Wednesday, December 08, 2010

Tonight's Dinner : Limpa masak kicap & Daging masak sambal





Tiba-tiba rasa nak buat blog ni blog masakan.


Adeh, caca marba jadinya, blog rojak la kiranya ni. Resipi makanan jasadi pun ada, santapan rohani pun boleh, cetusan hati pun oke, pendek kata ini blog serba boleh la. O yeah! :)


Tak pe la, nama pun sedang mencari identiti diri. Jadi blog ini pun dalam proses 'mencari' brand-nya yang tersendiri.


Bertatih sebelum boleh mampu berlari di kemudian hari.


Cooking has always been my passion.


Suka cuba resipi macam-macam.


Suka gemukkan orang lain (kawan saya cakap sape yang duduk dengan saya mesti jadi 'sehat', hehe)


Walaupun mungkin ada sikit rasa penat nak masak tu, tapi berbaloi.


Seronok, bila kita dapat gembirakan orang lain dengan air tangan kita.


Puas, bila orang lain menikmati masakan kita.


Nak lagi sedap, masa masak tu, 'jampi-jampi' sikit dengan ayat-ayat Quran, zikir dan selawat. Pergh, lagi mengancam! Dah la sedap, berkat pulak tu :)


Jadi, mari kita applikasikan konsep ibadah sepanjang kehidupan kita.


Masak pun ibadah kan? Dan jom kita lakukan ibadah ini dengan penuh ikhlas dan ihsan yang mungkin.


Ihsan is enjoying what you are doing *wink2 ;)


Limpa masak kicap


Bahan-bahan

Limpa - dibersihkan dan dipotong kecil
Minyak
1 biji bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
Sedikit halia (tak tau berapa cm, main agak je) - dikisar
Kicap manis
Air
Garam
Gula
Bawang besar - dihiris kasar
Cili hijau - dihiris kasar

Cara-cara

1. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dikisar sehingga agak garing.

2. Masukkan sedikit air dan kicap manis. Biarkan menggelegak.

3. Masukkan limpa yang telah dipotong. Goreng sehingga masak. Sesuaikan rasa dengan garam dan gula.

4. Masukkan cili hijau dan bawang besar yang dihiris kasar.

5. Tadaaa, dah siap! :)

Daging masak sambal


Bahan-bahan

Daging lembu / kambing - dipotong kecil dan direbus hingga empuk dengan   air yang dicampurkan sedikit asam jawa
Minyak
2 biji bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
Halia - dikisar
5 biji cili merah - dikisar
Pes cili kering (direbus dan dikisar)
Air
Asam jawa
Garam
Gula
2 biji lobak merah - dipotong panjang-panjang

Cara-cara

1. Tumis campuran kisaran bawang besar, bawang putih, halia, cili merah dan pes kering sehingga benar-benar garing.

2. Tambahkan air, asam jawa, garam dan gula sehingga menggelegak.

3. Masukkan daging yang telah direbus dan lobak merah.

4. Ok, dah siap :)

"Masak dengan penuh rasa sayang dan cinta, memang serius berbeza!"

Catatan hati 1 : Uh, saya tau, saya sangat teruk dalam bab-bab bagi instruction ni. Poyo je nak masukkan masakan dalam blog, padahal orang lain lagi pandai masak kan? :P Kalau rasa arahan sukar difahami, google aje. Eheh, inilah lebihnya mahasiswa luar negara, ada peluang nak asah bakat masak kan? :)

Catatan hati 2 : Rindunya air tangan ummi! Walau macam mana kakak try untuk tiru masakan ummi, tetap tak dapat tanding. Memang terbaik la masakan ibu! 


1 comment:

  1. mestilah masakan ibu yang terbaik .. kerana air tangan ibulah yang menemani proses pembesaran kita.. from zer0 to her0..bt0l tak???& satu hari nanti kita juga akan bergelar se0rang ibu yang masakannya akan dihargai oleh anak-anaknya...
    biasanya air tangan ibu adalah masakan yang ikhlas dhttp://mengejarcintamu.blogspot.com/2010/12/tonights-dinner-limpa-masak-kicap.html#comment-forman penuh kasih sayang, khas untuk keluarga tercinta kerna itulah ianya sentiasa menjadi pujaan hati si anak walau di mana mereka berada...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...