yeay, tak sabarnya rasa, nak jumpa akhawat-akhawat yang best ni! Mereka semua sudah menjadi sebahagian daripada adik-beradik dan keluarga saya sepanjang di Jordan ini.

Jadi, mari kita lihat apa yang kita ada untuk potluck malam ni.



Tadaaaa, Chicken Pie Akhawatku Sayang. Nama tak boleh bla, kiut sangat, sekiut akhawat-akhawat United_Akhawat_09,heeee ^^

Seni mendidik anak-anak


Have you heard of the story - spilt milk? Well, we all know there is no use crying over spilt milk. But this story is different. I would hope all parents would respond in this manner.

Sunday, April 03, 2011

Fenomena Vlog



Apa itu vlog? Haa, vlog ni adalah singkatan bagi video blogging. Usually people use vlog as a medium to say and express what they think about certain issues. Saya sebenarnya bukanlah orang yang laju dalam bab gossip-gossip teknologi ini, tapi sekurang-kurangnya tahula sedikit sebanyak tentang fenomena ini.


Kenapa dikatakan fenomena? Entahlah, mungkin sudah lama sebenarnya muncul video-video blog seumpama ini, cuma mungkin saya sahaja yang baru menyedarinya. Ini antara beberapa orang vloggers saya tahu dan sempat melihat hasil karya mereka.

Thursday, March 24, 2011

Sukarnya menjadi akhawat



Mentarbiah akhawwat memang ada kelainannya berbanding dengan ikhwah. Alhamdulillah, aku diberi izin oleh Allah untuk terlibat dalam mendidik kedua-dua gen ini. Walaupun silibus perbincangannya sama, tapi pengkhususan tetap berbeza. Akhawwat akan menjadi isteri kepada seorang ‘pejuang’ yang bukan sahaja memimpin keluarga, bahkan menjadi pemimpin massa. Pastinya tugas mereka seberat ummahatul mukminin dalam memotivasi suami agar terus kukuh dan agresif dalam perjuangan. Kerja sebenarnya kelak adalah menjadi sekolah baru dalam rumahtangga yang bakal melahirkan generasi baru yang mewarisi perjuangan. Mereka bertanggungjawab memastikan kesinambungan perjuangan ini berterusan. Ini tidak menafikan peranan mereka di luar rumah dalam mendidik puteri-puteri sejenisnya.

Saturday, March 19, 2011

Sekerat jalan

Selalu je post yang saya tulis, mesti takkan sempat habis dan boleh di-publish. Bukan satu atau dua post yang tersekat di draft, tapi hampir berbelas-belas. Materials sudah ada, topik sudah dibuka, cuma terlalu sukar untuk menghabiskan hingga ke abjad terakhir.


Oh, benarlah, bukan mudah untuk menulis. Kalau setakat update status di FB tu, siapa-siapa pun boleh kan? Tapi untuk tulis satu post lengkap yang bermanfaat, tak ramai yang punya kemahiran.


Tak elok ni. Mungkin perlu bertatih dari mula. Perlu perbanyakkan latihan.


Mungkin perlu betulkan niat mengapa ingin ber-blog. Aku berblog hanya keranaMu Ya Allah. Sebagai medan perkongsian, medan memperbaiki diri. Bukan pandangan manusia yang dikisahkan, tetapi pandangan Tuhan manusia yang diburu.


Biar sedikit, asalkan istiqamah, tak gitu? Apa-apa pun mestilah bermula dengan sedikit, dan perlu dipertingkatkan melalui kemahiran dan masa. Takkan nak expect nak jadi penulis sehebat saifulislam.com sedang hanya baru bertatih menulis tidak sampai setahun?


Semoga dipermudahkan Ya Allah~

Saturday, March 12, 2011

Qaradhawi dan Misyar



Qaradhawi dan Misyar
Oleh: Siti Hajar Mohd Zaki


"Seandainya seorang wanita itu berhasil menggenggam dunia, berhasil mendapatkan semua anugerah penghargaan dari dunia dan berhasil mendapatkan semua kehebatan dunia, namun tidak mempunyai suami, sebenarnya wanita tersebut sangatlah miskin."

Masa untuk buktikannya!

Well done is better than well said.  
~Benjamin Franklin

Action speaks louder than words.


Jangan banyak cakap saja, mari kita buktikannya melalui amal dan perbuatan!

Thursday, March 10, 2011

Yang Maha Pengampun

Oh Al-Ghaffar, 
The One who forgives the sins of His slaves time and time again!


Everytime you commit one more mistake, 
you feel you can’t repent and that its way too late. 
Your’re so confused, wrong decisions you have made, 
haunt your mind and your heart is full of shame. 
Don’t despair and never loose hope, 
cause Allah is always by your side. 

Aku seringkali menjadi pendosa, tetapi Dia sentiasa menjadi Pengampun tegar!


Terima kasih Tuhan!

Wednesday, March 09, 2011

Pulihkan cinta kalian


"..memang susah mencari seorang Adam yang terfikir untuk berkahwin supaya mempunyai seorang Hawa yang halal baginya itu mengarah jalan menuju ke Syurga.."
"..apabila pernikahan terbina bukan kerana cinta kepada Ilahi maka tumbuhlah tunas-tunas lalang menghalang cahaya cinta Ilahi daripada terus menerjah ke sumur hati.."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...