Sunday, April 24, 2011

Kempen kempen!

Minggu ini sangat sibuk. Sibuk berkempen calon pilihan untuk pilihanraya PERMAI 2011/2012. Dan iya, seronok juga ya membuat poster untuk calon ni. ^^


Lihat poster dahulu. Ceritanya kemudian~



















Calon-calon lain, bukanlah kurang hebatnya, kerana masing-masing punya kelebihan dan kekuatan tersendiri. Cuma, mungkin tempatnya bukan disini, mungkin potensi dan bakat mereka lebih menyerlah di lapangan lain :) Lagi pula, setiap orang pun punya pilihan masing-masing kan?


3ala kulli hal, all the best untuk kesemua calon. Ingatlah, walaupun tidak menjawat sebarang jawatan, amanah kepimpinan tetap tergalas di bahu setiap antara kita.


Mari berkempen secara sihat dan matang! 

Thursday, April 21, 2011

[RESIPI] Triffle CAKNA



Sempena mesyuarat muhasabah CAKNA malam ni :)


Senang je nak buat ni, oke jom!

Thursday, April 14, 2011

Tonight's Dinner : Chicken Chop

Masih fail dalam bab presentation~


Minggu ni, alhamdulillah, mood masak saya agak baik. Jadi untuk malam ni, terasa nak masak something spesyel sedikit. Takdelah spesyel sangat pun, cuma mungkin lain dari hari-hari biasa. Semalam pun dah sibuk berangan dengan k.shee dan tqah untuk buat macam-macam. Mungkin kerana agak depress dengan markah RS yang tidak memberangsangkan (3ala kulli hal, tetap alhamdulillah, kerana sebanyak mana pun markah, ia tetap rezeki kan? Yosh, kena usaha dengan lebih kuat lagi!)


Jadi, terkeluarlah bermacam-macam idea resipi. Chocolate Indulgence cake lah, Nasi Tumpang lah, macam-macam lagilah! Sampai tqah pun kata, "jangan sampai jadi macam angan-angan Mat Jenin sudehhh",hihi. Pengajarannya? Tidak salah untuk bermimpi dan memasang impian, tetapi angan itu hendaklah disusuli dengan tindakan dan usaha, barulah berpijak di bumi, tidak sekadar di awang-awangan cuma!


Jadi malam ini, mari kita memasak Chicken Chop!


Ready, set, bismillah and go!

Untuk adik



To the sweetest girl
In all of the land
May your birthday
Be happy and grand

I Love You! 


14 April 2000


Lahirlah seorang lagi bunga dalam taman keluarga Encik Nazim Hassan dan Puan Norhalina Md Nor. Puteri terakhir dalam keluarga kami, Nur Farah Eizzah Nazim

Tuesday, April 12, 2011

[RESIPI] Chicken Pie Akhawatku Sayang

Hari ini terasa rajin pulak untuk 'berseni' dalam masakan. Dah lama sebenarnya tak buat projek masak-masak ni, a hobby that I used to loved to do before. Dulu rajinlah jugak bila bosan untuk buat aktiviti-aktiviti bajet comel ni. Tapi lately macam dah hilang rasa untuk buat semua tu. Alhamdulillah, hari ni Allah izinkan untuk buat something untuk akhawat-akhawat batch tercinta, sebab petang ni kami ada gathering + solat hajat + potluck sikit. 
Yeay, tak sabarnya rasa, nak jumpa akhawat-akhawat yang best ni! Mereka semua sudah menjadi sebahagian daripada adik-beradik dan keluarga saya sepanjang di Jordan ini.

Jadi, mari kita lihat apa yang kita ada untuk potluck malam ni.



Tadaaaa, Chicken Pie Akhawatku Sayang. Nama tak boleh bla, kiut sangat, sekiut akhawat-akhawat United_Akhawat_09,heeee ^^

Seni mendidik anak-anak


Have you heard of the story - spilt milk? Well, we all know there is no use crying over spilt milk. But this story is different. I would hope all parents would respond in this manner.

Sunday, April 03, 2011

Fenomena Vlog



Apa itu vlog? Haa, vlog ni adalah singkatan bagi video blogging. Usually people use vlog as a medium to say and express what they think about certain issues. Saya sebenarnya bukanlah orang yang laju dalam bab gossip-gossip teknologi ini, tapi sekurang-kurangnya tahula sedikit sebanyak tentang fenomena ini.


Kenapa dikatakan fenomena? Entahlah, mungkin sudah lama sebenarnya muncul video-video blog seumpama ini, cuma mungkin saya sahaja yang baru menyedarinya. Ini antara beberapa orang vloggers saya tahu dan sempat melihat hasil karya mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...