Thursday, April 14, 2011

Untuk adik



To the sweetest girl
In all of the land
May your birthday
Be happy and grand

I Love You! 


14 April 2000


Lahirlah seorang lagi bunga dalam taman keluarga Encik Nazim Hassan dan Puan Norhalina Md Nor. Puteri terakhir dalam keluarga kami, Nur Farah Eizzah Nazim



23 Mei 2010


Hampir sepuluh tahun kamu menjadi adik dan anak bongsu, tetapi dengan kelahiran Nur Farah Suraiya, kamu tidak lagi menjadi yang terakhir. Namun adik, kamu tetap punya ruang yang istimewa dalam hati kami. Jangan risau, adik masih adik kami yang dahulu. Kasih sayang kami tidak akan pernah berubah meski kamu bukan yang terakhir lagi. Tapi adik faham kan, kenapa kadang-kadang semua orang akan beri perhatian yang lebih pada Suraiya, kerana dia masih kecil, dan memerlukan perhatian kita semua. Kita kena bantu Suraiya adik untuk dia mengharungi hidup di dunia ini.


14 April 2011


Kini kamu telah dewasa wahai adikku sayang. Entah mengapa, mengingatkan dirimu, kakak jadi rasa sebak. Mungkin selama ini, kakak masih belum cukup mengenali adik. Kakak masih belum cukup menghabiskan masa-masa berkualiti dengan dirimu. Kakak masih belum menunaikan hak kamu sebagai adik dengan sebaiknya.


Selamat ulangtahun yang ke 11 adikku sayang. Harapan kakak, agar kamu membesar menjadi wanita solehah. Di dunia ini, mana-mana kakak pun, pasti menginginkan yang terbaik buat adik-adik mereka. Begitu juga dengan kakak, kakak mengharapkan yang terbaik buat adik. Jangan diulangi kesilapan-kesilapan yang kakak lakukan selama ini. Jadilah insan yang lebih baik dari kakak. Dan kakak yakin, adik pasti boleh. You are such a sweet and demure sister. You have a very bright future dear, so don't spoil it.


Akhirnya, pesanan kakak pada adik, agar jagalah solat dengan sebaiknya. Manfaatkan segala ilmu agama yang adik dah belajar di SRI Aman tu. Jadilah anak yang solehah buat ummi dan abah, adik yang baik buat kakak, angah dan diklin, serta kakak yang bertanggungjawab buat Suraiya. Adiklah wakil kakak untuk menjaga Suraiya sepanjang keberadaan kakak di Jordan ini. Bantu ummi dan abah serta kakak-kakak yang lain dalam menjaga dan mendidik Suraiya.


Belajarlah bersungguh-sungguh ye dik, kemudian jangan malas untuk menghafaz Al-Quran. Adik masih muda, masih punya banyak peluang dan masa untuk menghafaz al-quran. Jangan jadi macam kakak, bila dah tua macam ni baru nak merangkak-rangkak menghabiskan hafazan. Sangat rugilah bila masa muda dihabiskan begitu sahaja.


Kakak harap adik membaca apa yang kakak tulis ini. InsyaAllah, kamu sentiasa dalam ingatan dan doa kakak, sepertimana jua ummi, abah dan adik-adik kakak yang lain.


Take good care of yourself dear. Kalau adik perlukan apa-apa dari kakak, just tell me okay? Don't hesitate because i'll always be by your side.


As for your birthday present, adik nak apa? Nanti kakak belikan, tapi insyaAllah adik hanya akan dapat hadiah tu bila kakak balik Malaysia tahun depan nantilah ye.


Till then, wassalam.


Yang menyayangi dan merinduimu,


Kakak


Hand-made birthday card, just for you. 
Huuu, sori la kalau buruk, kakak hanya amatur oke dalam bab ni? :D




Notahati: Maaf ye dik kalau adik tak faham apa yang kakak sampaikan, mungkin gaya bahasa tak bersesuaian dengan umur adik. But insyaAllah, u'll understand it by time :)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...