credit to Aatif Shaikh
Walau sebanyak mana pun kebahagiaan material yang dikecapi, pasti hati akan berusaha mencari ketenangan di sisi Rabbnya, kerana itu fitrah.
Mencintai Allah, Pencinta yang Paling Dahsyat, adalah fitrah, kerana hati yang asalnya datang dari Dia, mana mungkin tidak ada langsung rasa terikat dengan Sang Pencipta.
Cinta tanpa taaruf?
Mana bisa mencintai tanpa mengenali.
Adakah di dunia ini, manusia yang mencintai sesuatu atau seseorang yang tidak dikenalinya?
Cinta tanpa kenal? Ah, gila barangkali!
Mustahil.
Jika belum kenal susuk gerangannya, mustahil bisa tumbuh rasa cinta.
Begitu jua dengan hati. Iya, memang benar hati dilahirkan dengan fitrah untuk mencintaiNya, tetapi kerana hati dibutakan dengan maksiat dan kejahatan, maka ia gagal untuk mengenali Tuhan yang Maha Suci, lantas rasa cinta padaNya sirna.
Sudah terlalu lama kita dijauhkan dengan Sang Pencinta ini.
Sudah terlalu lama kita tidak membalas cinta kudus Si Dia yang tidak pernah henti mencintai kita, walau sesaat cuma.
Semuanya gara-gara ada cinta lain yang mengisi hati.
Asmaul Husna, wasilah cinta Ilahi
Justeru, bagaimana ingin mencintai saat hati sudah diketuk hidayah untuk mendamba kasihNya?
Maka kenalilah Dia, nescaya dengan mengamati segenap kekuasaan dan keindahanNya, maka akan dapat kau rasakan perasaan cinta yang membuak-buak untuk Dia.
Dia telah memperkenalkan diriNya kepada kita, lewat melalui 99 namaNya yang Maha Indah.
Maka ambillah kesempatan ini, untuk mengenalNya, sekaligus mencintaiNya.
Serulah nama-nama Kekasihmu
Maha Hebat bukan Tuhan kita?
Bukan satu namaNya, bukan dua bukan tiga, bahkan 99 namaNya yang diberikan kepada kita.
Lihat, betapa Dia ingin kita mengenaliNya, agar dapat kita mencintaiNya sebagaiman cintanya Dia pada kita.
Maka, serulah nama Tuhanmu dengan nama-namaNya yang indah. Nama-nama yang menggambarkan betapa Dia ada setiap saat untuk bersama kita.
Tika lemah bermujahadah dengan nafsu sendiri, maka mintalah pertolongan Al-Qohhar, Yang Maha Menundukkan, untuk menundukkan nafsumu itu.
Tika rasa begitu sukar sekali untuk memahami ilmu-ilmuNya, maka panggillah Al-Fattah, Yang Maha Membukakan segala sesuatu, agar dibukakan pintu hatimu.
Tika hidup terasa kosong dan jiwa terasa sesak, ada Dia, Al-Basit, Yang Maha Melapangkan hidup.
Tika tiada siapa yang mahu mendengar, jangan bersedih, kerana Dia adalah As-Sami', Yang Maha Mendengar segala sesuatu.
Tika putus asa dengan rahmatNya, kerana merasakan terlalu banyak dosa yang dikerjakan, ingatlah bahawa Dia adalah Al-Ghafur Ar-Rahim, Tuhan Yang Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.
Tuhan, tiada nama yang lebih indah melainkan nama-namaMu
Justeru, seharusnya nama-nama Dia yang sentiasa kita sebut-sebutkan.
Nama-nama Dia yang bertakhta di sanubari.
Nama-nama Dia yang kita puja siang dan malam.
Kerana, Dia adalah Tuhan Yang Maha Sempurna, maka cintailah Dia melebihi cinta yang kau labuhkan pada makhluk-makhlukNya.
Mari, kita mengenal dan mencintaiNya?
Dendangan Asma' Allah oleh Syeikh Mishary Al-Afasi, Qari favaourite kedua saya selepas Syeikh Sa'ad Al-Ghamdi
Picture above Al-hayi Al-Qyaum is taken by me :)
ReplyDeleteAatif Shaikh
Ishqaatish.deviantart.com
Oh, sorry for not mentioning your name.
ReplyDeleteThe credit goes to you Aatif, nice pic! :)
* I've included your name there~