Assalamualaikum w.b.t buat semua pengunjung blog yang dikasihi..
Alhamdulillah,Allah masih menyayangi kita semua dengan memberikan kita nikmat kehidupan dalam Iman dan Islam..
Kita masih lagi bernyawa pada hari ini untuk terus menjalankan amanah sebagai khalifatullah dan abdullah..
Masya Allah,sudah bersawang rupanya blog ini kerana tidak di-update buat sekian lama.
Aasif jiddan,kerana kesibukan dalam mempersiapkan diri untuk berperang dengan imtihan nihai'e bagi semester kedua ini.
Alhamdulillah,dua paper sudah berlalu, Physiology dan Histology. Moga-moga Allah memberikan natijah yang terbaik kepada kita semua,dan paling penting,walau apa pun takdirnya,semoga ia makin mendekatkan diri kita kepadaNya,insyaAllah.
Alhamdulillah juga, akak-akak dan abang-abang Tahun 6 sudah menamatkan pengajian mereka dari JUST dan selamat bergelar sebagai doktor. Alfoon mabruk buat kalian! Waa, terasa cemburu dengan senior-senior ini yang sudah berjaya menempuh 6tahun kehidupan mereka sebagai seorang pelajar perubatan. Pastinya terlalu banyak kisah suka duka yang menemani mereka sepanjang kembara sufi mereka. Tahniah sekali lagi kerana berjaya menamatkan coretan kisah seorang pengembara di bumi Isra' ini dengan rekod yang cemerlang :)
Bila memikirkan tentang senior-senior, semangat juang untuk terus bertahan dalam bidang perubatan ini semakin membara. Teringat perbualan dengan seorang ukhti kesayangan yang dikenali di bumi Irbid ini,saudari Hetty Ayuni Sulaiman. Oppss maaf,Dr Hetty Ayuni,hehe. Saya ucapkan tahniah pada beliau dan pada masa yang sama melahirkan rasa cemburu pada mereka yang telah tamat sesi pembelajaran. Saya katakan padanya saya sudah tidak larat lagi dan ingin segera grad walaupun hakikatnya saya masih belum mencapai tempoh setahun pengajian. *teruknya.Farah,belajar itu kerana Allah sayang. Jangan jemu,jangan bosan, kerana ini adalah satu pelaburan buat akhiratmu kelak*
Dan ini jawapan yang kak Hetty berikan pada saya :)
"hang in there dear, blink.blink nnt dah abes :) enjoy ur journey:) lg 2 tahun nk grad for pre-clinical a.k.a basic medical sciences degree. lupakan medicine itu 6 tahun, make it 3+3 with 2 graduations, the pain will be less ;) "
Terima kasih akak for your soothing words. Tak pernah terfikir pulak taktik 'memendekkan' tempoh belajar ni,hehe. Again, it's all about our own mind control. Kalau kita dah setkan dalam minda kita bahawa perjalanan ilmu ini merupakan perjalanan yang panjang dan bosan,maka itu yang akan kita peroleh. Tetapi hakikatnya 6tahun itu bukanlah tempoh masa yang terlalu panjang. Pejam celik pejam celik sudah habis tempoh 6 tahun yang dijanjikan. Justeru, manfaatkanlah setiap detik-detik pengajianmu. Tempoh terbaik dalam kehidupan kita,from my point of view,adalah ketika usia muda,terutamanya fatrah kehidupan di Universiti ini.
Jadi,mulakan merancang hidup anda dengan bijak. Belajarlah menjadi orang yang punya wawasan yang tinggi. Usia mudamu jangan disia-siakan teman, kerana kamu merupakan aset terhebat yang dipunyai oleh Islam.
Saya akhiri coretan kali ini dengan perkongsian sebuah resipi. InsyaAllah, hasrat hati mahu menjadikan blog ini sebagai salah satu wadah perkongsian ilmu memasak juga,di samping mengekalkan konsep utama sebagai wadah dakwah dan perkongsian. Ramai yang kata saya ni pandai memasak, hakikatnya bagi saya, tiada istilah 'pandai'. Yang ada hanyalah 'rajin' dan 'berani mencuba'. Jadi,jangan takut untuk mencuba dan mengambil risiko dalam hidup. :)
***
BAKED COTTON CHEESECAKE
Bahan-bahan:
250 g Krim Keju
140 ml Susu Segar
55 g Mentega
30 g Tepung Gandum
20 g Tepung Jagung
4 biji Telur (asingkan putih dan kuningnya)
95 g Gula
Cara-cara:
1)Cairkan krim keju di dalam periuk menggunakan teknik 'double boil'. Masukkan susu segar dan mentega yang telah dicairkan. Kacau sehingga campuran pekat. Tutup api dan ketepikan.
2)Dalam mangkuk yang berasingan, putar putih telur sehingga membentuk buih. Campurkan gula dan teruskan memutar. *Sape-sape nak pinjam hand mixer boleh pinjam dengan K.Shee ye ^^*
3)Masukkan tepung jagung dan tepung gandum ke dalam adunan keju tadi. Kacau dengan senduk kayu sambil masukkan kuning telur sebiji demi sebiji.Kacau sehingga adunan benar-benar sebati.
4)Akhir sekali masukkan putaran putih telur dan gula tadi ke dalam adunan keju. Tuangkan adunan yang telah siap kedalam acuan yang telah dioles dengan mentega dan tepung terlebih dahulu.
5)Bakar dalam oven yang telah dipanaskan sebelumnya dengan suhu 200 degree celcius selama 45 minit dengan menggunakan teknik double boil juga. *Oven boleh pinjam saya punya atau Yam ye kawan-kawan. Jangan risau,tiada sebarag caj dikenakan,hehe*
6)Biarkan kek sejuk sebelum menghiasnya dengan jem buah-buahan kesukaan anda di atasnya!
Selamat mencuba!
***
Notakaki 1:Krim keju yang saya guna adalah jenama Puck yang dalam botol kaca tu. Kalau nak guna cheese spread yang bentuk segi 3 pun ok jugak. Yang penting, be creative in your cooking! Alahai, Jordan ni pulak syurga bahan tenusu - keju, susu. Memang menepati citarasa betul lah!
Notakaki 2:Ayyo,maafla kalau instruction sukar difahami. Memang kelemahan saya untuk menyampaikan arahan.Tapi saya boleh tolong ajarkan secara manual.Sape-sape yang rasa nak bertalaqqi secara terus tentang bidang masakan ni, bolehla menziarahi saya di bilik Dal Ihda Asyara. InsyaAllah i'm always eveready to lend a helping hand. *ecece,cakap serupa sudah jadi chef bertaraf 5 bintang,heee. saya juga hanya amatur seperti kalian,jadi kita sama-sama belajar ya? *wink*
Moga Allah sentiasa redha. Hingga ketemu lagi. InsyaAllah post seterusnya tentang cinta hati terbaru yang hadir menghiasi mimpi-mimpi indah saya kini. Siapa dia,nantikan. Jeng-jeng, hehe.
Ke arah membentuk jiwa sufi,minda faqih dan fizikal haraki.
Wassalam~
nak talaqqi boleh??
ReplyDelete