Thursday, February 24, 2011

Penat?





Seringkali aku ingatkan pada diri. Walau penat, jangan berhenti kerana di sini bukan tempat rehatmu, kerana di sana ada kematian yang menantimu sebagai kerehatan yang abadi dari segalanya. Walau terkadang jemu, ku gagahkan diri untuk terus melaluinya, kerana keseronokan yang diimpikan hanyalah di Jannah sana, yang jauh lebih kekal dan hebat keseronokannya.



Menjadi manusia ini, terkadang dihinggapi dengan rasa penat dan bosan.
Penat menjadi manusia? Bosan menjadi manusia?
Itulah yang dialami hati, tatkala matlamat kehidupan tidak diperjelas, janji Tuhan tidak diingati.


Saya sendiri seringkali dihinggapi penyakit ini.
Ya, dan tika saat itu, akan menjadi saat-saat terburuk dalam hidup saya.
Saya akan menghabiskan masa untuk menyendiri, mengasingkan diri dari orang sekeliling, berusaha mencari jawapan kepada persoalan yang tidak sudah.
Diri memang tidak berupaya untuk memberi kepada ummah, apatah lagi jika membicarakan soal prduktiviti dan dakwah.
Namun sisi positifnya, saya mengganggap rasa-rasa ini sebagai hadiah dari Allah untuk saya bermuhasabah.
Bermuhasabah mengenali siapa diri saya yang sebenarnya, ke manakah kehidupan ini ingin dilayarkan.


Dan untuk itu, terima kasih Allah.


Kerana perasaan-perasaan negatif itulah, menjadi wasilah Allah mempertemukan saya dengan ramai insan-insan istimewa yang berusaha membantu saya mengenali keistimewaan dan potensi diri.
Jujurnya, setelah fatrah kehidupan sebagai remaja di alam menengah persekolahan, saya mengalami masalah keyakinan diri yang sangat teruk.
Syukur, Allah telah membuka mata saya bahawa, selama ini saya tidak pernah sendiri. Ada ramai insan yang mengambil berat serta menyayangi saya.
Dan yang paling penting, ada Dia yang tidak pernah jemu bersama saya.


Ya, kerana penat dan bosan itulah, saya belajar untuk menjadi seorang yang lebih optimis dan positif.
Dan saya juga belajar satu pelajaran penting, jika diri tidak disibukkan dengan kebaikan, maka mudah sekali Syaitan mengheret ke arah kejahatan.


Tika penat, berhentilah seketika untuk kembali memuhasabah perjalanan kehidupan.
Tapi sekali-kali, usah kau berhenti, kerana kehidupan ini teramatlah panjang kehidupannya,
dan bukanlah landasan yang tepat bagi orang-orang yang sudah berputus asa di pertengahannya.


* Kembali menulis setelah menganaktirikan FB seketika. Semoga kali ini aku lebih setia dengan kamu, kerana aku ingin kembali mencari diri yang hilang melaluimu, blog :)

2 comments:

  1. weewitt!

    haha. kembali aktif berblog nampak gayanya. semoga istiqomah la ye :P

    ReplyDelete
  2. semoga ada hikmah yang bisa ku peroleh di sini :)

    tengs akak for always supporting me, walaupun kadang-kadang tu rasa agak rimas jugak la! haha :D

    just kidding my dear, wink2 ^^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...