Thursday, April 21, 2011

[RESIPI] Triffle CAKNA



Sempena mesyuarat muhasabah CAKNA malam ni :)


Senang je nak buat ni, oke jom!



TRIFFLE CAKNA


Bahan-bahan:






-2 Kotak kek gulung (swiss roll, but actually any type of cake will just do fine)
-2 cawan susu segar
-3 sudu besar tepung kastard dibancuh dengan 1 cawan air sejuk
-3 sudu besar gula 
-3 kotak jeli segera (dibancuh mengikut arahan pada kotak) - perasa ikut suka, strawberry paling sedap, tapi saya beli lime sebab ada yang tu je
-2 tin buah-buahan campuran


Cara-cara:


1. Potong dan susun kek di dalam bekas.




2. Sediakan kastard. Di dalam periuk,panaskan susu dan gula sehingga menggelegak. Kemudian masukkan bancuhan kastard, dan kacau sehingga menggelegak sekali lagi.


3. Tuang kastard di atas lapisan kek tadi. Biarkan seketika di dalam peti sejuk.






4. Sediakan pula jeli segera. Campurkan dengan buah-buahan campuran di dalam tin.


5. Tuang di atas lapisan kastard tadi. Simpan di dalam peti ais sehingga keras.


6. Oke dah siap. Senang je kan?







Selamat mencuba! :)


Nota hati: Oh, tolonglah, gaya bukan macam budak medik langsung! Ya Allah, kurniakanlah aku kecintaan terhadap pembelajaranku dan bidang perubatan sebagaimana Engkau kurniakan kecintaanku terhadap masakan! =.='

2 comments:

  1. Ha Ha Ha.

    nota hati paling 'lawak' pernah dijumpai pada orang sesiqoh ini.

    takkan medic tak bez kot.

    jangan jadikan hobi suatu kekerapan, nati hilang indah dia.

    elok kot,didik kerja jadi sebati, hobi jadi penyeri.

    [er. harapnya faham.]


    *word verification ni annoying laa!! eh,maaf.*

    ReplyDelete
  2. faham. terima kasih atas tegurannya.
    sedang masih mencuba untuk menjadikan medik sebagai kecintaan yang utama.
    mohon doakan,
    bukan mudah pasti untuk membuat sesuatu yang kita masih belum punya jiwa terhadapnya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...