Tika dan saat ini
Hati saya sedang sakit
Tenat sekali
Awak tahu kenapa?
Kerana saya terlalu merindui awak
Tapi, saya juga merindui Dia
Mana mungkin dapat saya peroleh keduanya bukan?
Cinta yang bertentangan tak mungkin bercampur dalam bekas yang sama,tidak begitu?
Jadi, haruskah saya memilih?
Jika hanya itu pilihannya,
maka saya minta awak lari jauh-jauh.
Lari dari hidup saya,
bawa bersama kenangan-kenangan lampau.
Biarkan saya sendiri mencipta cinta bersamaNya.
Belum masanya lagi hati ini milik awak.
Saya mahu hati saya kembali hidup.
Saya mahu hati itu kembali subur,
subur dengan harapan.
Mustahilkah jika diri yang hina dan penuh dosa ini,
memasang angan ingin menjadi semulia Rabiatul Adawiyah?
Atau cukup, menjadi setabah Sumayyah?
Ada cinta yang lain yang perlu saya kejar,
selain dari awak.
Maaf, sila beredar dari kamar hati ini dengan segera.
Saya sudah cukup terseksa.
Terima kasih.
***
Notakaki 1: Muak dengan diri sendiri, selalu tewas dengan perasaan. Alangkah malangnya jika pejuang agama tewas hanya dengan perkara seremeh ini. Tapi, memang itu realitinya. Aku lemah. Tuhan, bantu aku, tolong. Cukup, ini yang terakhir. Sudah malu dengan diri sendiri. Terlalu mengikut perasaan. Selamat tinggal jiwa yang kacau, selamat datang semangat baru!
Notakaki 2: Pasti awak kecewa dengan saya bukan? Masih lemah dibelenggu perasaan itu, sedangkan awak sudah tabah mengharunginya dan gagah berjuang untuk agama kita. Maafkan saya kerana tidak sekuat awak. Doakan saya agar dapat berkongsi kekuatan itu.
***
Apakah Allah sentiasa menjadi pergantungan harapan dan tempat merujuk dan membujuk hati ku yang rawan? Allah ciptakan manusia hanya dengan satu hati. Di sanalah sewajarnya cinta Allah bersemi. Jika cinta Allah yang bersinar, sirnalah segala cinta yang lain. Tetapi jika sebaliknya cinta selain-Nya yang ada di situ, maka cinta Allah akan terpinggir . Ketika itu tiada DIA di hati ku!
Jika kau tanyakan padaku, “adakah ada DIA di hati mu?”, aku hanya mampu menjawab, “aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hatiku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-Nya tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-Nya…”
Maafkan aku tuhan..
Justeru belum ada DIA di hati ku, hidup ku belum bahagia, belum tenang dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari dengan langkah mujahadah ini. Aku yakin Allah itu dekat, pintu keampunan-Nya lebih luas daripada pintu kemurkaan-Nya. Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat. Begitu seperti yang selalu ku dengar daripada sebuah hadis Qudsi yang panjang.
Dan akhirnya aku tiba pada satu keyakinan, di mana DIA di hati ku bukan menagih satu jawapan… tetapi satu perjuangan dan pengorbanan. Insya-Allah, aku yakin pada suatu masa nanti akan ada DIA di hatiku dan di hatimu jua! Insya-Allah. Amin. Dan kita akan terus mengemis kasih…
MENGEMIS KASIH MU
Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku di lorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah
Semalam sudah sampai ke penghujungnya
Kisah seribu duka kuharap sudah berlalu
Tak ingin lagi ku ulangi kembali
Gerak Dosa yang menghiris hati
Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi
Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku
[http://genta-rasa.com]
No comments:
Post a Comment