Thursday, February 24, 2011

berjodoh dengan PERTAMA lagi



Kalau dah namanya rezeki, jangan risau, takkan ke mana lah!



Pertama kali menyertai PERTAMA (Persidangan Tahunan Mahasiswa Malaysia) pada tahun lalu, sudah cukup untuk membuatkan saya teruja untuk menyertainya buat kali keduanya.


Tahun lalu, Mu'tah menjadi tuan rumah untuk PERTAMA dengan menyaksikan kehadiran panel hebat dan tersohor yang diterbangkan khas dari Malaysia. Dengan bertemakan: 'Dakwah dan Realiti Mahasiswa Timur Tengah'.


Pertama kali melihat Ustaz Hasrizal secara 'live'! Kalau sebelum ni hanya berpeluang membaca artikel tulisan ustaz di saifulislam.com sahaja, tapi thanx to PERTAMA, i can finally meet him in person! Dan mashaAllah tabarakallah, beruntung Abu Saif kerana dikurniakan bakat berdakwah dalam bidang penulisan mahupun ceramah.


Panelis lain pada PERTAMA tahun lalu yang tak kurang hebatnya ialah Ustaz Maszlee Malik dan juga Ustaz Heizal Hezri.


PERTAMA 5 2011


Tahun ini, PERTAMA kembali lagi dengan menjulang tema : 'Ke arah memahami Fiqh Interaksi dengan non-muslim'




Panelis PERTAMA 5




Pengisian menarik PERTAMA 5


1.Pembentangan Kertas Kerja - 1
Tajuk : Kerukunan Dalam Beragama Menurut Persepsi Islam
Dan Pengaplikasiannya Dalam Konteks Semasa.

Pembentang : Dr. Mohd Khatib.

2.Pembentangan Kertas Kerja - 2
Tajuk : Islam-o-Phobia ; Salah Kita Atau Mereka yang Kurang Faham?
Pembentang : Brother Shah Kirit bin Kalkulal Govindji.


3.Pembentangan Kertas Kerja - 3
Tajuk : Memahami Perbandingan Agama ; Satu Kepentingan Sebagai Seorang Muslim
Pembentang : Brother Lim Jooi Soon


4.Malam Kesenian Islam

5.Pembentangan Kertas Kerja - 4
Tajuk : Keaslian Al-Quran ; Pembuktian Mukjizat Terunggul
Pembentang : Brother Lim Jooi Soon


6.Pembentangan Kertas Kerja - 5
Tajuk : The Muslims In Europe
Pembentang : Akh Asadullah (dari US)


7.Pembentangan Kertas Kerja - 6
Tajuk : Amalan Islam ; Campur Aduk Antara Adat dan Budaya Bukan Islam
Pembentangan : Brother Shah Kirit bin Kalkulal Govindji


8.FORUM 
Tajuk : Mendekati Non-Muslim dan Cabaran Sebagai Seorang Muallaf




REZEKI 

Alhamdulillah, walaupun sudah dua kali nama ditolak untuk ke PERTAMA 5 dek kerana kelewatan memberi nama dan kuota penyertaan yang sudah penuh, namun di saat-saat akhir, terdapat satu kekosongan kerana dimaklumkan seseorang telah menarik diri, dan saya sesungguhnya amat bertuah di atas peluang ini.

Terima kasih kepada seseorang itu, kerana tanpa anda, saya mungkin tidak berpeluang berjumpa dengan tokoh-tokoh hebat ini.

Ya Allah, semoga ini pilihan yang tepat. Semoga masa yang dilaburkan di Mafraq hujung minggu ini menjadi pelaburan berguna buat akhiratku.


Yosh, time to get serius! Kena habiskan study pathology HLS sebelum ke PERTAMA esok!


Allahumma yassir umurona kullaha~

2 comments:

  1. bye,

    tahun ni mmg kurg rajin.ada sejenis idiopathic virus menyinggah

    selamat semuanya

    ReplyDelete
  2. wah,, besnyer farah... ^^
    nnt apa2 input jgn lupa update kat blog ya.. k.dani tggu,, ^^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...