Ini hasil kerja quilling tahap dewa dah ni =.=
AWAS! Quilling ini hanya sesuai untuk mereka yang tekun, gigih, sabar dan bersemangat waja sahaja. Makcik-makcik yang ada lemah jantung , masalah kurang kesabaran atau jenis yang allergic buat benda-benda renyah gini macam saya, lupakan dan silalah cari hobi lain ye,keke
Jeles I
Jeles 2
Jeles 3
Hasil-hasil tangan chekgu Nik. Anda haruslah sampai ke tahap ini ye baru boleh jadi tenaga pengajar :D
Pagi tadi alhamdulillah berkesempatan join kelas quilling yang dianjurkan oleh HELWI PERMAI. Chekgunya tak lain tak bukan retiss Irbid cik Nik Norkatijah tula,hihi. (sebelum tu meh pakat-pakat like FB page chekgu Nik kita disini ;)
Seronok sangat! Atleast terisi jugak pagi Jumaat saya. Tapi ternyata Quilling ini bukan lah bidang saya, tangan keras, hasil kerja bersepah-sepah, I'm soooo did not fit into this quilling-thingy. Baik buat benda lain,huhu
Jadi marilah kita sama-sama mencuci mata melihat hasil gigih akhawat-akhawat yang datang ke kelas Quilling pagi tadi :)
Introduction sedikit dari chekgu. Best, mula kelas dengan alunan asmaul husna, nostalgia sungguh :D
Hasil tangan akhawat-akhawat gigih
Tempat pertama
Tempat kedua
Takdok no kes bolok lajok,wuwu
Eksaited la tu blako menunjuk hasil quilling masing-masing :P
Time cuti nanti nak try buat Quilling lagi sekali insyaAllah, atleast kena balas dendam jugak buat bagi presentable sikit dan tak bolok. Memang cemburu sungguh tengok hasil-hasil tangan Cikgu Namizam tu. How can a man have such a delicate talent??? MashaAllah alaih.
Benarlah, setiap orang tu Allah dah rezekikan kelebihan masing-masing. Apa-apa pun kita sebagai hamba patut bersyukur. Lain syakartum laazidannakum. Syukur syukur syukur dengan segala yang Allah berikan, tak baik jeles-jeles deh adik kakak,huhu.
Jadinya para kakak kakak ibu ibu dan adik adik yang nak mencuba hobi baru bolehlah mencuba buat Quilling ni. Memandangkan sekarang dunia sudah di hujung jari, Google je cara-cara untuk Quilling ni. Bolehla dihadiahkan hasil kraftangan yang cantik molek tu kepada yang tersayang. Silap-silap haribulan boleh bukak perniagaan pulak kan, who knows? Dan paling penting, boleh jadi alat dakwah buat para duat yang kreatif,wink2 ;D
So, I'm looking forward for next HELWI session every Friday morning. Rasa keperempuanan gitu,hee. Jom sama-sama pakat meriahkan. Majlis ilmu jugak ni, insyaAllah semoga menjadi ilmu yang bermanfaat :)
Poster osem oleh cik Nana. Hey hey awak, saya masukkan dalam blog saya ni, silalah bangga ye,hehe
Nota kaki I: Maaflah post macam campur rojak sesuka hati bahasa baku dan loghat kelantan. Style penulisan pulak sokmo berubah-rubah, sekejap serius, sekajap bajet tsiqoh, sekejap macam euphoria, split personality sunggoh la=.=' Sebab tu nak kenal seseorang jangan hanya judge melalui tulisan sahaja, kena kenal secara holistik. Jadi terimalah seadanya ye? Dan paling penting, be yourself and learn to accept YOU. Tak payah risau sangatlah pandangan manusia, asalkan Allah sudi pandang :)
Bestnye ade morning Friday cenggini.. Kelas menjahet tak de ke? Baru perempuan produk2 PERMAI ni. Kalau tak mengganazz je memasing. Haha
ReplyDeletewaaah. bestnye. teringin nak wat. taem 2 la. xbrape nak sabar sgt.. he3
ReplyDelete