Selalu je post yang saya tulis, mesti takkan sempat habis dan boleh di-publish. Bukan satu atau dua post yang tersekat di draft, tapi hampir berbelas-belas. Materials sudah ada, topik sudah dibuka, cuma terlalu sukar untuk menghabiskan hingga ke abjad terakhir.
Oh, benarlah, bukan mudah untuk menulis. Kalau setakat update status di FB tu, siapa-siapa pun boleh kan? Tapi untuk tulis satu post lengkap yang bermanfaat, tak ramai yang punya kemahiran.
Tak elok ni. Mungkin perlu bertatih dari mula. Perlu perbanyakkan latihan.
Mungkin perlu betulkan niat mengapa ingin ber-blog. Aku berblog hanya keranaMu Ya Allah. Sebagai medan perkongsian, medan memperbaiki diri. Bukan pandangan manusia yang dikisahkan, tetapi pandangan Tuhan manusia yang diburu.
Biar sedikit, asalkan istiqamah, tak gitu? Apa-apa pun mestilah bermula dengan sedikit, dan perlu dipertingkatkan melalui kemahiran dan masa. Takkan nak expect nak jadi penulis sehebat saifulislam.com sedang hanya baru bertatih menulis tidak sampai setahun?
Semoga dipermudahkan Ya Allah~
btol tu, biar pun sedikit asalkan istiqamah. lama-lama, selesalah nak tulis pjg sket + bermanfaat utk reader. :)
ReplyDelete