Wednesday, May 05, 2010

Bukankah barakah yang engkau cari?

*Repost from here


Barakah, Berkat...
Ini bukan isu orang tua-tua sahaja!
Tetapi subjek orang muda, subjek yang evergreen..
Kita perlukan ia setiap masa
Berkat bukan hanya pada rezeki
Kita perlukan rezeki yang berkat, umur yang berkat, kesihatan yang berkat dan kejayaan yang berkat.
Berkat itu bukan hanya pada banyak atau sedikitnya.Tetapi bila sedikit ia mencukupi, bila banyak boleh dibelanjakan dan dikongsi ke arah kebaikan.
Umur yang berkat, tak semestinya panjang, tetapi dapat dimanfaatkan untuk melakukan kerja-kerja yang baik. Ulama' dahulu, umurnya tidak panjang, tetapi jasanya seolah-olah dia hidup beribu-ribu tahun.
Lihat saja Imam Nawawi, wafat sekitar 40-an. Tapi jasanya, kitabnya, pemikirannya terus hidup hingga sekarang.
Macam mana nak dapat berkat?
Akrab dengan Pemberi berkat!
Rapat dengan Pemberi umur, rezeki, ilmu, harta dan segala-galanya.
Barulah Dia memberi dengan keberkatanNya.
Jika tidak, Dia akan menyekat segalanya.
Atau memberi tetapi dengan kebencian, tanpa keberkatan.
Banyak, tetapi menyempitkan. Tinggi, tetapi menghinakan. Lumayan, tetapi melemaskan.
"Allah menahan dan melapangkan [rezeki] dan kepadaNyalah kamu dikembalikan" [2:245]
Berkat itu ketenangan, berkat itu kejayaan, berkat itu kepuasaan.
Adakah hidup kita selama ini sudah berkat?
***
Selamat memburu keberkatan hidup!
Biarlah masa kita disini selama 6 tahun, walaupun singkat, tetapi berkat!
Berikanlah hatimu kepada Dia.Ingatan, fikiran, harapan, kecintaan, ketakutan, kekaguman, itulah yang lebih perlu diserahkan pada Tuhan!
Wallahua'lam~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...