Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Aku bersaksi dengan hati dan lisan, dengan jasad dan 'amal, bahawa Engkau Allah, Tuhan yang ku sembah, dan Nabi Muhammad rasulMu, yang ku taati.
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku, adalah keranaMu Ya Allah Tuhan sekalian Alam.
Sesungguhnya musafirku, mastautinku, pengajianku, ilmuku dan kehidupanku adalah titipan jalan ke arah penyaksianku ini.
Tidak akan pernah selangkah kakiku, melainkan keranaMu.
Tidak akan pernah sehari hidupku, melupaiMu.
Tidak akan pernah ilmuku, bukan ilmuMu.
Bahawasanya aku akan meningkatkan azamku dalam mendalami ilmuMu, melangkah tanpa penat, menadah tanpa jemu, mengisi tanpa bosan, mengulang tanpa malas, mengkaji tanpa keluh, mengajar tanpa kesah dan mengharap segalanya daripadaMu tanpa putus asa.
Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa gelisah dan sedih, dan aku berlindung padaMu dari kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung padaMu dari sifat pengecut dan bakhil.
Ya Allah permudahkanlah.
"That is so because Allah will never change a grace which He has bestowed on a people untill they change what is in their ownselves. And verily, Allah is All-Hearer, All-Knower"
[Al-Anfal:53]
"Orang yang berilmu tidak akan puas dari mencari ilmu yang didengarinya sehingga adalah kesudahannya itu di dalam syurga"
[H.R At-Tirmizi]
"Kita tidak mahu gerakan Islam dan barisan saf perjuangan Islam dipenuhi dengan longgokan manusia yang tidak berkualiti. Membiarkan pencapaian masing-masing di dalam akademik pada tahap atas urat, adalah suatu penghinaan kepada ketinggian dan kemuliaan islam".
[Saifulislam.com]
"Those who try to do something and fail are infinitely better than those who try to do nothing and succed"
[Lloyd Jones]
Repost : Jenayah Akademik Aktivis Dakwah
***
Notahati 1: Exam dah nak dekat, Ya Allah, permudahkanlah.
19/10: Biostatistics
25/10: Pharma
26/10: Genetics
30/10: Pathology
6/11: Microbiology
8/11: Genetics Lab
Notahati 2: Risau memikiran tanggungjawab berat PR untuk benar-benar 'membangunkan rohani' ahli PERMAI. Bagaimana mungkin bisa membangunkan rohani orang lain jika rohani sendiri tidak terbangun? Kalau disebut soal layak, memang diri ini tidak layak langsung untuk amanah seberat itu, tapi Dia lebih mengetahui yang terbaik untukku, mungkin itulah cara diri ini ditarbiah. Hidup ini memang memenatkan dan payah buat pemburu syurga! Semangat semangat! Bantulah aku Ya Allah.
Notahati 3: Suraiya dah semakin membesar, terkilan kerana tidak dapat melihat keletah adik yang sangat dinanti kehadirannya dulu dengan mata sendiri. Sabarlah hati, besar benar pengorbananmu merantau jauh ke negara orang meninggalkan keluarga, insyaAllah Dia pandang semua itu. Ikhlaskan hati, memang lumrah pejuang, hati dan perasaan harus dikorbankan! InsyaAllah kheir, mohon doa dari semua untuk kekuatan jiwa ini agar thabat di atas jalan pilihan hati ini.
Notahati 4: Kadang-kadang manusia ni selalu lupa untuk bersyukur kan? Ambil masa untuk belajar menjadi hambaNya yang tahu erti terima kasih dan syukur, sebelum Allah tarik peluang untuk memanifestasikan itu.
Salam 'alaik..
ReplyDeleteEhekk.. Suraiya? Kne tunggu kakak dia balik lagi skali la baru blh jumpa plak~ Moga farah terus tabah di sana.
Pengorbanan, hanya mereka yang merasai shj yg mampu memahami. Tapi hakikatnya, stiap manusia perlu berkorban, kerana kita takkan mampu miliki semua yg kita mahukan.
Namun, mereka yg beruntung hanya la mereka yg berkorban kerana Allah. Ikhlaskan hati, moga Allah bantu.
"Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah LEBIH KAMU CINTAI dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya". Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik." [QS 009:24]
ReplyDelete'Orang yang kufur di akhirat kelak seperti hamba yang pernah melarikan diri dari Tuannya dan kemudian ditangkap dan diheret. Manakala orang yang beriman pula seperti manusia yang ingin menemui Kekasihnya yang dicintai sepenuh hati tetapi tidak pernah bersua muka sebelum ini.'
Sedikit perkongsian yang saya dapat dari Liqa' Staff KTD di pagi hari Isnin 18/10/10. Tiba-tiba terbayangkan muka Farah masa dengar pengisian dari En. Rosdi, Pengurus HEP KTD tadi =)
go..go..farah..go...
ReplyDeleteinsyaALLAH kamu pasti berjaya disana...
kqilah tidak layak sama sekali menasihati kamu bab2 sebegini,namun ketahuilah....perit,susah,sukar,dan pahitnya kamu disana,ada manisnya suatu hari nanti..apabila merasa tertekan,kembalilah pada DIA yang mencipta kita dan perasaan tersebut...bersyukurlah farah kamu yang berada disana...nilai kembali apa hikmah kamu disana..insyaALLAH,kamu berjaya...semoga sentiasa tabah,wahai pemilik nama NUR FARAH AISYAH...