Wednesday, December 15, 2010

Bubur Pulut Hitam

Background buku Patho, baru nampak sket budak medik yang buat ni,hehe


Bubur Pulut Hitam, buat berbuka puasa 9 Muharram 1432 H.


Kali ni dari dapur Bayt Annisaa' (Bayt Raihana, Asmat, Aini dan Nuha). Senang je, dan sedap!



Bahan-bahan


Pulut hitam 
Air
Gula melaka
Gula
Garam
Santan


Cara-cara


1. Basuh pulut hitam dan rendam sebentar dalam air 30 minit hingga sejam. (Kalau malas pun boleh skip part rendam ni)


2. Masukkan pulut hitam dan air ke dalam periuk. Biarkan sehingga mendidih dan masak. Kalau tak cukup air dan agak kering, sila tambah air ye. (Resipi ni takde sukatan, kita pakai kemahiran meng-estimate masing-masing ye,hehe)


3. Masukkan gula melaka, gula, garam dan santan.


4. Biarkan sedikit pekat. Kacau rata dan tutup api. Ting, dah siap! Boleh makan time lapar menghadap materials Pharma tu ^^


Selamat mencuba!


***

Catan hati 1: Kalau kat Malaysia ni, jangan harap la nak menyusahkan diri pergi buat benda-benda macam ni. Kalau mengidam sangat, pergi cari kat kedai je,huhu. Tapi tula, dok kat oversea ni, sume benda pun kena masak sendiri kalau nak makan. Jadi, tak boleh mengidam yang pelik-pelik nanti menyusahkan diri sendiri jugak gatal nak buat! :D


Catatan hati 2: Tolonglah, kalau macam ni, mane tak tembam???


Catatan hati 3: Kena treat materials exam macam makanan jugak la nampak gaya macam ni, baru dapat lebih enjoy dan ihsan. Oo yeah, I love Medicine, just the way I love food and cooking! ;D



1 comment:

  1. fergh, ini rupanya...
    (ada orang mention tadi)

    next PERSEPSI, boleh?

    ha.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...