Monday, December 03, 2012

Suri Haraki



1. Rumahtangga haraki, apa tu?


Sebuah rumah tangga yang bermatlamatkan redha dan syurga Allah, perkahwinan yang dimana suami dan isteri sama-sama menginfaqkan diri di jalan dakwah dan perjuangan Islam, a mobile and dynamic marriage I would say. Cinta adalah sama-sama ingin ke syurgaNya. Dan perkahwinan yang sebenar itu bukan hanya sekadar bait muslim, tetapi bait dakwah. Berusaha men'soleh' dan men'solehah'kan diri, pasangan dan anak-anak, serta menjadi musleh, agen pen-solehan masyarakat sekeliling juga. 



2. Penting ke bayt muslim haraki ni?

Penting sangat! Lebih-lebih lagi bagi mereka yang berada di dalam jemaah Islam dan medan dakwah dan tarbiyyah, pasti lebih merasai peri pentingnya mempunyai rumahtangga haraki. Secara idealnya, diharapkan melalui perkahwinan ini, dua individu muslim yang sama-sama memahami tentang Islam dan perjuangannya dapat saling menguatkan, sekaligus makin melaju untuk menyumbang kepada ummah. 


Dengan memilih pasangan yang sama-sama haraki, risiko untuk kecundang di medan perjuangan dapat diminimakan (walaupun realitinya terdapat juga rumahtangga haraki yang gagal. Again, there is a need to balance between sunnatullah and syariatullah).


Melalui rumahtangga haraki juga, kita mahu melahirkan generasi pelapis, mata rantai kepada perjuangan Baginda s.a.w.







3. Tanggungjawab selepas perkahwinan?


i- Mencari nafkah: melalui pekerjaan, perniagaan, dll. Tanggungjawab mencari nafkah terletak di bahu suami secara total, namun tidak salah untuk isteri sama-sama membantu suami, lebih-lebih lagi di zaman yang mana semuanya memerlukan duit dan kos hidup semakin meningkat. Kerja-kerja DnT juga memerlukan kewangan yang stabil, mohon untuk berfikiran realistik.


ii- Pendidikan anak-anak: Ilmu agama, hard skill, soft skill, akhlaq, etiquette, psychology, etc. Keluarga muslim haraki haruslah berbeza dari keluarga muslim lain yang tidak mempunyai kefahaman. Kita tidak mahu bait muslim haraki yang terbina membawa fitnah kepada jemaah dan perjuangan Islam. Paling penting, keluarga dan anak-anak tidak terabai meskipun sibuk mengejar kecemerlangan di dalam kerjaya mahupun gerak kerja dakwah. Keluarga adalah mad'u paling dekat. Selamatkan dirimu dan ahli keluargamu dai api neraka, sebagaimana mafhum firmanNya di dalam Al-Quran. [66:6]


iii- Meluangkan masa untuk jemaah dan perjuangan Islam walau sesibuk manapun: Menyumbanglah mengikut kapasiti dan sekadar kemampuan masing-masing. Mungkin bukan bantuan tenaga dan masa yang dapat diberikan,(lebih-lebih lagi bagi profession kritikal seperti bidang kedoktoran) cukuplah dengan bantuan kewangan dan sebagainya. Sentiasa ingatkan diri tentang hakikat rumahtangga haraki yang diimpikan, dan berusalah untuk merealisasikan sebaik mungkin.





4. Persediaan untuk membina rumahtangga haraki?


i- Ilmu: Ilmu-ilmu asas agama, ilmu pengurusan rumahtangga, ilmu psikologi, etc.


ii- Kemahiran: Kemahiran menguruskan diri dan rumahtangga, kemahiran pengurusan masa, pengurusan kewangan. kemahiran mendidik dan mengendalikan anak-anak, pengurusan kerjaya dan rumahtangga, etc.


iii- Akhlaq: Berusaha membina diri sendiri dari sekarang sebelum ditaklifkan dengan tugas berat untuk membina dan mencetak mujahid dan mujahidah cilik kelak. Hakikatnya, usaha membina dan memproses diri itu adalah suatu proses yang panjang dan sukar.


iv- Kewangan: Belajar untuk menguruskan kewangan. Suri haraki, anda harus bijak menguruskan kewangan rumahtanggamu kelak.





Seems like another bunch of good theories, let's us try to make it a reality. Too many things to achieve, yet so little time available. Plan and priotize. Fa iza 'azamta fatawakkal 'alallah.


*This is a quick note that I manage to jot down based on a sharing session recently by a gorgeous wife, mother, teacher and Islamic activist. Very inspiring. Semoga Allah rezekikan kita dengan syurga dunia, keluarga bahagia yang hidup dengan keimanan dan ketaqwaan, ameen :)

** Teringat pesan Kak Taz (Senator Mumtaz Mat Nawi) dalam sebuah program, we are creating our own spouse. Jadi ayuh mula berusaha bina diri menjadi calon yang soleh dan solehah dahulu, dan berterusan memohon dariNya agar dikurniakan pendamping hidup yang boleh membawa kita semakin mendekat kepada Allah :)


*** Seiring dengan pertambahan usia, persepsi saya tentang rumahtangga juga semakin berubah. Jika dulu mungkin galak berbicara tentang soal bait muslim kerana terbayangkan keindahan-keindahan yang dicanangkan, tetapi kini lebih berpijak di bumi yang nyata, membuka mata tentang pertambahan tanggungjawab-tanggungjawab yang berat yang bakal dipikul. Kahwin bukan lagi isu remeh dan mudah, tetapi ianya jauh lebih mulia dan berat dari tu!

**** Pasangan haraki favourite saya, adalah pasangan Ustaz Hasrizal dan Dr Muna, serta Ustaz Syaari dan Kak Nurul Suhada Syuib. Pasangan yang baik adalah pasangan yang mampu memotivasikan diri pasangan masing-masing dan mencungkil potensi yang terpendam untuk menjadi yang terbaik.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...