Wednesday, December 05, 2012

A gift

A little gift for my mutarabbi :)
"Sedar tak sedar, keberadaan kita dalam arena dakwah dan tarbiyyah ini adalah kursus intensif untuk diri kita jua sebenarnya.
Sayangnya Allah pada kita yang telah mencampakkan kita ke jalan ini bukan? Meski kita merasa kotor, hina dan tidak layak untuk memikul taklifan rabbani itu. Terasa bermuka-muka apabila menyeru manusia ke arah kebaikan sedang diri masih tegar bergelumang dengan kejahilan dan

 dosa.

Namun hakikatnya, itulah cara untuk Dia menyucikan kita.

Apabila menjadi murabbi, kita dipaksa untuk sekurang-kurangnya menjadi lebih baik sebagai tempat rujukan untuk mutarabbi kita. Apabila menjadi daie, kita terpaksa bermujahadah untuk menjadi qudwah bagi apa yang kita seru kepada mad'u kita.

Itulah cara Allah membentuk kita!

Maka berbahagialah wahai diri-diri yang dipilih oleh Allah untuk melalui jalan ini, dan tetaplah istiqamah, jangan sekali-kali berpaling. Bersyukurlah, dan teruskan berlari mengajak lebih ramai manusia kembali kepadaNya.

Sayangnya Allah pada kita! ♥"

-Nota dari Liqa' Mentor PINTAR 12.11.12-

Menjadi murabbi, naqibah atau dai'e, bukanlah bermakna lebih baik dari mutarabbi, anak-anak usrah mahupun mad'u, tetapi itulah salah satu cara dan motivasi untuk menjadikan diri lebih baik.

Ingin sekali menjadi seorang naqibah yang baik untuk adik-adik usrah, yang mampu menjadi rujukan mereka, bukan hanya dari sudut fikrah haraki, tsaqah, tarbawi (kerana adik-adik saya jauh lebih hebat dari saya dalam sudut ini sebenarnya T_T) , tetapi sebagai seorang yang kakak yang mampu mereka berkongsi rasa, suka dan duka. Bukankah keluarga saling memberi dan menerima, saling mendidik dan dididik, saling melengkapi?

Sebelum bulatan gumbira kami benar-benar menjadi bulatan gumbira, pastinya memerlukan masa yang panjang dan pastinya bukan usaha yang sedikit, lebih-lebih lagi dari saya selaku naqibah.

Tuhan, izinkan aku membimbing adik-adikku ini, supaya kami sama-sama dapat membina diri menjadi pejuang agamaMu yang diredhai. Ya, matlamat kami, ingin bersama hingga ke syurgaMu, maka permudahkanlah, ameen :)



"Mutarabbi dan mad'u, adalah hadiah bermakna daripada Allah, maka hargailah mereka dengan sebaik mungkin, kerana engkau tidak akan pernah tahu, mungkin merekalah yang akan menjadi tiket buatmu ke syurga dan pembebasan dari api neraka"

1 comment:

  1. balik nnti sila jd murabbi sy plak. ini adalah prmintaan khas dr sy. nk jd mutarabbi awk okeh! wink2.. :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...