"Salam kakak.Lama kakak tak telefon adik.Kakak sihat ke?Tak ingat adik
n famili ke?Esok adalah anniversary ummi yang ke 20.
wasalam- adik cute"
Pagi itu seperti biasa saya mendapat mesej dari umi saya.Tapi kali ini dari adik bongsu saya. Saya tersenyum sendirian setelah membaca mesej ringkas dari adik saya itu.Cukup pendek tetapi bermakna dan mendalam sekali.Adikku,seandainya saja kau mengerti,kakakmu ini sangat-sangat merindui dirimu dan keluarga.Walaupun kakak jarang sekali memberi sms pada adik,tidak bermakna kakak sudah lupa pada adik,umi dan angah di rumah.Kakak selalu saja memikirkan kalian,cuma masa yang tidak mengizinkan.
Alamak,esok anniversary umi dan abah?Macam mane boleyh terlupa plak ni!
Cepat2 bagi mesej kt umi n abah,wish selamat,umi da bg
hint da tu gne adik..
Sungguhpun bagi sesetengah orang,hari ulangtahun perkahwinan ibu bapa mereka hanya sekadar tarikh keramat yang ditanda di kalendar saban tahun,namun bagi saya ianya lebih daripada itu.Usia rumahtangga bonda dan ayahanda tercinta ini sangat signifikan dalam kehidupan kami adik beradik.Meski cuma sekadar sms ringkas 'Happy Anniversary',namun saya tahu itu sudah lebih daripada cukup sebagai tanda ingatan seorang anak buat orang tuanya.
Ah,sudah 20 tahun rupanya mahligai cinta umi dan abah terbina!
"Hepi 20th annivrsry my dear parents!
Moga bahtera yg dbina dpt trus mlayari lautan rmhtngga yg pnuh liku
dgn tenang dn harmoni..
Moga Allah mnitipkan sakinah pd prkhwinan umi dn abah..
Hendaknye kmanisan dn kmsraan yg drsakan antr kamu brdua spt 20thn lalu,
kekal hngga tba k dstnasi trakhir-syurga nan kkal abadi..
Thanx 4 being such great parents
-from us,anak2 yg mnyayangimu"
Sent!
Dalam 20 tahun bersama-sama ini,saya pasti sudah banyak yang telah dilalui oleh umi dan abah saya. Saya sangat yakin dan percaya mahligai yang mereka bina selama 20 tahun ini penuh dengan pelbagai peristiwa pahit maung,suka duka yang mengajar mereka bukan sahaja untuk menjadi pasangan yang lebih matang,tetapi juga sebagai ibu bapa yang lebih bertanggungjawab terhadap anak-anaknya.
Mengimbau episod cinta antara umi dan abah,banyak yang saya pelajari.Umi senang sekali berkongsi memori lalu dengan anak-anak gadis tercinta,sedangkan abah hanya diam dan mengangguk dengan senyuman.Sungguh bagi saya,mereka adalah pasangan yang paling secocok dan kurniaan terhebat buat saya dan adik-adik.
Umi adalah seorang yang sangat ceria,suka bercerita,ekspresif dan sangat tegas dalam mendidik anak-anak.Banyak perkara yang membuatkan saya bangga untuk mengatakan bahawa beliau adalah umi saya.Antaranya ketekunan dan ketabahannya dalam menguruskan rumahtangga.Umi pasti tidak akan meninggalkan rumah untuk ke tempat kerja tanpa memastikan anak-anaknya mendapat sarapan yang sebaiknya.Umi memang rajin memasak untuk keluarga,dan rasanya saya sudah mewarisi sifat itu.Apa yang mengharukan saya,umi tidak jemu-jemu menyiapkan bekal ke sekolah untuk saya dan adik beradik setiap pagi.Bukan setahun dua umi melakukan rutin yang sama dengan penuh kasih sayang,tetapi sudah bertahun lamanya!
Bayangkan,saya membesar dalam keadaan setiap hari dibekalkan dengan air tangan masakan ibu.Sejak dari tadika,saya membawa bekal umi ke sekolah sehinggalah Tingkatan 5.Dan kini saya amat merinduinya!
Hebat bukan umi saya?Walaupun beliau bukanlah seorang suri rumah sepenuh masa,tetapi beliau bijak mengimbangi masa antara kerjaya sebagai seorang guru Bahasa Inggeris dengan tanggungjawab sebagai seorang ibu.Dan beliau tidak pernah gagal dalam melaksanakan tanggungjawab beliau,tidak pernah walaupun sekali!Umi juga tidak pernah letih melayan karenah puteri-puterinya tercinta.Sungguh,kakak ingin menjadi seperti umi,kasih sayangmu tidak bertepi.
Lain ceritanya dengan abah.
Jika umi adalah aur,maka abahlah tebingnya.Jika umi adalah api,maka abah adalah airnya.
Abah lebih senyap jika dibandingkan dengan umi.Namun,diamnya bukan tidak bererti,namun penuh makna.Abah saya kira sebagai seorang ayah yang cukup memahami.Saya lebih senang bercerita dengan abah tentang soal yang kadangkala umi tidak dapat memahaminya.Mungkin benar kadangkala kita perlu meluahkan pada yang bukan seperti kita.Saya sangat merasa cukup dengan kasih sayang seorang lelaki dengan kehadiran abah saya.Tambahan pula anak-anak abah semuanya puteri,maka peranan abah sebagai seorang lelaki buat wanita lebih terasa.
Abah diam,tapi abah faham.
Kerana cintanya pada anak-anak,abah terpaksa mengembara jauh ke KL,berpisah dengan isteri dan anak-anak.Kerana kasihnya seorang abah,tidak langsung dirasakan penat berulang-alik KL-Kelantan setiap minggu,asal sahaja dapat menatap wajah keluarga yang selalu dirindui. Abah,ketekunanmu mencari sesuap rezeki buat kami sangat dikagumi.Abah juga sangat manja dengan anak-anaknya,terutama dengan 2 orang adik saya yang lebih muda.Abah akan melayan mereka bercerita dan berusaha menghiburkan anak-anak.
Together,umi dan abah,you are a perfect and complete couple!
Di kesempatan ini,kakak ingin mengucapkan setinggi-tinggi terimakasih pada umi dan abah sepanjang membesarkan kami adik beradik.Ihsan dan kasih sayang kalian tidak mungkin dapat kami balas. Tiada hadiah yang dapat kami berikan melainkan dengan menjadi anak yang solehah dan berjaya dalam kehidupan kami.Sungguh,kami sedang berusaha ke arah itu.
Sesungguhnya perjalanan hidup umi dan abah masih jauh.Semoga hari-hari yang mendatang dapat ditempuhi dengan penuh cekal,berbekalkan cinta,kesabaran dan tanggungjawab yang tinggi.Semoga dengan kelahiran 'orang baru' kelak,bakal meyuburkan lagi keceriaan dan mawaddah dalam famili kita.Terima kasih dan maaf atas segalanya!
En. Nazim Hassan dan Pn. Norhalina Md. Nor,
sungguh,kamu nikmat terbaik buat kami anak-anakmu.