Barangkali, wabak Al-Futur itu adalah wabak yang paling berbahaya dalam kehidupan para Amilin, kerana itulah Dr. Al-Syed Muhammad Noh meletakkan ‘Al-Futur’ sebagai wabak nombor satu dalam buku karangannya yang bertajuk ‘Wabak Sepanjang Jalan’ [Aafat ‘alat Toriq].
Bagi mereka yang biasa dengan alam perjuangan, maka kalimah Al-Futur inilah yang sangat-sangat digeruni dan ditakuti. Dalam sebuah perjalananan kehidupan, sudah pastinya kita mengimpikan gambaran yang ideal, di mana kita dapat terus-terusan berlari ke arah kecemerlangan tanpa sebarang halangan atau perhentian.
Namun, sejarah mengajar kita, idealnya kehidupan ini adalah ianya tidak ideal seperti yang diimpi. Jatuh bangun dan kegagalan itulah yang sebenarnya yang memberikan kehidupan itu erti. Pasti, dalam keghairahan bergerak medukung Islam, Futur sekali sekala datang menyinggah.
Futur, ape tu?
Dari sudut bahasanya, ia membawa dua pengertian:
1)Terputus atau terhenti sesudah berjalan, atau diam sesudah bergerak.
2) Malas, menangguh, melengah-lengahkan sesudah bergerak aktif dan bersungguh-sungguh.
Dari sudut istilahnya pula, Al-Futur merupakan suatu wabak atau penyakit yang mungkin menimpa sebahagian daripada para ‘Amilin.
Tahap al-Futur yang paling rendah adalah malas, menangguh-nangguh, melengah-lengahkan, dan tahap yang paling tinggi ialah berhenti terus atau diam sesudah bergerak cergas secara berterusan.
Kenapa boleh Futur ni?
1) Sikap keterlaluan dan berlebih-lebihan dalam agama
2) Membazir dan melampaui batasan dalam menggunakan sesuatu yang diharuskan
3) Mufaraqah (meninggalkan) jemaah dan memilih hidup beruzlah dan berseorangan
4) Kurang mengingati mati dan hari akhirat
5) Pengabaian melakukan ibadat harian
6) Mengambil makanan yang haram atau syubhah
7) Penumpuan amilin ke atas sudut tertentu dari ajaran Islam
8) Gagal memahami sunnatullah tentang alam dan penghidupan
9) Mengabaikan hak tubuh badan kerana bebanan tugas dan tanggungjawab di samping kekurangan tenaga amilin.
10) Tidak bersedia menghadapi halangan dan cabaran dalam perjuangan.
11) Mendampingi golongan yang tidak berjiwa besar
12) Sambil lewa menjalankan tugas sama ada di peringkat individu atau di peringkat jemaah
13) Terlibat dengan perbuatan jahat dan maksiat terutamanya melakukan dosa kecil serta memandangnya sebagai remeh
Kesan Al-Futur
Terhadap individu: Kurang perhatian dan tumpuan untuk melakukan ketaatan kepada Allah. Kemungkinan sikap ini akan terus kekal sehinggalah ke akhir hayatnya. Maka orang ini akan berjumpa dengan Allah dalam keadaan yang tidak bertanggungjawab dan tidak patuh kepada Allah.
Terhadap gerakan Islam: Gerakan Islam terpaksa menempuhi Jalan yang panjang dalam perjuangannya, juga bebanan yang berat dan pengorbanan yang banyak.
Ini merupakan sunnatullah kerana Allah tidak akan member kemenangan dan kekuasaan kepada orang yang malas, lalai dan tidak konsisten dalam perjuangan. Sesungguhnya kemenangan hanya diberi kepada amilin yang begitu sistematik gerak kerjanya, berjuang secara berterusan, cemerlang dalam pekerjaan dan hebat dalam perjuangan.
Merawat Al-Futur
1)Menjauhkan diri dari melakukan maksiat sama ada yang besar mahupun yang kecil
2) Berterusan melakukan ibadat harian
3) Mengintai waktu-waktu yang afdhal untuk beramal dan melakukan ibadat.
4) Membebaskan diri dari begitu keterlaluan di dalam agama
5) Meletakkan diri dalam dakapan jamaah
6) Memberi perhatian kepada sunnatullah yang wujud pada manusia dan alam seluruhnya
7) Bersedia untuk berhadapan dengan halangan
8) Meneliti dan bertindak secara sistematik dalam pekerjaan
9) Sentiasa mendampingi orang-orang soleh yang berjihad dikalangan hamba Allah
10) Memberi hak kepada badan
11) Menghiburkan diri dengan melakukan perlakuan yang harus
12) Sentiasa merujuk dan mengkaji buku-buku sirah, sejarah dan biografi
13) Sentiasa mengingati mati dan soal kubur
14) Sentiasa mengingati syurga dan neraka
15) Sentiasa menghadiri majlis ilmu
16) Menerima Islam secara keseluruhan
17) Melakukan muhasabah ke atas diri dan mengkaji setiap masa
Teruslah berlari hingga KEBOSANAN itu BOSAN mengejarmu...
Teruslah berjalan hingga KELETIHAN itu LETIH bersamamu...
Teruslah bertahan hingga KEFUTURAN itu FUTUR menyertaimu...
Tetaplah berjaga hingga KELESUAN itu LESU menemanimu...
Catatan hati: Saya hanya merumuskan isi-isi penting untuk rujukan pantas saya dan kalian semua. Yang terbaik, sudah pastilah dengan membaca sendiri teks asalnya, yang mana lengkap beserta huraian dan dalil-dalilnya sekali. InsyaAllah, kita sama-sama menambahkan ilmu kita dalam proses menjadikan kita hambaNya yang lebih baik.
futur tu kalu tk silap buko poso?
ReplyDeletekah3
bongek punya wala. Kalau ada depan mata dah kene smack down
ReplyDeletegelak je la ngn wala' uh!!
ReplyDeletehai sheee!!haha
fasya i bkak tngk tjuk bila rsa rjin ckit i bca ya..hehe..cmne??malu x ngn kiri kanan..kui3x..shhhhh!!
wala,
ReplyDeletebaru baik demam, biasalah..
ha.
astaghfirullah,
ReplyDeletetak mecet lagi budak2 Jordan neh~
*geleng-geleng kepala
kah.
ReplyDeletefaturat xse kiro?
x adil sgguuuuhh..
-k.e- *mls k sign eh*