Monday, April 26, 2010

Don't quit!


When things go wrong, as they sometimes will,
When the road you're trudging seems all uphill,
When the funds are low and the debts are high,
And you want to smile, but you have to sigh,
When care is pressing you down a bit,
Rest, if you must, but don't you quit.

Life is queer with its twists and turns,
As every one of us sometimes learns,
And many a failure turns about,
When he might have won had he stuck it out;
Don't give up though the pace seems slow--
You may succeed with another blow.

Often the goal is nearer than,
It seems to a faint and faltering man,
Often the struggler has given up,
When he might have captured the victor's cup,
And he learned too late when the night slipped down,
How close he was to the golden crown.

Success is failure turned inside out--
The silver tint of the clouds of doubt,
And you never can tell how close you are,
It may be near when it seems so far,
So stick to the fight when you're hardest hit--
It's when things seem worst that you must not quit.

- Author unknown

***

"Katakanlah, wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas, janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa kesemuanya. Sungguh, Dialah Maha Pengampun, Maha Penyayang" [39: 53]

***

Notahati:

Di antara kunci menemukan sentuhan cinta Ilahi adalah dengan kita bertafakur tentang pelbagai hakikat keluasan cinta-Nya itu. Sesungguhnya seluas mana pun rasa cinta dan kasih yang dipersembahkan oleh makhluk kepada al-Khaliq tidak sedikit pun mampu menyaingi setitis kasih Allah terhadap hamba-Nya.

Yang demikian itu adalah sifat Allah Yang Mulia di mana rahmat dan kasih sayang-Nya sentiasa mendahului kemurkaan-Nya.

Friday, April 23, 2010

Ruang Rindu


Rindu bertamu kembali

Kali ini pada dia..

Dia yang telah banyak mentarbiyahku, tanpa jemu, tanpa lelah..

Dia yang telah membentuk peribadiku, menyuapkan ilmu dengan penuh kasih..

MAAHAD MUHAMMADI PEREMPUAN

Madrasah tercinta, bumi barakah, tanah kelahiran khalifah berwibawa

Syukur Tuhan kerana menakdirkan aku memiliki memori indah bersama dia!











Notahati: Sudah cantik ya MMP sekarang? Biarlah puteri-puterinya juga tetap harum, mekar kembang di taman Iman, subur dibajai tarbiyah dan disirami dakwah. Modenisasi harus seiring dengan rohani, agar kemajuannnya tetap terpandu. Ya Tuhan, peliharalah keberkatan sekolahku tercinta, lindungilah warga-warganya, agar tetap menjadi hamba-hambaMu yang taat. Izinkan Maahad Muhammadi Perempuan terus menabur bakti, menjadi medan pembentukan khalifah, generasi pejuang agamaMu. Ameen~

Puisi Kasih Aisyah [1]


Pintalan awan emas kapankah?
Mengapa tidak?
Bagaikan bahtera Ibnu Battuta
perhentian timur sungguh indah
walaupun asing
walau kali pertama
walau kali terakhir

Akan semut ini memikul segalanya
Akan kumbang ini terbang merata,
mencari sesuap ilmu
Seindah rupa Yusuf
seindah akhlaqnya
di dalam jeriji besi ia menangis...

Mengapa engkau perlu bersedih?
sedangkan telah Ku balas segala keindahanmu
di Jannah bersamaKu

Nukilan: Nuraisyah Hussin

Notahati: Sahabat,indah sungguh bait katamu..Maha Suci Allah, yang telah memberi ilhamNya padamu, buat kita sama-sama menghayati kecantikan bahasa rindu dan cinta buatNya


Thursday, April 22, 2010

Bangkitlah Putera Puteri!


PUTERA PUTERI
Munsyid: Inteam Feat Hisyam Ahmad


Engkau bagaikan mutiara berharga
Dalam sepi kau penyeri
Dalam duka kau penawar
Hadirmu menyinari rumahtangga

Mengapa harus derita yang kau cari
Maruah kau pertaruhkan
Masa depan kau gadaikan
Mengalir airmata ayahbonda

Oh remaja harapan keluarga
Putera puteri negara
Pewaris nusa bangsa dan agama
Kembalikanlah nilai harga dirimu
Agar sempat kau tahu
Sejuk hati ibu yang melahir dan mendidikmu

Bangkitlah oh puteraku
Dari lena yang panjang
Berjuang bagai pewira yang berjasa
Bangunlah oh puteriku dari mimpi yang palsu
Pelihara maruah dan agamamu


PadaMu Tuhan kami panjatkan
Teguhkan keimanan
Tetapkanlah pendirian
Putera puteri harapan masa depan


Notahati: Currently addicted to this song..Sayu bila mendengar nasyid ini..Benarlah,telah terlalu lama kita leka dalam mimpi yang palsu, sehingga lupa pada hakikat bahagia yang sebenar..Untuk merealisasikan mimpi, kita perlu bangun dari lena, dan bergerak menuju cita..Teman, sedarilah bahawa usia muda kita, wajar dimanfaatkan untuk Islam, bukanlah melayan jiwa muda yang hanya membawa derita..

Sunday, April 18, 2010

Bukan untuk kamu




Tarbiyyah...

bukan untuk orang yang malas

bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat,
sekejap down-sekejap up, cepat terasa.

bukan bagi
orang yang memilih program untuk dia ikuti yang
senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.

bukan untuk
orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh
Tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.

bukan untuk orang yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan, tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan
orang lain.

bukan untuk
orang yang cepat mengalah

bukan untuk
orang yang meletakkan qiamullail dan daurah dalam diari
hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara
`penting' yang lain

bukan untuk
orang yang hanya pandai cakap dan menulis, tapi amal kosong

bukan untuk
orang yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu

bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa
tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya
tunggu information

Dakwah...

bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri

bukan untuk orang yang ikut liqa' hanya kerana nak disebut
sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu

bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute

bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di
jalan Allah

bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa
berjalan jauh

bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat,
mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak
nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh

bukan bagi orang yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat
atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami

bukan bagi orang yang hanya nak berkawan dengan orang
berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan
orang susah, miskin, dan pakai comot

bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak
beri alasan ini dan itu
. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja,
keluarga tak bagi keluar


Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan
tarbiyyah.

Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus
berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan
anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.

"Amanah ini bukan hak milik, tetapi anugerah daripadaNya"


dikongsi dari blog:
http://www.everjihad.blogspot.com/



Notahati: Aduh,terasa ditembak tepat,terus ke dalam hati..Sometimes we have to learn the lesson from the hard way. Ya Allah, betapa aku selama ini tertipu dengan diri sendiri, tidak menyedari bahawa telah terlalu banyak kekhilafan yang dilakukan tanpa sedar. Ampunilah dosaku, tetapkanlah hatiku dalam keimanan dan perjuangan di atas jalanMu. Janganlah Engkau tarik nikmat tarbiah dan dakwah ini dariku kerana kebodohanku selama ini yang gagal menghargainya dengan baik. Sungguh, dakwah dan tarbiah tidak memerlukanku, sama seperti Islam yang tidak akan rugi sedikitpun jika kehilanganku, tetapi justeru akulah yang amat memerlukan mereka!

Jaga 7 ini


1) TAHAJJUD, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

2) membaca Al-QURAN sebelum terbit matahari.

3) jangan tinggalkan MASJID terutama di waktu shubuh.

4) jaga SOLAT DHUHA, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

5) jaga SEDEKAH setiap hari.

6) JAGA WUDHU' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu'.

7) amalkan ISTIGHFAR setiap saat.

***

Notahati 1:Jalan menuju keredhaan Allah itu terlalu banyak sebenarnya, harus kreatif dalam menambah ibadah kepadaNya. Kaum Rijal, anda punya kelebihan pada perkara ke-3 berbanding wanita, jadi jangan siakan!

Notahati 2:Sedekah itu tidak hanya terbatas pada material semata.Usah kecilkan pengertian rezeki yang boleh disedekahkan. Rezeki bukan hanya pada wang, bukan hanya harta. Jika masih mampu tersenyum, jadi berikanlah senyuman. Jika masih mampu berkata-kata, ucapkanlah sesuatu yang baik dan menggembirakan. Atau setidak-tidaknya, kita masih punya hati, maka bersangka baiklah dan berdoa untuk orang lain dengan hati itu. Semuanya adalah sedekah, asal diniatkan hanya untuk Dia


Saturday, April 17, 2010

Kanak-kanak tua


Kita, menjadi kanak-kanak terlalu lama


Sampai bila perlu menjadi kanak-kanak?
Photo by: Wan Nurhana Wan Hassan


Lihat kepada sejarah, pada usia apakah tokoh-tokoh sanjungan kita berhenti menjadi kanak-kanak?

Anas bin Malik sudah meriwayatkan hadis seawal usia sepuluh tahun, mungkin lebih awal. Ali ibn Abi Talib memeluk Islam juga sekitar usia sejagung itu dan menggadai nyawa di katil Nabi sewaktu usianya sebaya anak-anak mentah hari ini di universiti. Ketika usianya pun sepuluh tahun, Usamah bin Zaid barangkali merajuk muncung-muncung kerana tidak dibenarkan memikul pedang ke medan Uhud. Namun cepat ditebus kehampaan itu dalam Perang Khandak lima tahun kemudian, dan waktu baru-baru mencecah usia dua puluh, anak muda ini sudah mengepalai angkatan perang ke negara Syam melanyak tentera Romawi.

Anak-anak muda yang diabadikan dalam surah al-Kahfi, berapa agaknya usia mereka?


"Kami ceritakan kepadamu (Muhammad) kisah mereka dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka. Dan Kami teguhkan hati mereka ketika mereka berdiri lalu mereka berkata, "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami tidak menyeru tuhan selain Dia. Sungguh, kalau kami berbuat demikian, tentu kami telah mengucapkan perkataan yang sangat jauh dari kebenaran."
Al-Kahf, [18:13-14]


Imam as-Syahid Hassan al-Banna sudah berdemonstrasi menyuarakan penentangan terhadap pemerintahan British ketika berusia 13 tahun. Sembilan tahun kemudian, dalam usia 22 tahun, pertubuhan Ikhwanul Muslimin diasaskan. Dan selanjutnya adalah sejarah, bukan?

Saiyidatina Aisyah r.a., menurut banyak riwayat, menjadi isteri Nabi Muhammad S.A.W. ketika usianya masih begitu kecil. Tentunya dalam usia yang begitu muda juga, berterusan ke akhir hayatnya, bonda kita ini telah menyampaikan pula ilmu-ilmu yang dipelajari langsung daripada suaminya Junjungan yang Mulia kepada para sahabat dari jauh dan dekat.

Berapa pula usia Nabi Muhammad S.A.W. ketika menerima lamaran Saiyidatina Khadijah? (Yang tentu sahaja dalam keadaan sudah dewasa oleh pengalaman, matang bekerjaya, dengan akhlak dan wibawa yang diperakui rata-rata). 25 tahun. Barangkali sebaya usia kita yang masih terkial-kial selepas keluar universiti, terkebil-kebil berhadapan dengan dunia nyata yang rupa-rupanya tidak sama dengan apa yang dikhayal-khayalkan sewaktu di menara gading dahulu.

Kita, jika dibandingkan dengan generasi terdahulu, menjadi kanak-kanak terlalu lama.

Seolah-olah hidup ini terlalu panjang untuk dihabiskan dalam alam bermain-main. Konon masih terlalu muda, belum dewasa.

Mungkin boleh dimaafkan jika sewaktu berusia 6-7 tahun kita masih sibuk bermain pondok-pondok di dalam semak atau menggetis keropok Golden Ring, bersenja dengan padang bola atau menonton kartun sebelum dikerah ibu pergi mandi. Solat ikut-ikutan sahaja, yang lelaki sesekali mengikut bapa ke masjid, mungkin diajar melaungkan bang sebelum berlari ke saf belakang.

Mungkin boleh dimaafkan, kalau ketika itu, kita masih belum mengenal Tuhan, belum peduli tentang dosa atau pahala.

Mungkin boleh dimaafkan jika sewaktu berusia sepuluh tahun kita masih leka dengan komik dan anak patung, atau ralit menonton rancangan nyanyian kanak-kanak bermekap tebal di TV9.

Mungkin boleh dimaafkan, kalau ketika itu, kita masih belum tahu apa itu Islam, apa itu iman, apatah lagi tentang dakwah, jihad, dan pengorbanan. Tentang perjuangan yang sudah menjadi zikir pada lidah dan anggota generasi terdahulu ketika meniti usia yang sama.

Namun masihkah boleh dimaafkan, jika kita sekarang, yang berusia belasan tahun - awal belasan, pertengahan, dan penghujung belasan - menghabiskan waktu bercinta-cintaan, patah hati dan jatuh hati berkali-kali dalam masa kurang satu bulan, menggilai artis pujaan, meratap-ratap apabila calon bintang tersingkir daripada rancangan realiti TV kegemaran, memastikan diri up-to-date dengan gaya paling terkini (tudung pelbagai fesyen, gaya rambut yang disembur dan dilumur gel, kemeja T dan jeans berjenama, mekap dan wangi-wangian yang sepadan), dan apabila ditanya tentang isu semasa, perihal agama, atau masalah dunia, mengangkat bahu tidak ambil tahu.

Sedangkan generasi terdahulu yang sebaya itu sudah berhenti menyangka hidup mereka terlalu panjang. Sudah sedar bahawa makna hayat adalah dengan berjuang. Sudah mengerti bahawa tanggungjawab terlalu banyak untuk ditanggung dan dipegang. Umur belasan tahun adalah umur baligh, bererti umur bilamana dosa dan pahala sudah dipikul sendiri.

Namun kita masih bermain-main - masih mahu menjadi kanak-kanak.

Setelah berusia dua puluhan pun - 20, 21, 22, 23... kita masih menjadi kanak-kanak. Kita terpesona benar dengan keindahan-keindahan dunia - harta, hiburan, lelaki dan perempuan - seperti kanak-kanak yang leka dengan permainannya. Lalu kita bermain, dan bermain, dan menyuakan pelbagai alasan apabila diajak untuk menjadi dewasa.

Ajakan itu datang daripada pelbagai punca. Teman-teman yang sudah meninggalkan alam kanak-kanak, guru-guru yang sudah lama menjadi dewasa, atau suara hati sendiri yang merasakan sudah terlalu jauh beza antara kematangan dan usia. Namun, kita masih berpura-pura tidak sedar, seperti kanak-kanak yang meminta tangguh apabila disuruh ibu untuk mandi setelah senja tiba.

Meminta tangguh, belum mau menjadi dewasa, belum mau sedar dan bekerja, kerana belum bersedia. Meminta tangguh daripada siapa sebenarnya? Malaikat Maut?

Benarlah kata Tuhan dalam al-QuranNya,


"Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sendagurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian (tanaman) itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu."
Surah al-Hadid, [57:20]


Apabila dibanding-bandingkan dengan zaman datuk, nenek, dan moyang, tidak dapat tidak, saya terfikir bahawa budaya dan kebiasaan kita, semakin menjadi moden, semakin mengkanak-kanakkan manusia. Semakin moden satu bangsa, semakin lama waktu yang diperuntukkan untuk anak-anaknya menjadi dewasa. Anak-anaknya diizinkan menjadi kanak-kanak lebih lama. Adakah kerana terlalu banyak yang perlu dipelajari, maka tempoh 'matang' itu diperpanjang? Adakah kerana jangka hayat yang bertambah, maka lebih banyak usia boleh dihabiskan bersenang-senang?

Alasan 'belum habis pengajian' itu menjadi syarat pelepasan yang membebaskan setiap 'kanak-kanak' ini daripada sebarang tanggungjawab. Daripada sebarang tanggungjawab selain daripada 'menumpukan perhatian kepada pelajaran'. Tidak boleh melibatkan diri terlalu aktif dengan kegiatan-kegiatan persatuan, apatah lagi gerak kerja Islam, mohon dijauhkan kalau berani-berani menjinakkan diri dengan politik. Alasan 'belum habis pengajian' itu menjadi benteng sehingga 'kanak-kanak' ini bercinta-cintaan memendam rasa bertahun-tahun kerana tidak dibenarkan berkahwin. Lalu tidak sedikit yang menjadi mangsa, 'kanak-kanak' yang hilang kesucian, maruah dilepaskan, menjadi ayah dan ibu tanpa pentauliahan, tanpa ikatan.

Menjadi dewasa dan matang adalah kewajiban, adalah tuntutan, juga adalah fitrah yang tidak sepatutnya dihalang-halang.

Sampai bila mahu menjadi kanak-kanak? Terkepung dalam dunia indah universiti, dunia riang-ria warna-warni di puncak menara gading, berlari-lari dalam taman bunga bersama sweetheart, sehinggalah 'menerima segulung ijazah', selepas itu automatik akan menjadi dewasa? Bukankah menjadi dewasa itu memerlukan latihan, memerlukan bimbingan? Sempatkah kita belajar menjadi dewasa dalam kesibukan membina kehidupan selepas tamat pengajian, atau mungkinkah kita akan terus menjadi kanak-kanak juga hatta selepas meniti alam kerjaya, alam perkahwinan, dan melahirkan pula anak-anak yang tidak akan menjadi dewasa sampai bila-bila?

Saya bukanlah bermaksud menyeru sesiapa saja yang mahu melakukan apa-apa untuk bertindak sesuka hati, hanya kerana 'mahu menjadi dewasa'. Tidaklah, contohnya, menyeru sesiapa yang mahu berkahwin sebelum tamat pengajian, merempuh apa saja rintangan semata-mata untuk memenuhi tuntutan fitrah.

Kalau kamu masih kanak-kanak, maka melakukan perbuatan orang dewasa tidak akan menjadikan kamu orang dewasa.

Kalau kamu - saya, kita - belum layak berkahwin, maka memaksa diri untuk mendirikan rumahtangga tidak akan tiba-tiba menjadikan kita matang dan bijaksana.

Soalnya di sini, mengapakah bangsa kita, zaman kita, generasi kita - mungkin generasi orang tua kita - mengizinkan, membiarkan, kita, menjadi kanak-kanak begitu lama?

Kesegaran dan kesuburan akal, semangat, dan iltizam menyebabkan usia anak-anak muda adalah usia terbaik untuk membentuk, menghasilkan, dan menggerakkan pejuang. Namun kita membiarkan usia muda itu habis dengan bermain-main dan bersukaria.

Tuntutan fitrah dan biologi mewaraskan anak-anak muda mendirikan rumahtangga dan membina keluarga pada usia awal - tidak terlalu awal, namun tidak pula melangkaui pertengahan dua puluhan. Namun kita membiarkan usia muda itu habis dengan bersenda gurau dan bergelak ketawa, bukannya mendidik dan membentuk mereka seawal mungkin untuk bersedia menjadi isteri dan suami, ibu dan bapa. Anak-anak muda ini diajar segala macam pengetahuan yang wajib dikhatamkan sebelum dibenarkan menjadi dewasa - segala macam pengetahuan, kecuali pengetahuan tentang menguruskan diri dan membina keluarga.

Menjadi kanak-kanak memang seronok. Kita dilepaskan daripada tanggungjawab. Hidup kita adalah bermain-main, berfantasi, sesekali beridealisme dan berdebat tentang itu dan ini. Teori dan kerja kanak-kanak tidak ubah seperti skrip permainan askar lawan penjahat atau 'rumah' untuk bermain pondok-pondok, yang dibina daripada ranting dan daun-daun kering. Sesekali watak Power Rangers, Cinderella atau Prince Charming akan tambah menceriakan suasana, dan kita merasakan betapa menjadi kanak-kanak sungguh bahagia.

Masyarakat, sistem, malah keluarga kita sendiri memberikan bermacam-macam alasan untuk kita terus menjadi kanak-kanak dan lari daripada kewajiban, daripada kedewasaan, untuk kita mengelak daripada mempersiapkan diri menuju kedewasaan.

Kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh, insyaAllah akan meluncur laju ke syurga.

Bagaimana pula dengan 'kanak-kanak' tua yang usianya tamat, usianya renta, sebelum sempat menjadi dewasa, kerana terpesona dengan alasan yang dicipta oleh masyarakat, dicipta oleh sistem, dicipta oleh diri sendiri?

Terlalu panjangkah usia, sehingga mahu berlama-lama menjadi kanak-kanak yang ralit dengan permainan-permainan dunia?


"Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik."
Surah Ali Imran, [3:14]


Doa kita berdua

Buat yang disayangi, keluarga dan teman...


DOA KITA BERDUA

Ya Allah,
Kekadang terasa belaian cinta-Mu
Bersama kurnia sekalung hidayah
Tapi kekadang terasa bahang murka-Mu
Seiring patahnya sebuah mujahadah
kami berdua…

Ya Allah,
Walau apa pun kami masih terus di sini …
Mengemis di tepian janji-Mu yang pasti
Di sini kami masih mendamba cinta
Kerna yakin cinta-Mu tak pernah sirna…
selama-lamanya!
… buat kami berdua

Kau dekat terlalu
tanpa senyum
tanpa suara
namun cinta-MU ketara jua!
Dalam doa…
kami berdua!

[nukilan Ustaz Pahrol Mat Juoi]

Thursday, April 15, 2010

Hatimu untuk siapa?


Saya bertanya kepada emak, mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?

Mak jawab, kedua-duanya bukan..

Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman. Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.. Saya menarik nafas dalam-dalam. Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa? Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum. Rasanya, mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya.

Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.. Yang paling tahu hanya Allah.. mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya..mak menyusun ayat-ayatnya. Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..

Saya memintas, Tak faham..

Mak menyambung Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.. Mak menyambung lagi, begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini..

Mak menyambung, Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi.. Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu? mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire

Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu. Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak.. Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke? saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..

Mak takut pada Allah...

Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya. Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong..

Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.

Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.. emak melemparkan pandangan ke lantai. Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.. sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu. Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak?

Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.


Adakah ia suatu diskriminasi?

Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai..

Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.. Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..

Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.

Cuba kakak renungkan..

kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya. emak berhenti seketika..


Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.

Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. . Kakak..

Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta.

Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.

Redha

Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing.

Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah..

Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

~http://khyrulhaycal313.blogspot.com~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...