Friday, July 16, 2010

Syadidkah Kerjasama Muslimin Muslimat?



Alhamdulillah malam ini saya telah selesai mengadakan mesyuarat muhasabah untuk program Seminar Cendekiawan Islam 2010 ( SEARCH 10 ) yang berlangsung minggu lepas. Saya sangat bersyukur kerana pada malam ini saya banyak belajar perkara-perkara yang baru daripada sahabat-sabahat AJK yang sudah berpengalaman mengendalikan program dibumi jordan ini. Semua muhasabah ini insyaAllah akan difailkan untuk dirujuk oleh generasi akan datang supaya mereka tidak lagi mengulangi kesilaapan kami. Didalam banyak-banyak musahabah pada malam ini, ada satu topik yang saya rasa sangat berfaedah jika saya kongsikan bersama anda. Ianya adalah topik kerjasama diantara muslimin dan muslimat.

Sebenarnya masih ramai lagi 3amilin Islam yang mensyadidkan kerjasama diantara muslimin dan muslimat dengan sebab yang tidak munasabah. Alhamdulillah ianya tidak berlaku didalam organisasi pelaksana yang sayabina bersama kawan-kawan sepasukan didalam program SEARCH 10. Bahkan ada seorang daripada ahli muslimat pasukan kami yang melontarkan pandangan bahawa kita perlu bekerjasama dengan profesional. Saya begitu teruja dengan pandangan beliau kerana beliau adalah seorang yang sangat menjaga batasan didalam pergaulan. Tetapi dalam masa yang sama beliau sangat profesional didalam berurusan dengan individu berlainan jantina ( untuk urusan kerja ). Bagaimanakah beliau boleh mengutarakan kata-kata itu?. Semestinya beliau menjaga batasan selama ini bukan hanya kerana taklid buta tampa ilmu. Beliau menjaga batasan pergaulan dengan hujjah syariah dan beliau profesional didalam berkerjasama dengan berlainan jantina juga dengan hujjah syariah. Firman Allah Taala :

(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.
( Surah Az-Zumar – 39 :9 )

Sesunggunya ramai dikalangan 3amilin muslimin dan muslimat yang masih mensyadidkan batasan berurusan diantara mereka. Saya sebenarnya begitu menghormati prinsip-pronsip sahabat-sahabat saya walaupun mereka ditohmahkan dengan gelaran ‘thiqoh’ dan ‘syadid’. Bagi saya jika mereka mahu syadid, itu adalah hak mereka. Kita sebaggai sahabat perlu menyokong prinsip-prinsip mereka itu. Kadang-kadang kita terdengar sahabat-sahabat 3amilin kita mengeluh… ” aku tak boleh buat kerja lah dengan dia, dia syadid sangat”. Disini kita perlu meniliti satu perkara, KERJASAMA itu perlu disepadukan dengan perasaan SALING MEMAHAMI dan BERSANGKA BAIK. Contoh didalam kes yang saya sebutkan tadi, sebagai muslimin kita perlu memahami bahawa mungkin kita merasakan berurusan itu perkara biasa sahaja, tetapi mungkin ianya berbeza disisi muslimat. Oleh itu kecekapan muslimin sebagai ketua didalam menguruskan sesuatu perkara yang melibatkan muslimin dan muslimat amatlah diperlukan. Lebih-lebih lagi kerjasama itu melibatkan sesuatu yang panjang dan bersesi-sesi.
Islam sebagai ad-den yang syumul sudah tentu membenarkan kerjasama diantara muslimin dan muslimat ini. Firman Allah Taala :

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
( surah At-Taubah – 9 : 71 )
Disini kita semua jelas bahawa Islam membenarkan kerjasama diantara berlainan jantina. Di dalam Sirah Baginda Rasulullah SAW yang agung juga ada berlakunya kerjasama diantara mujahidin dan mujahidat. Contohnya, sebaik sahaja peperangan uhud selesai, sekumpulan wanita Islam telah datang ke medan. Kata Anas: Ku telah lihat Aisyah binti Abi Bakar dan Ummu Salim, sedang bersungguh-sungguh, hingga ternampak betis, mereka menggalas uncang air untuk memberi minum terus ke mulut-mulut tentera Islam yang mengalami sakit, apabila air habis mereka pulang untuk isi semula dengan air. Begitulah kesungguhan mereka, cerita Umar bin al-Khattab: Ummu Salit bertugas di hari Uhud dengan memberikan kami air minuman. (rujuk Kitab Ar-Raheeq Al-Makhtum : bab peperangan uhud ). Kisah-kisah ini membuktikan bahawa islam tidak pernah menghalang kerjasama kearah kebaikan ini.

Namun tidak dapat tidak kita semua perlu jelas tentang cara dan batasannya. Sesungguhnya Islam itu indah, ia membolehkah sesuatu perkara dan dihiasi pula dengan batasan yang perlu dijaga. Untuk apakah batasan ini? Tidak lain tidak bukan untuk ketenteraman hati kita sendiri. Sesungguhnya Allah Taala telah menciptakan hati kita dengan sifat berbolak balik. Maka batasan syara3 di dalam kita berkerjasama diantara berlainan jatina adalah untuk menjauhi kita daripada terkena panahan fitnah hati itu. Suka saya menggelarkan batasan syara3 didalam berurusan dengan berlainan jantina ini dengan nama etika ketika berurusan diantara muslimin dan muslimat.

ETIKA BERURUSAN
Suka saya untuk menghuraikan batasan ataupun etika ketika kita berurusan didalam ruang lingkup gerak kerja persatuan dan program di waqi3 Irbid dan Jordan ini sendiri.

1. Mengenal pasti urusan yang perlu diselesaikan secara bersama ( muslimin-muslimat ). Sekiranya urusan itu hanya perlu diselesaikan dengan tidak melibatkan individu berlainan jantina, maka eloklah ianya diselesaikan dengan cara itu.
2. Sekiranya urusan itu melibatkan perbincangan yang panjang, kita perlu bijak mencari waktu untuk berurusan. Ini untuk mengelakkan kita berurusan pada waktu yang tidak sepatutnya contohnya waktu lewat malam. Berbincang bagi perkara yang besar dan panjang pada waktu malam lebih banyak menyumbang kepada ketidak seriusan semasa berbincang. Oleh itu, sebagai 3amilin yang beretika, pemilihan waktu yang tepat adalah penting disamping ianya juga boleh menjaga keberkesanan perbincangan.
3. Hadkan perbincangan, jangan mulakan gurauan atau bincang perkara yang diluar topik sebenar.Ketahuilah, apabila anda berbincang dengan masa yang lama melalui YM atau sebagainya diantara individu berlainan jantina, maka gurauan yang sedikit itu pada mulanya dianggap perkara biasa. Tetapi kita perlu ingat bahawa gurauan yang sedikit itu ibarat benih yang tertanam secara senyap yang akhirnya akan mengeluarkan akar dan menumbuhkan pohon. Pohonnya pula bukan membuahkan hasil yang lazat tetapi membuahkan binasa yang dasyat. Oleh itu, jangan mulakan gurauan didalam perbincangan. Lain pula jika bermesyuarat secara beramai-ramai. Muslimin dibarisan hadapan dan muslimat dibarisan belakang sama-sama mengadap ketua yang berada di hadapan. Saya sebagai manusia biasa menganggap mesyurat yang begini agak bosan jika masing-masing serius memanjang dan tiada langsung gurauan. Kadang-kadang gurauan itu perlu tetapi tengoklah pada tempatnnya. Jika perbincangan hanya melibatkan ketua dan penolong biro, maka ianya sangat tidak sesuai disertakan dengan gurauan.

Saya hanya menggariskan 3 perkara yang besar ini untuk diamalkan bersama. pertama : kenal pasti urusan, kedua : pilih masa yang sesuai dan yang ketiga : hadkan perbincangan dan jangan mulakan gurauan. Adapun Islam tidak hanya menetapkan 3 batasan ini, bahkan terdapat lagi etika yang perlu kita patuhi. Ala kulli hal, semua etika ini hanyalah untuk menjaga kita daripada tergoda dengan bisikan musuh kita yang sentiasa ada untuk menyesatkan kita.

KONFLIK PERASAAN
3 etika diatas saya hidangkan kepada kita semua untuk diteliti dan diamalkan bagi usaha untuk membataskan perhubungan dan kerjasama diantara muslimin dan muslimat. Namun hakikatnya, konflik yang sering berlaku diantara muslimin dan muslimat bukanlah datang dari etika-etika yang saya tulis diatas. Ia biasanya bermula dari kerjasama diantara muslimin dan muslimat yang gagal diselaraskan sehingga timbul pula rasa tidak senag untuk berkerjasama.
Bagi seorang lelaki yang biasanya menjadi ketua kepada muslimat, kita perlu melengkapi diri kita dengan pelbagai persiapan baik dari sudut mental dan hati. Ramai ketua yang akan merudum jatuh apabila dia diletakkan berkerjasama dengan sesorang yang sangat menjaga batasan. Tidak kurang pula yang akan kecundang apabila ditempatkan bersama muslimat yang ‘rokers’. Saya tidak hanya membataskan perumpamaan saya kepada muslimat sahaja, bahkan apa yang saya sebutkan berlaku juga sebaliknya baik muslimin ataupun muslimat. Bagi muslimin yang berkerjasama dengan muslimat yang pada pandangan kita ‘sangat thiqoh’, kita perlu bijak untuk mengawal emosi kita. Kita sepatutnya bersyukur kerana sekurang-kurangnya kita akan sendirinya menjaga batasan-batasan pergaulan. Namun jangan pula kita membiarkan perkara itu menjadi punca kepada kegagalan gerak kerja kita.

Sebaik-baiknya kita mulakan dahulu dengan memaklumkan kepada mereka bahawa kita hendak berbincang perkara yang penting disertakan bertanyakan persetujuannya. Selepas mendapat persetujuan, barulah kita mulakan perbincangan. Jika sekiranya kita mahukan respon segera, maka kita sertakan sekali notis ” penting, harap reply segera”. Sekiranya perkara itu benar-benar penting, maka mustihil mereka tidak akan membalas. Pihak muslimin sepatutnya lebih rasional dan matang jika berlaku perselisihan didalam berurusan. Mengalah bukan bermakna dayus, tetapi kita mahu mengawal kondisi perbincngan supaya ianya lebih tenang dan santai. Peribincangan bukanlah idea satu pihak yang WAJIB dipersetujui tetapi ianya adalah hasil daripada penggabungan idea-idea yang kemudiannya disatukan menjadi keputusan yang mantap.

Wajar juga saya sebutkan disini bahawa salah satu punca kecundangnya 3amilin didalam berurusan diantara muslimin dan muslimat adalah kerana ketidak seriusan kedua-dua pihak atau satu pihak. Disini syaitan la3natullah akan menusukkan jarum-jarum mereka.Pada mulanya berbincang. Selepas itu masuk sedikit gurauan yang dibalas gurauan maka terhasilah perasaan bersenang-senang dalam berkata-kata. Kemudian lahir pula fitnah hati. Akhirnya kecudanglah 2 orang individu yang pada mulanya berurusan diatas perkara-perkara yang ma3ruf.

Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur (10). Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam, lalu mereka sujud melainkan Iblis, dia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud (11). Allah berfirman: Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu? Iblis menjawab: Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah (12). Allah berfirman: Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina (13). Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat) (14). Allah berfirman: Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu) (15). Iblis berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus (16). Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur (17). Allah berfirman: Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi Neraka Jahannam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya (18).
(surah Al-A’raf – 7 : 10-18 )

Cetusan pendapat: http://www.danialrazali.com

1 comment:

  1. tidak menjadi masalah sekiranya kedua-dua pihak menjaga niat dan batasan syara'

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...