Sudikah Engkau menerima diriku kembali?
Sayang,
Maafkan aku
kerana selama ini, aku tidak menghargaiMu dengan sebenar-benar penghargaan.
Maafkan aku,
kerana sanggup berlaku curang pada diriMu,
sedang aku tahu, Kamu yang sentiasa ada bersama dengan diriku,
setiap detik,setiap ketika,
tanpa pernah sedikit pun merasa jemu dan lelah.
Sabarnya diriMu dengan karenahku,
yang hanya akan mencariMu bila mana aku di dalam kesusahan,
tetapi akan terus melupakan diriMu,
bilamana aku temui kebahagiaan dengan makhluq-makhluq lain seperti diriku.
Sayang,
Maafkan aku,
kerana selalu saja aku bilang pada mereka bahawa aku mencintaiMu,
namun tindak tandukku, jauh sekali menunjukkan bahawa Engkau adalah kecintaanku.
Maafkan aku, kerana aku telah lama menyakiti diriMu,
dengan segala kejahilan dan noda dosa yang aku lakukan kepada diriMu.
Oleh itu, aku mohon padaMu Sayang,
Tuhan yang Maha Pengasih, yang tidak terjangkau kasih sayangnya,
Maafkanlah aku buat kesekian kalinya,
dan izinkanlah aku,
untuk kembali menyambung kisah cinta antara kita.
Terimalah aku kembali Ya Tuhanku,
sudilah kiranya jika Engkau menerimaku sebagai kekasihMu,
dan terimalah secebis rasa cinta dari makhluqMu yang hina ini.
Sungguh,aku ingin mencintaiMu dengan sebenar-benarnya. Maka bantulah aku dalam perjalanan untuk mengejar cintaMu ini. Rezekikan aku dengan kecintaan terhadap diriMu.
Ameen Ya Rabbal Alamin, Wahai Tuan Pemilik segala rasa cinta.
No comments:
Post a Comment