Sunday, April 03, 2011

Fenomena Vlog



Apa itu vlog? Haa, vlog ni adalah singkatan bagi video blogging. Usually people use vlog as a medium to say and express what they think about certain issues. Saya sebenarnya bukanlah orang yang laju dalam bab gossip-gossip teknologi ini, tapi sekurang-kurangnya tahula sedikit sebanyak tentang fenomena ini.


Kenapa dikatakan fenomena? Entahlah, mungkin sudah lama sebenarnya muncul video-video blog seumpama ini, cuma mungkin saya sahaja yang baru menyedarinya. Ini antara beberapa orang vloggers saya tahu dan sempat melihat hasil karya mereka.


1. matluthfi90





mamat ni saya first kenal masa tengok satu video kat FB pasal mother's day. Ya Allah, masa mula-mula tengok tu, gelak ajelah, comel sunggoh! Then baru terjumpa video-video dia yang lain di Youtube. Saya suka, kerana dia banyak bawa mesej sosial dan benda-benda kecil yang kita tend to overlook them, but is important. penyampaiannya yang bersahaja sangat menghiburkan. bila baca komen-komen kat bawah vlog dia, ramai je yang cakap video ni stress-reliever dyorang. haha, macam-macam jelah.


2. IniAnwarHadi





tau bila bukak link dari seorang junior. Boleh tahanla, mainly his vlog is in English, tapi ada campur-campur jugak. Saya paling suka dengan vlog no 6 ni, tajuk euwwwwww, comel amat! :)


3. aimanazlan90





haa, yang ni yang latest saya tengok, and i like this most, sangat! Mungkin kerana lebih nampak islamik dari yang lain, but actually yang lain pun bagus je. Paling suka part dia ajuk style Baba Ali tu,heee. "You are not a good muslim, I cannot talk to you!" I like it, keep up the good work bro.


How about vloggers sisters? Ok, setakat ni, saya dah jumpa beberapa vloggers dari kalangan sisters, but actually saya tak berapa prefer sangat. Mungkin sebab in my opinion, kaum hawa ni istimewa, jadi sebarang ekspresi yang comel-comel dan kiut-kiut hanya layak ditonton oleh sesama jantina atau insan istimewa sahaja. I didn't mean to offend anybody, this is my just humble opinion. Sebab saya sendiri, tak selesa jika ada orang boleh tengok kita, siap boleh pause and play pulak tu. Tapi saya tak menafikan hak wanita untuk 'mengekspreskan' diri mereka, cuma pandai-pandailah memilih cara yang terbaik dan sesuai dengan fitrah kita sebagai wanita yang harus dihiasi dengan malu bertempat. Isu menonjol syarie atau tak syarie, rasanya semua pun dah maklum :)


Focus on the Eye
Nina :)


(Oh, btw, ada sorang vloggers cilik ni yang saaaaaaaaaaaangat comel. Meet Nina, a cute, adorable mix japanese-english girl. My roommate pun dah addicted dengan dia dek kerana cuteness overdose toxicity :D Tiba-tiba teringat si comel Suraiya kat rumah,ohhhhh)



Suraiya :) Jangan cepat sangat membesar tau!


3ala kulli hal, saya memuji usaha-usaha sebegini. As long as mereka membawa mesej positif dan nilai-nilai Islam (nak jadi islamik tak perlu pun letak hadis yang panjang berjela atau ayat quran, kerana hakikatnya yang indah dan baik itu semuanya islamik). Benar, dalam era dunia tanpa sempadan kini, dan generasi ipod dan internet, kita memerlukan rebranding dakwah. Isi dan prinsipnya tetap sama, cuma sahaja pendekatan dan teknik yang digunakan sahaja yang lebih segar dan muda. Sekarang zaman manusia berperang menggunakan teknologi dan media, maka seharusnya ummat Islam juga perlu jadi hebat dalam arena ini, untuk menangkis kembali serangan musuh. Seriously, we need to conquer the media.


Semoga akan lahir lebih ramai pendakwah muda yang lebih kreatif, dan sekaligus dapat menarik lebih ramai mad'u dari kalangan masyarakat, untuk kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.


Islam itu cantik, jika kita mengambilnya secara holistik, bukan separuh-separuh!


Till then,
-Aisyah-


***


*Suka satu quote dari seorang akak ni: "Apalah sangat thiqoh pada pandangan manusia, jika di pandangan Allah kita ini hina?" Nauzubillahi min zalik. Betul kak, kadang-kadang kita terlalu takut akan pandangan dan nilaian manusia, sehingga terlupa akan pandangan Tuhan manusia. Biar orang label kita tak thiqoh, tak wara' atau tak alim, yang penting kita lebih kenal siapa diri kita, dan palin penting, Dia tahu. :)


*Baru tau kenapa orang cakap selama ni boleh habis berjam-jam dengan Youtube. Astaghfirullah, moga diberi keberkatan masa~


*Sisters, beware, jangan sampai terjatuh hati pulak. Haish, lihat pada mesej yang nak disampaikan, bukan pada orangnya. Jaga hati tu elok-elok, kang tak pasal-pasal muncul pulak golongan yang taksub dengan vloggers ni. Apa-apa pun, be moderate, oke? *wink2~

6 comments:

  1. sebab dia comel, dan boleh bagi opinion sendiri.
    kira oke lah tu, vlog-to-be

    *erk,cepatnyeee komen~

    ReplyDelete
  2. nina gak yang paling bestt!! >.<
    I like her. she use her head. orang dewasa yang macam kita ni pon jarang nak guna akal. suka ambil mudah dan malas nak fikir. parent nina pon bagus sebab didik anak mereka untuk berfikir sejak dari kecil. her dad always asked her questions and told her to keep thinking.

    *btw, aisyah? nice name ;)

    ReplyDelete
  3. yes, nina memang sangaaaaaaat adorable!
    masa mula-mula tengok dia, subhanallah, sangat kagum dengan parenting skills mak dengan ayah dia.
    macam tula sepatutnya yang semua ibu ayah laksanakan.
    btw, tanggungjawab ibu ayah kepada anak mereka dalam mendidik kan ade 4?

    1-memenuhi keperluan fizikal & material
    2-memenuhi keperluan akal/pemikiran
    3-memenuhi keperluan emosi
    4-memenuhi keperluan jiwa (spiritual)

    and i'm sure that her parents have done a good job in fulfilling the first 3 items. cuma tinggal saja nak cantikkan dan lengkapkan segalanya dengan tauhid pada Allah, kan?

    k.asma',i'm sure u'll gonna be great parents too one day :P

    yes, Aisyah. Allah has given me such a beautiful name, isn't it? :D

    ReplyDelete
  4. mgkin betul xplu bmbang kalau org xpndg kite sbg tsiqah, tp, tetap andai mahu bergerak sbg da'ie, perkara asas dlm Islam plu dijaga.

    bab tsiqah ni pd pdngan sy x boleh brtolak ansur kalau diri kita selesa dgn perkara2 asas. cth : solat dll. kalau semua tu x trjg susah juga.

    segala2nya Allah lbh tahu (itu pasti).tp mengelak dr finah kpd agama juga penting.

    ReplyDelete
  5. setuju, pandangan Dia jauh lebih penting berbanding pdgn manusia, barulah malu itu betul2 kena pada tempatnye. bkn hnye baik bile di depan orang tp berlaku sebaliknye di blkg org.

    tak dinafikan thiqoh itu perlu pada seorang daie' tetapi bkn sume org mampu memilikinye bersesuaian dgn diri seseorang dlm keadaan sekelilingnye.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...