Masih fail dalam bab presentation~
Minggu ni, alhamdulillah, mood masak saya agak baik. Jadi untuk malam ni, terasa nak masak something spesyel sedikit. Takdelah spesyel sangat pun, cuma mungkin lain dari hari-hari biasa. Semalam pun dah sibuk berangan dengan k.shee dan tqah untuk buat macam-macam. Mungkin kerana agak depress dengan markah RS yang tidak memberangsangkan (3ala kulli hal, tetap alhamdulillah, kerana sebanyak mana pun markah, ia tetap rezeki kan? Yosh, kena usaha dengan lebih kuat lagi!)
Jadi, terkeluarlah bermacam-macam idea resipi. Chocolate Indulgence cake lah, Nasi Tumpang lah, macam-macam lagilah! Sampai tqah pun kata, "jangan sampai jadi macam angan-angan Mat Jenin sudehhh",hihi. Pengajarannya? Tidak salah untuk bermimpi dan memasang impian, tetapi angan itu hendaklah disusuli dengan tindakan dan usaha, barulah berpijak di bumi, tidak sekadar di awang-awangan cuma!
Jadi malam ini, mari kita memasak Chicken Chop!
Ready, set, bismillah and go!
Bahan-bahan
All ingredients can be found in Arabella Mall :)
-Dada ayam (dibersihkan dan diketuk sedikit bagi melembutkan isi)
-Worcestershire sauce
-Light soy sauce
-Black pepper
Coating:
-Tepung gandum
-Cornflakes (dihancurkan)
Mushroom and garlic sauce:
-minyak untuk menumis
-butter
-2 sudu tepung gandum
-1 labu bawang putih (ditumbuk)
-1/2 biji bawang merah (saiz kecil-ditumbuk)
-cendawan dalam tin (dikisar halus)
-cendawan segar
-stok ayam (air + 2 kiub ayam)
-1 tin krim (qishtah)
-kicap manis (untuk warna)
-gula
Salad:
-Mixed vegetables (dicelur terlebih dahulu)
-Mayonis
-Gula
-Garam
-Cuka
Garnishing:
- potato wedges digoreng
- timun dan tomato dihiris
- daun salad
Cara-cara
1. Bersihkan dada ayam, dan ketuk sedikit untuk melembutkan isi. Kemudian, perap dalam campuran kicap, sos Worcerstershire dan black pepper selama yang boleh. Kemudian, bungkus dengan cling film dan simpan di dalam peti sejuk. Saya perap 2 jam je. The rule is easy, the longer you marinade it, the better it will taste :)
2. Untuk sos cendawan pula, tumis bawang putih, bawang merah dan cendawan kisar sehingga garing, kemudian masukkan cendawan segar. Selepas agak perang warnanya, masukkan sedikit air stok ayam. Biarkan hingga menggelegak dan ketepikan.
3. Dalam periuk lain, buat asas sos Bachamel (cairkan butter dan masukkan tepung gandum). Kemudian, masukkan lebihan air stok ayam dan kuah cendawan yang telah ditumis tadi (no. 3). Masukkan qishtah dan kacau hingga semuanya sebati. Sesuaikan rasa dengan gula dan serbuk lada putih. Kacau hingga menggelegak.
4. Untuk salad, gaulkan kesemua bahan dan simpan di dalam peti sejuk.
5. Apabila sedia untuk dihidang, keluarkan ayam dari peti sejuk. Sediakan coating (tepung gandum + sedikit serbuk kunyit + cornflakes yang dihancurkan) dan sadur isi ayam dengan tepung tadi. Goreng dalam minyak panas secara deep fry sehingga masak.
6. Hidang ayam, sos cendawan, potato wedges, salad, timun, tomato, daun salad dan sos tomato di atas pinggan.
7. Siap. Dah boleh makan dah! Bismillah~
-----
Till then,
-Aisyah-
*clap2*
ReplyDeletecube buat sambal nasik lemak sambal sotong tengokkk.
umi...my feveret..pe g..delivery la..
ReplyDeleteFuuuuuuu, kemas gilewwww meja makan.. Macam tak pechayyeee.. Huahahaha.
ReplyDeleteAnyway, tengs masak. Walopon kek coklat indalgenlah pisanglah hape lah tak buat-buat, dapat la jugak Kenny Rojers(?) ni. Coslo tu terbaek! I loike manis and koslo carrot n bean, bukan kobes.
Sebabkan tak de orang kat rumah, angkut bekap eater dari luar. Huahaha
Sok-sok beli bahan buat kek
arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!
ReplyDeletemasak lagi lepas ni, xkire
buat mase org xde :l
ohhhhhh.ni ke nadh ngan bella makan? tsk tsk
ReplyDeletehebat!
ReplyDelete:)