Wednesday, December 19, 2012
Ikhlas
Teruskanlah memberi meski keikhlasan itu masih belum bertamu di hati, kerana insyaAllah, kelak pasti Allah akan mengajarkan kepada kita erti ikhlas itu melalui mujahadah kita dalam memberi.
Mintalah hanya kepada Allah, dan memberilah kepada sesama manusia. Bukankah Islam itu sendiri agama yang mengajar ummatnya untuk memberi? Dan Nabi Muhammad s.a.w itu sendiri diutuskan sebagai rahmat buat sekalian alam.
Belajarlah dari Baginda. Terlalu banyak yang telah Baginda berikan kepada kita ummatnya, tetapi terlalu sedikit yang Baginda minta dan ambil dari kesenangan dunia, melainkan sekadar memenuhi keperluan sahaja. Sedang kita? Terlalu sedikit memberi tetapi terlalu tamak dan rakus dalam mengejar duniawi, Allahu Allah.
Mari, kita belajar menjadi hambaNya yang bersyukur :')
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment