Wednesday, December 26, 2012

Belajar Gaya Salafus Soleh

Nukilan: Ukhti Najah Solihah :)




Mungkin jarang antara kita yang tidak tahu tips-tips belajar daripada 'salafus soleh' terdahulu. Semua tahu bukan apa itu berkat?

Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di bahu kita.

TIPS BELAJAR

1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.

Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.

Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.

Monday, December 24, 2012

Mengejar Populariti disisiNya

10 Tips to Becoming One of Allah's Special People
Copy paste from [here]



I was not a conscientious Muslim. As I entered my freshman year of high school, I had one very specific goal which I was determined to accomplish: to become popular. “Piety” was not consistent with this goal – at least not in my perspective. It was for this reason that I expressed disdain when my dad announced we would be undertaking the religious journey to Mecca in the summer following my freshman year of high school. I recall telling a friend, “Man, I’m scared. I don’t want to change!” I knew people went to Mecca and then became super religious. I didn’t want that to happen to me.

Sunday, December 23, 2012

The Finale


Mohon doa dari semua untuk imtihan nihaie bagi fasal awwal ini. 
Semoga Allah merezekikan kita semua dengan ikhlas dan itqan dalam menuntut ilmuNya ini. 

Kepuasan itu terletak pada usaha, bukan keputusan semata.
Tugas kita sebagai hamba hanyalah berusaha, natijahnya bertawakkallah kepada Yang Maha Esa. Jangan sampai ujian dunia menggugat keimana kita kepadaNya :)



Wednesday, December 19, 2012

Ikhlas


Teruskanlah memberi meski keikhlasan itu masih belum bertamu di hati, kerana insyaAllah, kelak pasti Allah akan mengajarkan kepada kita erti ikhlas itu melalui mujahadah kita dalam memberi.

Mintalah hanya kepada Allah, dan memberilah kepada sesama manusia. Bukankah Islam itu sendiri agama yang mengajar ummatnya untuk memberi? Dan Nabi Muhammad s.a.w itu sendiri diutuskan sebagai rahmat buat sekalian alam.

Belajarlah dari Baginda. Terlalu banyak yang telah Baginda berikan kepada kita ummatnya, tetapi terlalu sedikit yang Baginda minta dan ambil dari kesenangan dunia, melainkan sekadar memenuhi keperluan sahaja. Sedang kita? Terlalu sedikit memberi tetapi terlalu tamak dan rakus dalam mengejar duniawi, Allahu Allah.

Mari, kita belajar menjadi hambaNya yang bersyukur :')

Tuesday, December 18, 2012

Trust


Hatimu itu milik Allah. Maka segala kesedihan, kesakitan, kekecewaan dan kepiluan yang dirasakan oleh hati, pulangkanlah kepada Allah, kerana sesungguhnya hanya Dialah yang Maha Menyembuhkan segala yang kau rasa itu. 

Pulangkan kembali hatimu kepada Dia, pasti tidak akan engkau kecewa dan terluka lagi.



Sunday, December 16, 2012

Usrah


Happiness is contagious. Mahu bahagia? Bahagiakanlah orang-orang disekelilingmu, pasti kebahagiaan akan kau temui :)

Meet my new family members. Along, Angah, Acik, Alang dan Asu. Semoga kasih yang terbina berkekalan hingga ke SyurgaNya.

Semoga Allah merahmati dan memberikan kekuatan kepada adik-adikku ini :)


Saturday, December 15, 2012

Quilling time! :D

Dewasakini bumi Irbid telah dilanda demam Quilling (haha ayat). Jadi tahukah anda apakah itu Quilling? It's a form of paper arts. Gulung-gulung kertas, gamkan, pastu tepek gulungan-gulungan yang dah siap membentuk suatu bentuk yang menarik (kelingnye ayat =.=')

 Ini hasil kerja quilling tahap dewa dah ni =.=

AWAS! Quilling ini hanya sesuai untuk mereka yang tekun, gigih, sabar dan bersemangat waja sahaja. Makcik-makcik yang ada lemah jantung , masalah kurang kesabaran atau jenis yang allergic buat benda-benda renyah gini macam saya, lupakan dan silalah cari hobi lain ye,keke

Friday, December 14, 2012

S.P.I.E.S.P


Terbaca post Ustaz Syaari Ab Rahman di FB sempena ulangtahun perkahwinan beliau dengan Kak Nurul Suhadah Syuib. Terasa tertarik pula dengan pengurusan bait muslim mereka.

Nak copy paste kat blog lah, mana tahu mungkin berguna suatu hari nanti kan? :D

*mesti kena hentam lagi dengan Nana sebab post tajuk-tajuk macam ni sebab dikatakan 'galok'. Tak pun oke, ilmu yang menarik untuk masa depan ni tau,hee

Wednesday, December 12, 2012

Bagaimana perubatan boleh menjadi ibadah?



Oleh : Ahmad Hidayat Hasni bin Mad Isa
Bagaimana sebenarnya kita membayangkan masa depan dalam hidup ini? Kerjaya apa yang kita inginkan? Sejauhmana kerjaya yang kita ceburi itu dapat memberi kita kepuasan dan kelebihan pada hidup kita?
Sudah pasti itu adalah beberapa persoalan yang selalu di antara kita fikirkan. Bagi seorang muslim, sudah pasti kita percaya dan yakin bahawa hidup ini terikat dengan tangungjawab kita untuk mengabdikan diri kepada Allah.
“Dan tidaklah Aku ciptakan seluruh jin dan seluruh manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu” [Surah Az-Zumar :56]

Sunday, December 09, 2012

The doctor of doctors: Ibn Sina


"I completed 21 major and 24 minor works on philosophy, theology, geometry, astronomy and alike!

Friends advise me to slow down and take life in moderation but that's not in my character, I prefer a short life with width to a narrow one. with length

I dedicated my existence to improving men's life through health, prosperity and peace.

A thousand years later, the world is in your hands! Take care of it! What you been doing with life?"

Wednesday, December 05, 2012

Serius

"Kalau sudah buat ketetapan untuk bercinta selepas kahwin, memang betul-betul nak contohi ikon-ikon yang bercinta lepas nikah, selepas lafaz sakinah, saat cinta bersejadah dan sebagainya, maka kenalah serius dan teguh dengan pendirian itu.

Jangan canang seluruh facebook tentang prinsip nak bercinta lepas nikah, tapi intai-intai juga, usha-usha juga. 

Kekuatan sesuatu amalan itu pada niatnya, dan 
juga pada keseriusan melaksanakannya. Bila dah ada azam, kena tawakkal sepenuhnya pada Allah. Yakinlah dengan tidak menggatal itu, Allah bagi calon yang baik. Yakinlah dengan tegas menjaga diri itu, Allah akan bagi calon yang baik.

Walaupun selalu dengar orang sebut bercinta lepas nikah, tapi bukan semua orang berjaya merealisasikan cinta seperti itu.

Mujahadah, tak semudah tika bermadah!"

-myilham.com-

A gift

A little gift for my mutarabbi :)
"Sedar tak sedar, keberadaan kita dalam arena dakwah dan tarbiyyah ini adalah kursus intensif untuk diri kita jua sebenarnya.
Sayangnya Allah pada kita yang telah mencampakkan kita ke jalan ini bukan? Meski kita merasa kotor, hina dan tidak layak untuk memikul taklifan rabbani itu. Terasa bermuka-muka apabila menyeru manusia ke arah kebaikan sedang diri masih tegar bergelumang dengan kejahilan dan

 dosa.

Namun hakikatnya, itulah cara untuk Dia menyucikan kita.

Apabila menjadi murabbi, kita dipaksa untuk sekurang-kurangnya menjadi lebih baik sebagai tempat rujukan untuk mutarabbi kita. Apabila menjadi daie, kita terpaksa bermujahadah untuk menjadi qudwah bagi apa yang kita seru kepada mad'u kita.

Itulah cara Allah membentuk kita!

Maka berbahagialah wahai diri-diri yang dipilih oleh Allah untuk melalui jalan ini, dan tetaplah istiqamah, jangan sekali-kali berpaling. Bersyukurlah, dan teruskan berlari mengajak lebih ramai manusia kembali kepadaNya.

Sayangnya Allah pada kita! ♥"

-Nota dari Liqa' Mentor PINTAR 12.11.12-

Monday, December 03, 2012

Suri Haraki



1. Rumahtangga haraki, apa tu?


Sebuah rumah tangga yang bermatlamatkan redha dan syurga Allah, perkahwinan yang dimana suami dan isteri sama-sama menginfaqkan diri di jalan dakwah dan perjuangan Islam, a mobile and dynamic marriage I would say. Cinta adalah sama-sama ingin ke syurgaNya. Dan perkahwinan yang sebenar itu bukan hanya sekadar bait muslim, tetapi bait dakwah. Berusaha men'soleh' dan men'solehah'kan diri, pasangan dan anak-anak, serta menjadi musleh, agen pen-solehan masyarakat sekeliling juga. 


Sunday, December 02, 2012

December Project: 'Personality Plus' Review




"The first step in any type of self-improvement is to find your areas of weakness and admit you have them. The refusal to examine our faults keeps us from doing anything positive about them.


It's humbling to admit we've been doing something wrong for years, but it's the first step in growing up.



Immature people blame their parents, their mates, their children, their friends, their circumstances, for why they have not become what they had hoped to be.



A mature person examines himself, finds his faults, and gets to work on them."


Recently I've been interested with the subject of self-improvement and personal development, and this book is a really good one for a start.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...