Alangkah senangnya kalau Engkau redha,meski semua manusia membenci. Wahai penyembuh hati dan muara pengharapan,wujudkan kasih dan kerinduanku pada diriMu...
Hajatnya nak buat nasi lemak, tapi takde santan pulak.
Takpe la, versi sihat sikit.
Tadaaa, Nasi lemak tanpa lemak! (heh, tipu betul. walaupun tak guna santan, lemaknya tetap ada dimana-mana,huhu. Oke, tukar nama, Nasi lemak tanpa santan la,heee~)
Wah, tak pasal-pasal kena bermesra-mesraan dengan makhluk-makhluk halus ni.
Thanx to Microbiology, akhirnya kita berkenalan juga kan?
Dunia mikroorganisma yang tak nampak dek mata kasar, tapi hakikatnya memang wujud dan sangat mengagumkan! (juga sangat banyak ye untuk dihadam untuk sekali exam! -.-')
Dalam kekalutan semua orang melayan makhluk-makhluk comel ini, maka terkeluarlah satu topik menarik ni. Gossip ke? Err, tak kot, hanya sedikit perkongsian sebagai selingan. Yela, mesti bosan jugak kan 24 jam dok menghadap buku Microb tu?
Adeh, caca marba jadinya, blog rojak la kiranya ni. Resipi makanan jasadi pun ada, santapan rohani pun boleh, cetusan hati pun oke, pendek kata ini blog serba boleh la. O yeah! :)
Tak pe la, nama pun sedang mencari identiti diri. Jadi blog ini pun dalam proses 'mencari' brand-nya yang tersendiri.
Bertatih sebelum boleh mampu berlari di kemudian hari.
Sedegil manapun seorang hamba itu dalam menderhakai Tuhannya, pasti suatu saat, akan terdetik juga rasa rindu pada si Dia, kerana itu fitrah.
Walau sebanyak mana pun kebahagiaan material yang dikecapi, pasti hati akan berusaha mencari ketenangan di sisi Rabbnya, kerana itu fitrah.
Mencintai Allah, Pencinta yang Paling Dahsyat, adalah fitrah, kerana hati yang asalnya datang dari Dia, mana mungkin tidak ada langsung rasa terikat dengan Sang Pencipta.
Setiap insan memiliki hati dan setiap hati itu memiliki cinta. Hati adalah tempat bersemayamnya cinta dan bersemayamnya cinta di hati itu menjadikan kita sebagai insan. Begitulah eratnya antara Insan, Hati dan Cinta. Tidak dapat dan tidak mungkin dapat dipisahkan.
Saya sering ditanya "Berdosakah apabila jatuh cinta pada seseorang?". "Alhamdulillah kamu adalah manusia normal" Itulah kebiasaannya respon pertama saya.