Saturday, December 11, 2010

I am not a genius, and I am happy with it :)

Err, terganaz la pulak introductory pic ni

Wah, tak pasal-pasal kena bermesra-mesraan dengan makhluk-makhluk halus ni.


Thanx to Microbiology, akhirnya kita berkenalan juga kan?


Dunia mikroorganisma yang tak nampak dek mata kasar, tapi hakikatnya memang wujud dan sangat mengagumkan! (juga sangat banyak ye untuk dihadam untuk sekali exam! -.-')


Dalam kekalutan semua orang melayan makhluk-makhluk comel ini, maka terkeluarlah satu topik menarik ni. Gossip ke? Err, tak kot, hanya sedikit perkongsian sebagai selingan. Yela, mesti bosan jugak kan 24 jam dok menghadap buku Microb tu?


Topiknya: Genius vs hardwork


Siapa yang genius?


Apa itu genius?


Scorer walaupun usaha tak seberapa? Usaha ciput, malam exam baru pulun habis-habisan, tapi tetap mampu absorb semua materials dengan cemerlangnya? Atau, baca sekali bersamaan baca beratus-ratus kali orang lain (dari segi kefahaman dan ingatannya)?


Ya, ada orang di dunia ni, Allah rezekikan dia dengan otak yang pintar dan cerdas. Allah mudahkan urusannya, sehingga terkadang dia tidak perlu  meletakkan usaha yang banyak pun untuk mencapai sesuatu.


Gifted.


Alhamdulillah, jika anda tergolong dalam golongan ini, maka gunakanlah nikmat ini dengan sebaiknya.


I don't belive in genius


Ada orang kata, saya genius. 


Sebab?


Dapat 17 A masa SPM dulu. (dah lama sangat dah, saya sendiri pun macam tak caya saya pernah dapat keputusan macam tu).


Tapi, saya nak bagitau something, saya bukan genius. Dan sejarah dulu tak membuktikan apa-apa serta tidak menjamin kejayaan yang serupa pada masa akan datang.


Kalau saya genius, mesti saya dah dapat dean list masa 1st year dulu kan? Kalau saya genius, mesti saya dah dapat score untuk subjek-subjek medik ni kan? Kalau saya genius, mesti saya tak payah susah-susah menangis sebab rasa bidang medik ni berat dan diri tak setanding sahabat-sahabat lain kan? Dan banyak la kalau-kalau yang lain.


Tapi itulah dia, lumrah kehidupan. Kita kena terima hakikat bahawa, hidup ini umpama roda. Kadang kita di atas, kadang kita di bawah. Kalau dulu, mungkin kita di puncak kejayaan dalam hidup kita, tapi mungkin sekarang, kita berada di dalam yang paling bawah dalam kalangan orang-orang di sekeliling.


Jadi, kalau anda bukan genius, perlukah anda sedih dan kecewa?


Allah itu Maha Adil


Tak, tak, mestila kita tak kecewa kan? Malahan sebagai mukmin, kita akan bersyukur. Sebab apa, kita yakin Allah itu Maha Adil, dan takde satu ape pun yang Dia takdirkan itu sia-sia.


Kita genius, ada hikmahnya.


Kita tak genius pun, ada hikmahnya.


" Untuk kita yang tak genius ni, sebenarnya Allah nak bagi peluang untuk kita kumpul pahala banyak-banyak atas setiap usaha yang kita curahkan."

Haa, nampak tak?


Wah, rupa-rupanya untung jugak jadi orang yang tak genius ni, dapat peluang untuk kumpul pahala banyak-banyak siket, hehe.


Jadi, la tahzan!


Yakinilah bahawa setiap usaha yang kita curahkan ini,pasti Allah akan membalasnya sebaik mungkin.


Kepuasan terletak pada usaha


Iya, bukan kejayaan yang kita kejar, tapi usaha yang kita titik beratkan.


It's not about how successful you are, but how much effort that you put to be that successful.


Saya bersyukur, kerana di atas ketidakgeniusan ini, Allah rezekikan saya untuk mengenal dan merasai erti dan kemanisan usaha dan susah payah.


Maka ketahuilah, setiap kesakitan yang kita rasa dalam perjalanan mengejar sebuah cita-cita, adalah satu kepuasan yang tidak dapat dirasai buat mereka yang mendapatkannya dengan cara yang mudah.


Tiada yang lebih membahagiakan dari mendapat sebuah kepuasan.


Tawakkal itu indah, hanya selepas kita meletakkan usaha sehabis mungkin :)


Penutup


'Inna ma'al 'usri yusra.'


Bagi setiap kesusahan itu ada kesenangan.


Allah ulang ayat ni 2 kali dalam Al-Quran. Sebab apa? Anda tahu sebabnya.


Mungkin sudah tiba masanya kita benar-benar menghayati dan menjiwai kata-kata yang sering kita laungkan - Allah tak tengok pada natijah, tapi pada usaha.


Jadi, jangan putus asa. Jom usaha yok! Kita tengok sapa yang lebih 'gila' dalam berusaha, oke?


" Kita takkan boleh kata usaha kita dah cukup. Sentiasa ada ruang untuk berusaha dengan lebih gigih lagi. Success, is just a matter of hanging on, after others have let go"

Allah, jadikan kami hamba yang tak kenal erti jemu dalam berusaha, untuk apa-apa pun.


Bittaufiq untuk kanak-kanak medik tahun 2 semua :)





4 comments:

  1. hew3 temkiup cik cute farah!! best2
    share ngn kenkawan neh? May Allah reward you bebeh :)

    ReplyDelete
  2. Salam 'alaik

    Genius? Maybe you right, you are not a genius. And you don’t need to be one. But wise? Yes, you are and you should be..

    I’m not a genius, and I don't wish to be one. Since I know, if I am a genius, I would be much lazier than now. And it is terribly bad for me and anyone around me =)

    Haha, termerepek lak.. Nyway, saje j nk nyibuk kt blog neh~ terBOSAN tanpa sengaja ^^v

    ReplyDelete
  3. i like it..
    thumbs up!
    being a genius,is not easy.it's come with a price.RESPONSIBILITY!to do better n being da best.kan?hehe
    p/s:missing u ahjumma

    ReplyDelete
  4. i love this adek manes. mohon share di blog ye.

    :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...