Wednesday, December 05, 2012

Serius

"Kalau sudah buat ketetapan untuk bercinta selepas kahwin, memang betul-betul nak contohi ikon-ikon yang bercinta lepas nikah, selepas lafaz sakinah, saat cinta bersejadah dan sebagainya, maka kenalah serius dan teguh dengan pendirian itu.

Jangan canang seluruh facebook tentang prinsip nak bercinta lepas nikah, tapi intai-intai juga, usha-usha juga. 

Kekuatan sesuatu amalan itu pada niatnya, dan 
juga pada keseriusan melaksanakannya. Bila dah ada azam, kena tawakkal sepenuhnya pada Allah. Yakinlah dengan tidak menggatal itu, Allah bagi calon yang baik. Yakinlah dengan tegas menjaga diri itu, Allah akan bagi calon yang baik.

Walaupun selalu dengar orang sebut bercinta lepas nikah, tapi bukan semua orang berjaya merealisasikan cinta seperti itu.

Mujahadah, tak semudah tika bermadah!"

-myilham.com-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...