Tuesday, December 14, 2010

Tonight's Dinner : Nasi Lemak

Sambal telur, ikan bilis goreng dan timun. 


Hajatnya nak buat nasi lemak, tapi takde santan pulak.


Takpe la, versi sihat sikit.


Tadaaa, Nasi lemak tanpa lemak! (heh, tipu betul. walaupun tak guna santan, lemaknya tetap ada dimana-mana,huhu. Oke, tukar nama, Nasi lemak tanpa santan la,heee~)


***

Bila tinggal serumah 7 orang, banyak faedahnya. Antaranya, hanya perlu memasak sekali seminggu sahaja. Dan giliran saya pada hari Selasa. Memasak yang sepatutnya menyeronokkan boleh bertukar menjadi berat yang beban bagi sesetengah orang, apatah lagi bila musim-musim peperiksaan macam ni. Jadi, waktu-waktu macam nilah giliran memasak seminggu sekali sangat diperlukan!


Bila fatrah imtihan, semua pun nak segera. Makan je apa yang ada, tak boleh memilih sangat, materials untuk exam lebih banyak untuk dihadam!


Tapi minggu lepas, masih menyempat buat projek Pau Kaya di Bayt Hanzalah (rumah Wan, Anis, Shathirah, Hakimah dan Farahin). Mula-mula tu rajin jugak nak mengukus, tapi last-last malas sangat, pergi goreng je pau tu, maka jadilah ia Pau Goreng, hehe.  


***


Lepas exam Pharma ni, kena lunaskan hutang 2 masakan lagi. Satu, Apple Pie, request dari Cik Afiqah Fuzai, dah lama dia mintak suruh buatkan, mengidam katanya, hehe. Dua, kek, untuk si comel Nabilah Farhana. InsyaAllah! Sape-sape yang ada nak request apa-apa lagi, cuba lah mintak, mana tau rasa rajin nak buat ^^





Takde resipi kali ni. Semua orang pun pandai buat nasi lemak dan sambal kan? :D


Till then, keys off~


***


Catatan hati 1: Macam mana nak buat sambal yang 'ummpph'? Adeh, guna praktis banyak kali lagi nampaknya ni :(


Catatan hati 2: Dulu, bercita-cita untuk jadi cikgu tadika ataupun chef. Terfikir juga untuk apply kos Seni Kulinari, but I guess being a medical student is my destiny. Takpela, 2 dalam 1. Bak kata abah, there's no harm to be a cooking doctor :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...