Tuesday, December 21, 2010

Tonight's Dinner : Nasi Goreng Ikan Bilis

Makan dengan tomato, baru sehat sikit, hek


Malam ni kita makan yang simple-simple je ye ahli bayt ku sayang.


Nasi goreng ikan bilis.

Maaf, hajat di hati nak masak yang lebih spesyel sket untuk kalian. Maklumlah, dah seminggu 'melarikan diri' dari rumah. Tapi, keadaan fizikal yang tak mengizinkan. Seharian dibawah hirom. Kepeningan dan kepenatan mental agaknya dek mesyuarat AMM PERMAI berjam-jam lamanya. 530 petang hingga hampir jam 1 pagi. Lama tak meeting, macam tula. Standard. Banyak benda nak kena musyawarah, untuk mendapatkan solusi terbaik. Tu pun tak sempat bincang semua.


Kurangkan mengeluh, banyakkan bekerja. Sudah namanya pun tanggungjawab, maka perlu ditanggung betul-betul supaya dapat dijawab di sana kelak. Sia-sia sahaja jika bekerja tanpa disertai dengan niat yang lurus, bimbang makin menjauhkan dari diriNya pula, nauzubillah.


***


Tahun 2011 sudah makin memunculkan dirinya. Bakal berusia 20 Februari depan. Harapnya, dapat jadi makin matang. Nur Farah Aisyah kini sangat keanak-anakan. Malu untuk mengaku berumur 19 tahun sudah. Seperti langit dengan bumi jika ingin dibandingkan dengan pemuda-pemudi di zaman sahabat sahabiah Baginda dahulu. 


Perlu berusaha dengan gigih lagi. Biar bicara tidak tertumpu hanya soal local, tapi global. Bukan hanya isu dunia, tapi jua akhirat. Meninggalkan apa yang tak perlu, mengejar apa yang penting.


Dari Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu, dari Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam yang bersabda : “Di antara kebaikan seseorang adalah meninggalkan apa-apa yang tidak bermanfaat baginya” [At-Tirmidzi]


Tahun 2011, adalah tahun untuk kita membina sikap. Yok sama-sama improve yok. Bakal doktor ada kualitinya yang tersendiri yang perlu kita pupuk sejak awal dari sekarang lagi.

"Saya remaja yang agak awal meletakkan sikap. Masalah remaja kini ialah mereka tidak bersikap. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka tidak bersikap dalam hal kemasukan budaya asing, sebagai contoh. Mereka tidak bersikap dalam hal politik negara yang iklimnya tidak menentu kebelakangan ini. Mereka tidak bersikap dalam hal agama yang menuntut kita menerobos masuk wilayah sempit untuk tiba ke samudera yang lebih luas lagi. Mereka tidak bersikap apa-apa pun. Mereka hanya melulu. Bukan meletakkan sikap pada sesuatu isu. Oleh sebab terburu-buru itulah mereka masuk ke jaringan yang rancu. Tanpa sikap, kita tidak dapat menentukan situasi diri kita. Untuk bersikap, seseorang perlu menggali jati dirinya kembali. Hanya dengan bersikap, remaja dapat mengenal letakan dirinya, sama ada di tengah hedonisme melanda ataupun di tengah gelodak pluralisme menduga." - Faisal Tehrani, Dewan Siswa April 2010.

***



Nasi Goreng Ikan Bilis


Bahan-bahan

Nasi putih
Minyak untuk menggoreng
Bawang putih, bawang besar, halia - dikisar
Bawang besar dihiris kasar
Ikan bilis
Garam dan gula
Stok ikan bilis

Cara-cara

1. Tumis bahan kisar dan stok ikan bilis hingga garing.
2. Masukkan ikan bilis dan goreng sehingga masak. Masukkan bawang.
3. Akhir sekali, masukkan nasi yang telah ditanak. Sesuaikan rasa dengan gula dan garam.
4. Siap! Sekejap je kan? :)

***

Hari tu ada dapat mesej dari abah, lintasan hati dia semasa pulang ke Kota Bharu dari Kuala Lumpur dengan menaiki bas.

"Kebanyakan penyakit datangnya dari pemakanan. Masak dan makanlah makanan yang healthy dan tasty"

Erkk. Oke, memang amat sangat terkena. Masa tu dahla baru lepas buat Sira Pisang. Memang tak sehat, tapi dah mengidam nak buat macam mana kan? Bak kata seorang akak ni, Sira Pisang ni bukan pencuci mulut lagi dah, tapi pemotong kaki! Silap-silap hari bulan kena penyakit sebab maniiiiiiiis sangat. Tapi, dah memang trademark orang kelantan, ye dak?

Baik abah, kakak akan ikut cakap abah ye! Healthy comes first before tasty ea?  Oke, kakak cuba. Ayay kapten! ^^

***

Final final! Carry mark tak seberapa, so kena skor tinggi-tinggi untuk final ni. It's getting tougher. Oh Lord, don't give me extra time, coz it's not Sunnatullah, but do give me the ability to manage the time wisely and of course, shower me with barakah.

Pharmacology, Genetics, Microbiology, Biostatistics, Pathology. Bismillah~

Sebelum pulang ke Malaysia, target hafazan Quran kena capai. Allahumma yassir!

1 comment:

  1. HAHA
    kenape baru perasan????
    masak2 sume letak kat blog!
    ni yg nak tengok blog tiap hari ni!!(exegerate.kih3)
    nk tengok same tak ngn kat rumah
    :))

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...