Sekadar corat coret dari saya berkenaan dengan SPM*malas nak taip panjang2, cuma printscreen balik status FB, jimat masa :D
Coretan I (klik imej untuk tumbesaran)
Coretan II (klik imej untuk kejelasan)
"Rendah dalam SPM, tidak mendefinisikan diri anda. Hidup ini luas dan besar, jangan sempitkannya semata-mata di lubang SPM.
Kenali potensi anda, dan terokai!"
Well, indeed. Couldn't agree more. Tinggi dalam SPM pun tidak mendefinisikan diri anda. Baik 6A atau 17A, hatta tiada A sekalipun, itu semua adalah rezeki dari Allah, bersyukurlah, dan yakinlah itu yang terbaik buat kalian. Yang paling penting bukanlah keputusan SPM, kerana ia hanya suatu transit, tetapi bagaimana anda membentuk dan mencorakkan diri anda 10 tahun dari sekarang. Mari menjadi hamba yang bersyukur dengan menjadi diri sendiri yang terbaik! :)
Jadi kepada adik-adik, boleh la mula merancang dan memikirkan hala tuju masa depan ye? Isi borang-borang yang ada, dan rajinkanlah bertanya dengan senior-senior yang telah melalui jalan itu. Kepada yang berminat untuk ke Jordan, bolehla try usha link-link ni, atau contact akak personally. InsyaAllah kalau akak tak dapat tolong pun, akak akan refer pada yang lebih tahu dan berpengalaman :)
Salam sayang buat semua adik-adik, dan selamat maju jaya. Selamat menempuh kehidupan sebenar dan mengenal erti kematangan, kedewasaan dan tanggungjawab. Seeru 'ala barakatillah.
Ukhtikum fillah,
Nur Farah Aisyah Nazim
Irbid,Jordan
22 Mac 2012, 6.45 am
nice~~:)
ReplyDeletemenulis kembali?
ReplyDeleteLike!