"Aku tahu kamu sentiasa mendoakan aku supaya menjadi penyejuk matamu, kerana aku juga turut sama mendoakan dirimu setiap kali dalam doaku. Semoga kita sama-sama dapat memperbaiki diri dan hubungan kita dengan Allah, agar dapat menjadi penyejuk mata antara satu sama lain suatu hari nanti, insyaAllah."
Wanita, Bersediakan Anda Menjadi Penyejuk Mata?
Artikel myilham.com Ya. Penyejuk mata. Suatu perkara yang tidak pernah kita lupa untuk pohon setiap kali kita menadah tangan berdoa. Kenapa Allah ta’ala suruh kita minta penyejuk mata? Sebabnya, itulah yang bakal menjamin ketenangan dan kebahagiaan kita dalam kehidupan nanti.