Tuesday, April 12, 2011

[RESIPI] Chicken Pie Akhawatku Sayang

Hari ini terasa rajin pulak untuk 'berseni' dalam masakan. Dah lama sebenarnya tak buat projek masak-masak ni, a hobby that I used to loved to do before. Dulu rajinlah jugak bila bosan untuk buat aktiviti-aktiviti bajet comel ni. Tapi lately macam dah hilang rasa untuk buat semua tu. Alhamdulillah, hari ni Allah izinkan untuk buat something untuk akhawat-akhawat batch tercinta, sebab petang ni kami ada gathering + solat hajat + potluck sikit. 
Yeay, tak sabarnya rasa, nak jumpa akhawat-akhawat yang best ni! Mereka semua sudah menjadi sebahagian daripada adik-beradik dan keluarga saya sepanjang di Jordan ini.

Jadi, mari kita lihat apa yang kita ada untuk potluck malam ni.



Tadaaaa, Chicken Pie Akhawatku Sayang. Nama tak boleh bla, kiut sangat, sekiut akhawat-akhawat United_Akhawat_09,heeee ^^


Jadi, nak berkongsilah resipi yang tak seberapa ni, kerana berkongsi itu kan seronok? Erti hidup pada memberi, eheh. 
*padahal dah takda modal untuk update blog, sampai abah pun tanya, kakak bila nak update blog? hoho. Input banyak je dapat abah, tapi belum masih diizinkan untuk berkongsi di blog ini. Selalunya dikongsi dengan sahabat-sahabat di sini sahaja :)

CHICKEN PIE AKHAWATKU SAYANG (with extra love in every bite!)

Bahan-bahan:
- Shortcrust pastry (beli siap di kedai, ada je kalau cari kat frozen section mana-mana supermarket)
-Kuning telur (untuk sapuan)

Inti:
-Minyak 
-3 keping dada ayam
-7 biji cendawan segar (nak guna yang dalam tin pun boleh je, insyaAllah)
-5 ulas bawang putih
-Mixed vegetables
-2 biji kentang, dipotong dadu
-Garam dan gula secukup rasa

Sos putih:
-Mentega
-2 sudu tepung gandum
-Susu segar
-1 tin kecil Cream (Qishtah)
-Thyme, Oregano, Rosemary
-Serbuk lada hitam
-Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Baca Bismillah dulu. Niatkan untuk kebahagiaan sahabat-sahabat,eheee. (kat sini ada satu restoran nama dia 'Dalle3 Karsha3' yang bermaksud 'manjakan perut anda',HAHA. macam macam la ye strategi nak tarik orang ni :D)





2. Susun shortcrust pastry tu dalam loyang atau bekas kesukaan anda. Yang saya beli ni jenis petak-petak segi empat, so memerlukan 6 keping semuanya untuk base.





3. Untuk intinya, tumis bawang putih bersama dengan cendawan hingga garing. Kemudian masukkan kentang, ayam serta mixed vegetables. Perasakan dengan gula dan garam. Kacau sehingga ayam masak. Sambil tu jangan lupa baca selawat, perasa tambahan agar lebih sedap ^^. Setelah masak, ketepikan.




4. Untuk sos putih, cairkan mentega di dalam periuk. Kemudian, masukkan 2 sudu tepung gandum, dan kacau sehingga sebati. (Ini asa untuk membuat Bachamel Sauce/White Sauce sebagai agen pemekat). Kemudian, masukkan susu segar. Sepatutnya kena guna air stok ayam, tapi sebab takde, maka saya gantikan dengan susu. Kacau sehingga menggelegak, dan masukkan qishtah.





5. Kemudian, masukkan herba-herba tadi (thyme/oregano/rosemary) dan serbuk lada hitam ke dalam sos. Sesuaikan rasa dengan garam. Kemudian campurkan inti ayam tadi ke dalam sos.




6. Tuang inti ayam ke atas base shortcrust pastry yang dah disediakan awal-awal tadi lagi. Masa ni bacalah doa rabitah, semoga hati-hati akhawat ini sentiasa bertaut kerana Allah. Auwwwwww, sweet tak saya? Ngeee~







7. Akhir sekali, tutup dengan lebihan shortcrust pastry, dan beruskan sedikit di atasnya dengan kuning telur agar tampak lebih cun nanti.

8. Bakar dalam oven dengan suhu lebih kurang 200 degree celcius selama 20-25 minit.





9. Alhamdulillah, dah pun siap. Bon appetite. Selamat mencuba!

Notahati: Nak buat gathering selalu boleh, tapi kena kurangkan tang makan tu. Kita tidak mahu melahirkan akhawat-akhawat yang 'comel-comel' yang menjadi bahan umpatan masyarakat,huhu. Bersenam untuk masa depan yang lebih ceria! :D




6 comments:

  1. merujuk pada nama, memang tak adalah rezeki para syabab.

    ReplyDelete
  2. kalau mahu muroqib malam ini,panggil sadis.

    dapat ar kirim makanan dekat dia

    huk huk

    ReplyDelete
  3. rasanya para syabab pun punya chef yang bahkan lebih hebat dari akhawat kan?

    insyaAllah nanti adalah kot tu Chicken Pie khas untuk syabab~

    ReplyDelete
  4. hazen & cidak:

    burp. alhamdulillah.

    maaflah, sedap sangat sampai takde baki.!

    ReplyDelete
  5. boleh la minta tolong buat utk next meeting =)

    ReplyDelete
  6. raihana:

    ish,tak baiknye raihana nazri neh! kesian kat depa~

    anon:

    erk, next meeting? hurm, saya tak taula bila pula next meeting saya dengan anon.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...