Terbaca post Ustaz Syaari Ab Rahman di FB sempena ulangtahun perkahwinan beliau dengan Kak Nurul Suhadah Syuib. Terasa tertarik pula dengan pengurusan bait muslim mereka.
Nak copy paste kat blog lah, mana tahu mungkin berguna suatu hari nanti kan? :D
*mesti kena hentam lagi dengan Nana sebab post tajuk-tajuk macam ni sebab dikatakan 'galok'. Tak pun oke, ilmu yang menarik untuk masa depan ni tau,hee
"Alhamdulillah, 10 Disember 2008 - 10 Disember 2012, kami meraikan konvokesyen rumahtangga kami dengan sederhana sahaja, memadailah saya dan Nurul Suhadah Shuib memuhasabah pencapaian CGPA kami secara keseluruhan, ada yang meningkat dari semester ke semester, ada yang perlu dimantapkan secara serius. Hampir 40 'subjek' kami belajar secara praktikal sepanjang 4 tahun ijazah sarjana 'muda' dalam universiti Baitmuslim ini. Pastinya perkahwinan antara Kelantan dan Kedah, antara usia 30 dan 26, antara sejarah dan perundangan, antara keluarga yang dominan lelaki dan dominan perempuan, antara karakter auditori dan visual, mempunyai kelebihan tersendiri apabila bersatu di bawah naungan WSG 2958 Viva Hitam.
Alhamdulillah, kesemua aspek S.P.I.E.S.P sepanjang 4 tahun ini menjadi nilaian penting kualiti graduasi kami.
Aspek "S" (spiritual) merujuk pada amalan kerohanian, komitmen surau atau masjid, komitmen jemaah perjuangan dan dakwah keluarga sendiri.
Aspek "P" (fizikal) merujuk kepada penambahbaikan kualiti pengurusan kewangan (savings, insurances, debts, assets, investments), kesihatan, kerjaya (professional fields, S.O.H.O), rumah dan kenderaan kami.
Aspek "I" (intelektual) merujuk kepada prestasi akademik post-graduate kami, kehadiran ke seminar dan diskusi ilmiah, jumlah mentor, pembelian-pembacaan-penuli san buku, pembelajaran melalui pengalaman travel ke luar negara, aplikasi gadget dan media baru.
Aspek "E" merujuk kepada prestasi kami dalam memahami 'Mars' dan 'Venus' dari sambutan hari lahir hinggalah pertembungan program yang perlu mengorbankan salah satu darinya, integriti dan empati perhubungan, seni memberi telinga, kreativiti dalam problem solving, pengurusan stress dan konflik.
Aspek "S" (sosial) merujuk kepada hubungan kami dengan keluarga mertua, jiran, dan alumni sekolah dan kampus kami.
Dan aspek "P" (parenting) merujuk kepada kualiti pendidikan S.P.I.E.S kami kepada Fatihah Wajihah Muhamad Syaari sejak 9 bulan dalam perut ibunya sehinggalah kini beliau 18 bulan.
Alhamdulillah, konvokesyen tadi mengumumkan kami berdua cemerlang serentak kemahiran memandu laju di atas jalan raya dan di udara :)"
Alhamdulillah, konvokesyen tadi mengumumkan kami berdua cemerlang serentak kemahiran memandu laju di atas jalan raya dan di udara :)"
Dan haruslah copy jugak post k.Suhadah yang sangat sweet dan mengharukan :')
"9 Disember 2008, jam 9 malam, saya sah bergelar isteri kepada Syaari Ab Rahman. 10 Disember 2008, majlis walimah di rumah saya di Kedah.
Kini, genap 4 tahun semua itu berlalu. Terasa bagaikan semalam peristiwa itu.
Jika rumahtangga kami adalah seorang pelajar universiti, maka usia 4 tahun ini biasanya kami sudah layak mendapat segulung ijazah, bergelar siswazah. Hari ini hari konvokesyennya.
Dalam 4 tahun pengajian di universiti rumahtangga ini, pelbagai subjek matapelajaran telah kami lalui. Ada yang kami lulus cemerlang, ada yg sederhana ada yang gagal dan kami terpaksa mengulang.
Saya sangat bersyukur atas anugerah seorang suami yang penyayang, memahami dan sentiasa menyokong dan membantu perjuangan saya. Suami yang penyabar membimbing isterinya yang kadang-kadang kurang matang dan sedikit 'gila' ;) Suami yang sentiasa mampu membuatkan isterinya tersenyum penuh keyakinan menghadapi pelbagai ujian dan cabaran hidup. Suami yg mampu membawa saya kembali dekat dengan Allah tatkala saya lalai dan terleka.
Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-4 abang! Mohon maaf atas segala kesalahan, mohon halal segala makan minum dan belanja dan terima kasih atas segalanya!
Moga baitulmuslim ini terus dipilih oleh Allah utk menjadi antara pendokong kuat perjuangan Islam, moga baitul muslim ini terus dilimpahi kasih sayang dan rahmat Allah. Mg zuriat-zuriat dari baitul muslim ini menjadi orang-orang soleh dan bertaqwa.
Ya Allah, jadikan kami makin dekat denganMu dan makin bertaqwa. Hanya itu kunci kebahagiaan rumahtangga yang hakiki.
Doakan kami :)"

No comments:
Post a Comment