Tuesday, December 14, 2010

Tonight's Dinner : Nasi Lemak

Sambal telur, ikan bilis goreng dan timun. 


Hajatnya nak buat nasi lemak, tapi takde santan pulak.


Takpe la, versi sihat sikit.


Tadaaa, Nasi lemak tanpa lemak! (heh, tipu betul. walaupun tak guna santan, lemaknya tetap ada dimana-mana,huhu. Oke, tukar nama, Nasi lemak tanpa santan la,heee~)

Monday, December 13, 2010

Budak shomell

Huh, kecik-kecik pun dah masuk blog!


Sebenarnya dah lama nak tulis post tentang kamu Nur Farah Suraiya!


Tapi Allah masih tak izinkan lagi, jadi kakak letak gambar kamu jelah ye.


Rupanya-rupanya kamu mewarisi kecomelan kakak, hehe. Angah, Diklin dan Adik Eizz, jangan jelez pulak kakak tak letak gambar korang kat sini :D



Sunday, December 12, 2010

Tiada rahsia

Kakak sayang ummi! :D

There should be no secret between children and parents.


Especially between mum and daughter.


Seriously, sangat gembira dan seronok bila dapat jadikan ummi sebagai best friend sendiri!

Saturday, December 11, 2010

I am not a genius, and I am happy with it :)

Err, terganaz la pulak introductory pic ni

Wah, tak pasal-pasal kena bermesra-mesraan dengan makhluk-makhluk halus ni.


Thanx to Microbiology, akhirnya kita berkenalan juga kan?


Dunia mikroorganisma yang tak nampak dek mata kasar, tapi hakikatnya memang wujud dan sangat mengagumkan! (juga sangat banyak ye untuk dihadam untuk sekali exam! -.-')


Dalam kekalutan semua orang melayan makhluk-makhluk comel ini, maka terkeluarlah satu topik menarik ni. Gossip ke? Err, tak kot, hanya sedikit perkongsian sebagai selingan. Yela, mesti bosan jugak kan 24 jam dok menghadap buku Microb tu?


Topiknya: Genius vs hardwork

Wednesday, December 08, 2010

Tonight's Dinner : Limpa masak kicap & Daging masak sambal





Tiba-tiba rasa nak buat blog ni blog masakan.


Adeh, caca marba jadinya, blog rojak la kiranya ni. Resipi makanan jasadi pun ada, santapan rohani pun boleh, cetusan hati pun oke, pendek kata ini blog serba boleh la. O yeah! :)


Tak pe la, nama pun sedang mencari identiti diri. Jadi blog ini pun dalam proses 'mencari' brand-nya yang tersendiri.


Bertatih sebelum boleh mampu berlari di kemudian hari.

Monday, December 06, 2010

Maal Hijrah : Doa awal dan akhir tahun

Jom kita baca doa akhir tahun dan awal tahun sama-sama yok.


Semoga tahun baru kita diberkatiNya :)

Friday, December 03, 2010

Buat yang bernama 'Cinta'

Warna-warna cinta



-Sebuah entri jiwang yang bakal dikutuk oleh sahabiah-sahabiah, saya amat yakin dan pasti!


Oke, saya ada satu soalan.


Apakah hormon dalam badan kita yang menyebabkan di usia ini, keinginan untuk mendirikan rumahtangga membuak-buak?


Atau dalam erti kata yang lebih mudah, menggedik dan gatal!

Wednesday, December 01, 2010

MencintaiNya melalui nama-namaNya

credit to Aatif Shaikh

Sedegil manapun seorang hamba itu dalam menderhakai Tuhannya, pasti suatu saat, akan terdetik juga rasa rindu pada si Dia, kerana itu fitrah.


Walau sebanyak mana pun kebahagiaan material yang dikecapi, pasti hati akan berusaha mencari ketenangan di sisi Rabbnya, kerana itu fitrah.


Mencintai Allah, Pencinta yang Paling Dahsyat, adalah fitrah, kerana hati yang asalnya datang dari Dia, mana mungkin tidak ada langsung rasa terikat dengan Sang Pencipta.

Bercintalah..jika benar ia cinta



Setiap insan memiliki hati dan setiap hati itu memiliki cinta. Hati adalah tempat bersemayamnya cinta dan bersemayamnya cinta di hati itu menjadikan kita sebagai insan. Begitulah eratnya antara Insan, Hati dan Cinta. Tidak dapat dan tidak mungkin dapat dipisahkan.

Saya sering ditanya "Berdosakah apabila jatuh cinta pada seseorang?". "Alhamdulillah kamu adalah manusia normal" Itulah kebiasaannya respon pertama saya.

Friday, November 26, 2010

Muroqib

Terjumpa sketsa menarik ini tatkala berjalan-jalan di blog orang.

Di Jordan, syabab perkasa ini dinamakan sebagai muroqib.
Di Mesir pula, ikhwah cakna ini dipanggil sebagai mushrif.
Walau apa pun gelaran mereka, terima kasih kerana ada untuk membantu menjaga kami! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...