Thursday, July 01, 2010

Yeay,sekolah dah nak bukak!

Ahad ini,jami3ah bakal dibuka semula.

Semester baru.

Ada juga yang sudah berumah baru.

Semoga azam untuk belajar juga baru la ye! :)

***

Semester Soifi ini, wajar dijadikan sebagai titik untuk muhasabah. Sudah hampir setahun di bumi Urdun, adakah diri sudah mencapai target yang telah ditetapkan? Atau masih tiada matlamat, masih tercari-cari tujuan dicampakkan ke dataran Syam?

Semester Soifi ini pastilah yang paling ditunggu-tunggu oleh kebanyakan dari mahasiswa Jordan kerana selepas sahaja tamat semester ini, maka akan berduyun-duyunlah mereka memenuhi Lapangan Terbang Queen Alia untuk pulang ke tanah air, bertemu dengan insan-insan tersayang, melepaskan rindu selepas hampir setahun tidak besua.

Tetapi, pulangnya kita nanti, adakah ada perubahan?

Apa yang telah kita capai sepanjang setahun di perantauan?

Atau, masihkah kita di takuk lama, sama seperti mula-mula berpijak di bumi ini?

Sungguh,saya masih belum bersedia untuk pulang. Masih banyak hutang pada diri sendiri yang belum sempat dilangsaikan. Status akademik masih berada di tahap yang kurang memuaskan, bahasa Arab Ammi pula tunggang langgang, hafazan Al-Quran pula masih jauh untuk mencapai target yang ditetapkan. Paling penting, pemikiran dan akhlaq saya sekarang, adakah sesuai dengan keberadaan saya setahun di sini? Itu belum cerita lagi dengan ilmu agama dan kemahiran-kemahiran lain. Sudah selayaknyakah digelar sebagai mahasiswa Timur Tengah?

Bimbang kepulangan saya nanti tidak dapat memenuhi expectation keluarga, sahabat-sahabat dan masyarakat yang mengharapkan sesuatu dari saya buat mereka.

Benarlah,musuh paling utama orang muda, adalah masa lapang.Jika tidak diuruskan dengan baik, maka ia akan membunuh.

"Masa itu ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya, maka kamu yang akan dipotong!"

Begitulah, pepatah arab yang masyhur sekali dalam kalangan kita, tetapi betapa sedikit yang mengambil pengajarn.

Justeru,saki baki yang ada, akan dimanfaatkan sehabis baik. Semester kali ini, adalah semester intensif!Jom tajdid niat,perkasakan azam, dan mula merancang strategi yang lebih ampuh.

Apa yang dicari dibumi ini? Pastikan sekurang-kurangnya sudah ada jawapan untuk diberi.

Buat para pejuang di medan ilmu, saya cadangkan agar anda membaca artikel ini, bagi memperbaharui semangat dalam medan ta3lim ini.Ayuh,jangan berlengah lagi. Yang sudah berlalu, biarkanlah. Tanggungjawab yang ada, melebihi masa yang dikurnia. Jangan dipandang enteng summer sem itu!

Selamat berjaya! :)

*The journey is long. Plan it well!*


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...