Saturday, May 28, 2011

Terkadang kita lupa



Terkadang kita lupa, bahawa menuntut ilmu itu adalah satu jalan dari jalan-jalan yang membawa ke syurga, kerana itu tiada siapa yang menempuhnya dengan mudah, melainkan perlunya mujahadah menghiasi jiwa.


Terkadang kita lupa, bahawa menuntut ilmu itu jauh lebih baik dari beribadah tanpa kefahaman, kerana jika benar ilmunya, maka lurus jugalah amalnya.


Terkadang kita lupa, bahawa kita sebagai hambaNya yang teristimewa telah dibekalkan kapasiti yang mencukupi untuk menerokai lautan ilmu Dia yang Maha Luas, maka tiada istilah tidak mampu, kerana jika diizinkanNya, maka tiada apa yang mustahil. Maka untuk itu pohonlah keberkatan ilmu kita.


Dan terkadang jua kita terlupa untuk meluruskan niat sepanjang bergelar penuntut ilmu, bukan hanya tika di permulaan perjalanan, tetapi bahkan di pertengahan dan pengakhirannya.


Akhirnya, semoga kita tidak akan lupa, bahawa menuntut ilmu itu, hakikatnya adalah untuk membawa kita mengenal Dia, mengejar cintaNya.


***


Allah, permudahkanlah jalan kami untuk menuntut ilmuMu ini.


Haemolymphatic System (HLS) Final, 2nd June 2011, 0815-1015 

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...