Friday, July 15, 2011

5 langkah mencapai kemuliaan

*Dipetik dari buku "Anak-anakku berjuanglah", oleh Ummu Anas


Abul Laith pernah menjelaskan tentang 5 langkah untuk memperoleh kehormatan dan kemuliaan.
1. Menahan diri daripada maksiat.
Berdasarkan kepada perintah Allah supaya menahan nafsu daripada maksiat, agar diganjari syurga.


2. Rela dan redha dengan pemberian yang sederhana.
Berpandukan sabda Rasulullah s.a.w, "Harga syurga ialah tidak rakus pada dunia"


3. Rajin melakukan ketaatan dan kebaikan
Berkeyakinan dengan janji Allah, "Syurga diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu"


4. Mencintai dan bergaul dengan orang soleh.
Mengharapkan syafaat kebaikannya berpandukan sabda nabi s.a.w, "Perbanyakkanlah kawan, setiap kawan itu ada syafaatnya pada hari kiamat"


5. Banyakkan doa
Mohon khusnul khatimah (pengakhiran yang baik) dan dimasukkan ke dalam syurga.


Berkata ahli hikmah: 



"Condong kepada dunia setelah mengetahui pahala bererti suatu kebodohan. 
Tidak bersungguh-sungguh dalam beramal setelah mengetahui besarnya pahala bererti lemah dan malas.


Di syurga nanti ada masa rehat yang tidak dapat dirasai kecuali oleh orang- orang yang tidak pernah berehat di dunia. Ada kepuasan yang tidak dapat dikecapi kecuali oleh orang-orang yang meninggalkan berlebih-lebihan dan bersederhana di dunia"

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...