Monday, May 27, 2013

Permata Ayah Bonda


"Tidaklah seorang anak yang soleh apabila melihat ibu bapanya dengan pandangan kasih sayang, melainkan Allah akan menuliskan untuknya bagi setiap pandangan tersebut dengan pahala haji mabrur" [Hadith Riwayat Al-Baihaqi]

Selamat pulang ke pangkuan keluarga tercinta di Malaysia buat sahabat-sahabat mahasiswa mahasiswi di Jordan. Semoga kita dapat menyantuni serta berkhidmat dengan penuh setia dan cinta buat kedua ibu bapa tercinta kita.


Mungkin dulu kita banyak berdosa dengan mereka, melukai mereka tanpa sedar, justeru kepulangan ini mohonlah ampun dengan mereka dari segala kesalahan-kesalahan kita.


Mungkin selama ini kita hanya melayan mereka biasa-biasa sahaja, 'taking them for granted', maka selama masih ada peluang ini berikan layanan yang terbaik, hargai mereka sehingga mereka terasa merekalah insan yang paling istimewa dalam hidup kita.


Mungkin sebelum ini kita kurang arif tentang adab dan seni meraikan ibu bapa, tidak ada ilmu untuk menjadi anak yang soleh menurut acuan Islam, atau tidak punya kesedaran, tetapi kini kita sudah tahu, mahu dan mampu membahagiakan mereka, maka praktikkanlah.


Manfaatkan detik berharga bersama mereka, dan raihlah kebahagiaan, keberkatan, pahala serta keredhaan berpanjangan dariNya :)


Pulanglah, dan sayangi keluargamu!


"Ummi, Abah, redhailah anakmu ini..."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...