Tuesday, May 31, 2011

Maafkan aku Sayang


Sudikah Engkau menerima diriku kembali?


Sayang,
Maafkan aku
kerana selama ini, aku tidak menghargaiMu dengan sebenar-benar penghargaan.


Maafkan aku,
kerana sanggup berlaku curang pada diriMu,
sedang aku tahu, Kamu yang sentiasa ada bersama dengan diriku,
setiap detik,setiap ketika,
tanpa pernah sedikit pun merasa jemu dan lelah.

Doakan


Suraiya, 
doakan agar kakak 
dapat habiskan pengajian kakak di sini dengan sempurna ya?
Doakan agar perjalanan kakak disini 
dipermudahkan tanpa tersekat dimana-mana ya?
Kamu tahu bukan, kakak pun ingin segera pulang bersama kamu?

Dan kamu, yang membaca blog ini, mohon doa daripada kalian juga, 
supaya diberikan kekuatan untuk mengharungi sisa-sisa masa di sini.
Semoga masa yang dihabiskan disini, tidak sia-sia dipandanganNya.
Ameen.

Terima kasih

Monday, May 30, 2011

Doa Cinta





Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: “Di antara doa Nabi Daud ’alihis-salaam ialah: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.” Dan bila Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam mengingat Nabi Daud ’alihis-salaam beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.” (HR Tirmidzi 3412)



Sunday, May 29, 2011

Why do people have to leave each other?



"The dunya is as a place of fleeting moments and temporary attachments. A place where people are with you today, and leave or die tomorrow. But this reality hurts our very being because it goes against our nature. 

Saturday, May 28, 2011

Terkadang kita lupa



Terkadang kita lupa, bahawa menuntut ilmu itu adalah satu jalan dari jalan-jalan yang membawa ke syurga, kerana itu tiada siapa yang menempuhnya dengan mudah, melainkan perlunya mujahadah menghiasi jiwa.


Terkadang kita lupa, bahawa menuntut ilmu itu jauh lebih baik dari beribadah tanpa kefahaman, kerana jika benar ilmunya, maka lurus jugalah amalnya.

Friday, May 27, 2011

Kerana kita lebih cintakan Dia...

Artikel iluvislam.com

Aku sungguh ingin mengejar cintaMu. 
Jika tidak diizinkan bersama berlari dengannya sekalipun, 
janganlah kami menjadi asbab yang menghalang satu sama lain dari mendapatkan cintaMu.
-gambar hiasan-

"Apa yang aku dah buat ni....?
Astaghfirullah, selama ni aku ingin mencari keredhaan Allah. Aku ingin berdakwah. Aku kongsi artikel Islam untuk semua kawan aku. Kononnya ingin memuhasabahkan diri, dan juga kawan-kawan yang lain. Tapi apa yang telah aku lakukan?

Wednesday, May 25, 2011

Qasidah


Jom berkenalan dengan Qasidah di sini :)




Monday, May 23, 2011

Selamat Ulangtahun Yang Pertama Sayang :)












23 Mei 2011
Genap satu tahun umur kamu Suraiya.
Sanah helwah sayang!
Maafkan kakak kerana tidak dapat berada di sisimu, melihat kamu membesar.
Semoga Allah meredhai perjuangan dan pengorbanan kakak ini.
Membesarlah kamu menjadi wanita calon penghuni syurga sayangku!

Jangan stress-stress :)

Monday, May 16, 2011

Sinis

"Perubatan adalah pemusnah ekosistem, dimana ia 'membantu' manusia untuk hidup lebih lama daripada sepatutnya. Manusia yang hidup pasif, makan tidak terkawal, merokok dan mengamal segala tabiat negatif yang lain, ‘dibenarkan’ untuk terus hidup. Akhirnya membawa kepada penambahan populasi, meningkatkan permintaan makanan, pembukaan penempatan baru dan berbagai masalah lain yang tiada penghujungnya."

Kesimpulannya, prevention is better than cure. Pandai-pandailah menjaga kesihatan diri sendiri. 

Tapi, kalau di dunia ini tiada manusia yang sakit, maka akan wujudkah golongan doktor? Hurm~


Dear you


Hakikatnya, cinta manusia itu 
hanyalah jambatan untuk meraih cinta Allah bukan?

Mari berkasih sayang keranaNya! :)

Saturday, May 14, 2011

CVS cupcakes!



Tak boleh nak tunggu cuti, nak try buat sekarang jugak!


Maka terhasillah cupcakes ini. Dikala orang lain sibuk menghadap lecture notes, saya pula sibuk berseni di dapur. Aiyyyaaak! (_ _!!) Oke, sekali ni je. Dah puas hati dah, baru lah boleh fokus kat exam gini,heeee. :D


Tapi seriusly, cupcakes ini tidak bagus untuk CVS system anda! Manisssssss amat!


Bittaufiq untuk semua. Biar cuti kita nanti betul-betul woth it. :)

Wednesday, May 11, 2011

Comel-licious!









Alaaaaaaahai, geramnya tengok semua gambar-gambar ni. Comel sangat! Sape reti buat benda alah ni, nak belajar!!! 


Pictures taken from here.


Notahati: Kepada yang setia mengikuti blog ini (macam la ada kan?heeee) maaf kerana tak dapat nak update selalu. Gotta focus with the final exams. Banyak juga ya post yang tertangguh? InsyaAllah cuti nanti kita bersua kembali :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...