Kakak sayang ummi! :D
Especially between mum and daughter.
Seriously, sangat gembira dan seronok bila dapat jadikan ummi sebagai best friend sendiri!
Takut kerana tak percaya
I used to envy my friends who are close to their parents, especially mums. Ibu sendiri bagaikan teman, tempat bercerita segala masalah dan isi hati. Dari sekecil-kecil perkara hingga ke sebesar-besar perkara, semuanya diceritakan kepada insan yang bernama ibu ini.
Tapi saya? Bukanlah saya tidak rapat dengan ummi saya, hubungan kami sangat baik sebagai seorang ibu dan anak perempuan, tetapi sebagai sahabat yang dapat berkongsi segala-galanya, tidak.
Sementelah saya adalah anak sulung, jadi saya yang perlu memulakan dan mencorakkan bagaimana yang saya mahukan dalam perhubungan ini. Saya tidak mempunyai abang atau kakak untuk dijadikan contoh dalam hal ini. Jujur, saya bukanlah seorang yang mudah berterus-terang, apatah lagi jika ia membabitkan soal hati dan perasaan. Saya sangat lemah dalam seni 'bergaul' dengan manusia ini.
Pernah dulu, saya merasa tertekan kerana tidak dapat meluahkan apa yang saya rasa kepada orang tua saya. Saya tidak pandai mempamerkannya mahupun menterjemahkannya melalui perkataan. Saya lebih suka menyimpan sendirian atau membiarkannya begitu sahaja. Bagi saya, ah, mengapa perlu dikongsi perasaan itu. It's not a big deal anyway.
Tapi sebenarnya, saya pengecut.
Saya takut.
Saya selalu merungut di dalam hati,mengapa ummi saya tidak boleh melayan saya seperti seorang sahabat? Mengapa kami tidak boleh seperti ibu dan anak yang lain, yang boleh berkongsi segala rahsia, tanpa ada sebarang rasa takut? Mengapa saya tidak pernah di beri peluang untuk sesi 'heart-to-heart' dengan ummi saya?
Kini, saya kian mengerti. Masa mengajar dan mendewasakan kita. We won't get something unless we give something first. Itulah yang saya applikasikan terhadap perhubungan kami anak beranak.
I learn how to trust my own mother.
Benar, ketakutan untuk berkongsi itu berpunca kerana saya masih belum mempercayai ummi saya sendiri. Saya tidak yakin beliau akan memahami perasaan saya.
Hikmah kembara
Absence makes heart grow fonder.
Dulu, saya tidak berapa menghargai keluarga saya. Bukan, bukan tidak sayang, tetapi tidak begitu terasa istimewanya mereka di dalam hati. Family is taken for granted.
Tapi kini, tidak lagi. Keluarga lah harta saya yang paling berharga. Dan sungguh, saya tidak dapat meneruskan kehidupan tanpa mereka. Mereka adalah segala-galanya bagi saya.
Ketika sahabat-sahabat seakan tidak lagi memahami diri, maka akhirnya keluarga sendiri yang berada di sisi, bersama-sama ketika bangun jatuhnya kita.
Ya, mungkin kita seronok bersama sahabat dan teman, tetapi ketika krisis melanda, ketika kesilapan dilakukan, maka keluargalah yang akan tetap menerima kita seadanya.
Cinta tanpa syarat.
Syukur alhamdulillah, kembara saya jauh ke bumi Anbiya' ini, sebenarnya menyedarkan saya, bahawa betapa saya sebenarnya sangat menyayangi dan menghargai mereka yang bernama keluarga.
Tidak pernah saya terfikir sebelum ini, bahawa mereka sebegitu penting dalam hidup saya. Keinginan untuk menatap wajah ayah bonda begitu membuak-buak. Keinginan untuk bermesra dengan adik-adik begitu kuat, sehingga terkadang terasa sakit menanggung kerinduan terhadap mereka.
Iya, saya homesick. Saya familysick.
Dan saya tidak pernah terfikir saya akan homesick. But in the end, I actually did.
Inilah hikmah kembara saya. Menyedari betapa tingginya nilai keluarga di sisi saya.
Titik mula segalanya
Menyedari bahawa keadaan tidak akan berubah melainkan saya sendiri yang memulakan dulu langkah untuk memecahkan kubu antara kami, maka saya menebalkan muka, mengenepikan segala ketakutan.
Malu.
Sejak jauh di perantauan ini, mula berjinak-jinak menghantar sms-sms bernada puitis dan romantis buat ummi dan abah. Terasa pelik dan janggal dengan diri sendiri. Kekok. Canggung. Semuanya bersatu menjadi satu. Masakan tidak pelik, anak yang selama ini kelihatan 'kayu', sudah pandai berbasa-basi dengan orang tua sendiri.
Tapi itulah, kesusahan yang membuahkan kesenangan di kemudian harinya. Fake it, until you make it. Saya lega, kerana telah berjaya mengambil langkah ini. Saya dan kedua ibu bapa saya mula belajar untuk memperbaiki kualiti hubungan kami. Perlahan-lahan, kami cuba mematangkan komunikasi antara kami.
Dan saya kira, kejayaan peribadi yang paling besar buat saya adalah apabila saya berkongsi cerita lama saya dengan ummi saya, yang saya simpan rapi dari pengetahuan mereka.
Terima kasih buat sahabat saya, Asiah Rosedi yang mencadangkan saya berkongsi isi hati saya dengan ummi saya.
Terima kasih ummi kerana memahami. Terima kasih.
Kini kakak lebih tenang dan bahagia, bila dapat berkongsi segala-galanya dengan ummi. Terima kasih.
Hargai mereka, sementara masih ada
Saya kira, nikmat berkeluarga adalah antara nikmat yang paling besar bagi seseorang individu itu. Di sebalik kejayaan seseorang, pasti ada keluarga yang tidak pernah lelah memberikan sokongan, dokongan, dan paling utama, menghantar doa mengiringi sebuah perjalanan.
Keluarga bahagia, adalah syurga dunia yang diimpikan oleh setiap bani insan.
Maka, amatlah rugi bagi mereka yang tidak punya rasa yang istimewa dengan keluarga mereka, darah daging mereka sendiri. Lebih malang, jika dijadikan musuh sepanjang hayat.
Jadi, marilah sama-sama kita menghargai keluarga kita. Buat anak-anak, jangan disalahkan orang tua atas kekurangan yang ada, tapi kita yang perlu mengalah dan memulakan langkah yang pertama. Jangan ego dengan ibu bapa sendiri. Terjemahkan rasa cinta buat mereka, sementara masih ada ruang dan peluang. Jangan disembunyikan rasa kasih itu.
Keredhaan Allah, terletaknya pada keredhaan ibu bapa.
Ummi, abah, redhailah kakak.
Akan ku usahakan untuk menjadikan kalian bangga mempunyai aku sebagai anak.
Untuk itu, aku pohon doa kalian.
Doakanlah.
"Family knows us the best. Tidak perlu berpura-pura kuat di hadapan mereka. Kerana di mata mereka, ketidaksempurnaan inilah yang menjadikan kita istimewa. "
Salam cinta dan penuh kerinduan dari seorang anak yang sentiasa mendoakan kesejahteraan kalian dunia dan akhirat.
Kakak~
***
Catatan hati 1 : Post ni macam berat sebelah ke arah ummi je, hehe. Oppss, abah jangan jelez ye, nanti ade rezeki, kakak tulis post khas untuk abah pulak ^^
Catatan hati 2 : Tak sabar nak pulang ke Malaysia! Sudah tidak kisah jika dilabel sebagai lembik dan manja. Biarlah, jika bukan dengan family boleh bermanja, dengan siapa lagi bukan? :)
Catatan hati 3 : How about privating this blog? Hurm~
Catatan hati 3 : How about privating this blog? Hurm~
ish,kalu nak private,kena invite juga shu jdi reader :(
ReplyDeleteT.T
ReplyDeletesuka part "fake it until u make it"
sometimes kita rasa parents x faham kita. jika diteliti semula, kita yg membina gap tu sendiri.