Friday, December 03, 2010

Buat yang bernama 'Cinta'

Warna-warna cinta



-Sebuah entri jiwang yang bakal dikutuk oleh sahabiah-sahabiah, saya amat yakin dan pasti!


Oke, saya ada satu soalan.


Apakah hormon dalam badan kita yang menyebabkan di usia ini, keinginan untuk mendirikan rumahtangga membuak-buak?


Atau dalam erti kata yang lebih mudah, menggedik dan gatal!


Aha! Entry seorang sahabiah saya yang menarik di sini.


Terkadang jiwa penat melayan perasaan yang tak sudah.


Benarlah pesan seseorang pada saya:


"Wahai abnaul harakah, berpenat-penatlah harimu dengan beratnya beban amanah dakwah, jangan biar diisi dengan hawa nafsu yang tak pernah sudah!"

Benar sekali, hawa nafsu tidak akan pernah puas dengan apa yang dimiliki! Maka kerana itu, jangan dilayan nafsu itu, lawan pun jangan, kerana nafsu bukan untuk dimusuhi, tetapi untuk diperhambakan. Kepada siapa? Tidak lain tidak bukan, kepada Dia, Tuan sekalian hamba.


Saya sangat-sangat mencadangkan kepada anda untuk 'mentadabbur' majalah Solusi edisi 25 : Mujahadah Melawan Nafsu. Dalam hidup kita, ada suatu misi besar sepanjang hayat sebenarnya, yang terkadang kita terlupa mengenainya - Mujahadah menundukkan nafsu!


Remaja dan cinta


Dalam usia begini, adalah menjadi suatu kebiasaan untuk seorang remaja dihinggapi penyakit hati. Senang cerita, masalah cintan cintun antara lelaki dan perempuan.


Teringat kepada kata-kata seorang sahabiah  (setelah diterjemahkan ke bahasa baku):


" Kenapa ya, kebanyakan masalah utama remaja pada usia kita ini, adalah masalah hati dan perasaan? Kalau masalah ni takde, mesti best kan, takyah pening-pening nak fikir"


Iya, cinta itu fitrah, tapi jangan sampai menjadi fitnah.


Cinta itu wajar, kerana ia diperlukan untuk terus memastikan survival ummah melalui sebuah ikatan yang dinamai dengan perkahwinan.


Tetapi perlu diingat, cinta yang satu ini, perlu dipelihara agar tidak tercemar sebelum ada ikatan sah yang mengikatnya.


Sebelum lebih jauh berbicara soal cinta pada si dia, jangan kita lupakan pada cinta-cinta lain.


Cinta paling utama, kepada Pemilik Segala Cinta - Allah

Cinta pada RasulNya

Cinta pada agama

Cinta pada ilmu

Cinta pada perjuangan

Cinta pada ibu bapa

Cinta pada adik beradik

Cinta pada sahabat sahabiah


Cinta pada ummah

Cinta pada diri sendiri


Nampak tak, betapa sebenarnya banyak lagi cinta-cinta lain yang perlu kita perhatikan terlebih dahulu?

Kalau cinta-cinta ini masih belum selesai, bagaimana bisa mungkin mencintai si dia atas nama 'kerana Allah'?


Maaf, tumpang tanya, apa yang sebenarnya kita faham tentang cinta ini ya?


Kita yakin benar, apakah kita benar-benar cinta? Atau, hanya sekadar perasaan suka yang didasari nafsu?


Astaghfirullah, moga Allah pelihara anugerah perasaan kita ini dari dicemari dengan tindak tanduk yang bisa mengotorkannya.


Jadi, sebelum memikirkan soal bait muslim dan sebagainya, apa kata selesaikan dulu perkara-perkara lain?




Menjadi bersedia


Nak jadi isteri cerdik yang solehah, mesti mantap dulu dari segi thaqafah ilmiah dan diniah dulunya kan?

Jadi kena fokus dengan pengajian dulu, pastikan dapat grad dari JUST sebagai doktor yang berjaya dulu.


Nak jadi ibu mithali kepada anak-anak yang huffaz, mesti mantapkan diri sendiri dulu dengan ulum Quran dan hafazannya kan?


Jadi kena fokus dulu dengan hafazan Al-Quran, seboleh-bolehnya cuba untuk menghabiskan 30 juzu' sementara keberadaan di bumi Jordan ini. 


Nak merasa sakinah dan mawaddah dalam rumahtangga, mesti wujudkan dulu sakinah dalam keluarga sekarang kan?


Jadi kena sentiasa usaha untuk upgrade diri sebagai seorang anak yang menyenangkan ummi dan abah, serta kakak contoh buat adik-adik.


Nak dapat sesuatu, kita terpaksa lebih dulu memberi dan berkorban :)



Saya yakin benar, pasti kebanyakan dari kita sudah sedia maklum dengan pandangan Islam sendiri berkenaan cinta antara lelaki dan perempuan ini, ye dak? Luaskanlah pembacaanmu, jangan takut untuk membaca ilmu-ilmu berkaitan munakahat, skill rumahtangga, keibubapaan dan tarbiatul aulad. 

Tak salah untuk bersedia kan? Persediaan itu, bukan hanya dalam sehari cuma, tetapi mungkin masa selama bertahun-tahun lamanya.



Penutup

Teringat akan pesan ummi kepada saya: 


" Bercinta tak salah, tapi biar kena pada masa dan tempatnya. Ummi juga pernah remaja dahulu seperti kakak"


:)


Jangan khuatir, saatnya itu pasti akan tiba. Nikah itu hanya best bila fikir bab keseronokan dan ketenangan, tetapi tentang komitmen dan tanggungjawabnya, sudah bersediakah kita?


Jika konsep dan pengertian nikah yang sebenar masih gagal untuk ditanggapi, jadi mengapa perlu memperjudikan sebuah institusi mulia yang bernama 'Baitul Muslim'?


Siapkan dirimu, dan biarkan Allah menguruskan yang lain ^^


Semoga dari keluarga kita kelak, lahirnya generasi penyambung mata rantai perjuangan Baginda S.A.W. Kisah inspiratif tentang keluarga muslim contoh di sini. Baca ini juga.


Ok. Enough. Keys off~


Mari bercinta dengan Encik Patho dan Genetics yang kacak itu. *wink2 ^^


[Cetusan rasa gadis remaja 19 tahun yang bakal menginjakkan usianya ke angka 20 tidak lama lagi]


* * *


Status FB hari ini: Daripada dok layan perasaan, masalah hati dan angan-angan yang tak sudah, jauh lebih baik melayan Al-Quran, buku-buku medik, sahabiah-sahabiah yang masih boleh 'menggedik' dengan kita sementara belum menjadi mak orang, tanggungjawab sebagai mahasiswa, masalah ummah dan baaaaaaanyak lagi yang boleh difikirkan. Usah buang masa dengan melayan perkara yang hanya merencatkan kedewasaan dan kematangan kita. Ye dak? :)

2 comments:

  1. wah. selepas berbicara panjang bab yang sukar dielak terus tulis posstttt..

    aha.

    siapa saya?

    ReplyDelete
  2. cik rai!
    haha
    macam la i tak tau yu kan? :P

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...