Saturday, April 10, 2010
Bakal isteri dan ibu,seharusnya bagaimanakah dirimu?
***
Masih teringat kata-katanya sewaktu saya meminta nasihat tentang panduan mendidik anak perempuan. Maklumlah, majoriti anak-anak saya lelaki. Adakalanya bagai ketandusan idea dan cara untuk berdepan dengan karenah anak perempuan.
"Perlu banyak meraikan."
Begitu kata Tok Wan apabila ditanya tentang tips mendidik anak perempuan.
"Meraikan bagaimana?"
"Raikan mereka dengan kata-kata, belaian dan pemberian. Itu caranya."
"Maksudnya?"
"Hargai pandangan, kegembiraan, kesedihan, kejayaan dan kegagalannya. Selalu ucapkan tahniah, takziah pujian dan pujukan. Pada ketika yang sesuai, berilah hadiah."
"Kenapa Tok Wan?"
"Umumnya perempuan makhluk perasaan berbanding lelaki makhluk akal. Pendekatan meraikan lebih berkesan bila berdepan dengan perasaan. Pendekatan ini lebih menyentuh dan berkesan."
"Itu pendekatannya, bagaimana prinsip asasnya?"
"Wah, kamu bertanya macamlah Tok Wan ni seorang professor!"
Tok Wan bergurau. Sejenak kemudian, sambil tersenyum dia berkata, "Itu kena bayangkan...bakal isteri, kemudian bakal ibu!"
Wah, Tok Wan sudah mula bersilat kata! Saya perlu lebih kritis menyoalnya.
"Bayangkan bakal isteri? Isteri saya?" usik saya.
***
"Anak perempuan kita bakal seorang isteri. Jadi bayangkan bagaimana sifat seorang isteri sejati. Itulah 'end in mind' yang perlu sewaktu kita mendidik anak perempuan," jelas Tok Wan yang mempunyai latar belakang pendidikan agama dan Barat itu.
Belum sempat saya mencelah, soalan Tok Wan mula menerjah,
"Apa yang kau inginkan daripada seorang isteri?"
"Ketaatan," balas saya cepat.
"Lalu didiklah anak perempuan tentang ketaatan. Latih agar dia patuh pada perintah yang baik. Apa lagi?"
"Malu."
"Didik supaya dia mengekalkan rasa malu pada tempat dan ketikanya. Latih dia sentiasa menjaga aurat, tidak meninggikan suara dan tidak lasak pada gerak fizikalnya. Ajar erti maruah dan harga diri. Lagi?
"Cantik..."
"Wah, tak lupa ya... Latih supaya dia menjaga kecantikan tingkah laku, wajah, pakaian, tempat tinggal, bilik dan lain-lain. Biar dia pandai menjaga kekemasan, kecantikan dan keindahan. Biar dia peka dengan nilai-nilai estetika. Lagi?"
***
Saya diam. Dalam ruang fikiran tergambar isteri saya - ibu anak perempuan saya.
"Kau lupa agaknya..." usik Tok Wan.
"Tok Wan laju sangat..."
"Anak perempuan mesti dibiasakan suka berada di rumah. Bukan bermakna dia tidak boleh keluar, tapi biasakan dia suka di rumah. Rumah adalah gelanggang wanita. Ruang itu kecil tapi besar peranannya. Ketika suami keluar, isterilah pemimpin anak-anak dan pelindung hartanya."
"Ini payah sikit Tok Wan, sekarang ni perempuan dah luas gelanggangnya!"
"Ah, kekadang yang luas hanya gelanggangnya, tapi kecil peranannya. Sedangkan di rumah walaupun kecil gelanggangnya, tapi besar peranannya. Pernah dengar madah, tangan yang mengayun buaian boleh menggoncang dunia?"
***
"Tadi Tok Wan kata, kena bayangkan juga bakal ibu."
"Apa yang paling kau hargai daripada seorang ibu?"
"Kasih sayangnya."
"Didklah agar anak perempuan bersifat pengasih. Pengasih dengan adiknya, abang, kakak, binatang peliharaan dan sebagainya. Sebab tu anak perempuan digalakkan bermain dengan anak patung. Itu menyuburkan rasa kasih sayang kepada bayi. Lagi?"
"Sabar."
"Seorang ibu perlu sabar; sabar menanggung perit kehamilan, sakit melahirkan, menjaga sakit-demam, ragam dan karenah anak. Tanamkan sifat sabar anak perempuan dalam menanggung kesakitan, keletihan, kekecewaan dan sebagainya."
***
"Bila berdepan dengan anak perempuan, bayangkan kita berdepan dengan bakal isteri. Adakah menantu lelaki kita nanti akan mendapat isteri yang solehah? Bayangkan kita berdepan dengan bakal ibu, adakah cucu kita kelak bakal mendapat ibu yang mithali?"
"Lagi Tok Wan?"
"Untuk menjadi seorang ayah yang baik kepada anak perempuannya, lelaki mestilah menjadi seorang anak yang baik kepada ibunya dan suami yang baik kepada isterinya!"
"Lagi Tok Wan?"
"Last but not least, yang hendak mendidik itu wajib baik kepada Tuhannya!"
Saya terdiam. Diam yang panjang. Perlukah saya menyoal lagi?
[dipetik dari buku Nota Hati Seorang Lelaki, nukilan Pahrol Mat Juoi]
Friday, April 09, 2010
Selingan: Untuk awak juniorku!~
Assalamualaikum buat pembaca sekalian.
Segala puji dan puja hanya untuk Dia yang berhak. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang telah memastikan survival ummah sentiasa dalam kecemerlangan, kegemilangan dan keizzahan.
Post kali ini, adalah atas permintaan junior saya di MMP dulu, Nurul Hani Abdul Jalil. Jujurnya saya agak baru dalam bidang blogging ini dan masih belum mesra dengan pelbagai trick-trick seperti post tagging, blog award dan sebagainya,hehe. Hasrat hati,mahu sahaja diabaikan permainan kanak-kanak ini (no offense hani,gurau-gurau je) tapi tidak mengapalah, amanah saya untuk menjawabnya, dan kerana ia adalah permintaan saudara sendiri. Ok,kak jawab jugak la ye sayang? (dengan berat hati sekali,hehe) :P [Alahai budak-budak zaman sekarang,memang keanak-anakan la..tak sangka saya terpaksa terlibat juga dengan benda-benda macam ni? *sigh*]
Inilah antara soalan-soalannya :)
1)Siapakah anda di rumah?
Anak sulung daripada 4 orang puteri (insyaAllah puteri kelima bakal menjengah dunia Jun ini). Seorang kakak yang sayangkan adiknya.Kini tidak berada di rumah,jauh dari keluarga. Seorang yang sangat menyayangi ahli keluarganya tetapi sayang dulu tidak reti mengekspresikan rasa cinta pada mereka. Kini sedang berusaha ke arah itu.
2)Siapakah diri anda di samping rakan?
Itu kena tanya sahabat saya, baru lebih kena jawapannya. Tetapi saya dianggap oleh rakan-rakan sebagai antara yang paling matang walaupun pada hakikatnya masih keanak-anakan jua. Digelar sebagai umi oleh sahabat-sahabat lewat keberadaan di Jordan ini. Mengapa?sila tanya mereka
3)Lima benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai
1. Menjadi hamba yang paling mencintai dan dicintaiNya - sepertinya mustahil bukan? Kerana hakikatnya itu bukanlah suatu destinasi, tetapi matlamat sepanjang hayat
2. Hafaz 30 Juzu' Al-Quran [mesti diusahakan sebelum tamat pembelajaran di Jordan]
3. Lebih berdisiplin dan bertanggungjawab dalam setiap pekerjaan
4.Mengerjakan haji atau umrah sekurang-kurangnya bersama keluarga tercinta
5. Menjadi seorang doktor yang berkaliber buat ummah
4)Siapakah nama pasangan anda?
Tiada, kerana masih dalam rahsiaNya
5)Ceritakan lima perkara yang anda suka tentang pasangan anda
-
6)Bila tarikh anda couple?
Selepas nikah insyaAllah :)
7)Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
Pasti ada, tetapi lumrah bukan bagi setiap pasangan?
8)Lagu tema cinta anda
For the rest of my life [Maher Zain] & Kasihmu amanahku [Inteam] mungkin? hehe :P
9)Apa perubahan yang anda ingin lihat pada pasangan anda?
Belum kenal dan tahu siapa gerangannya, jadi tiada jawapan untuk soalan ini. Tapi biarlah bukan dia sahaja yang berubah, tetapi jua diri ini, ke arah yang lebih baik, agar sama-sama menuju redhaNya
10)Tag 10 rakan anda yang lain
-
Harap maklum, jawapan bagi soalan 4 hingga 9 tidak dapat diberikan secara tepat kerana saya masih belum berkahwin dan belum mempunyai pasangan. :P hahaha..InsyaAllah kalau nak jawapan yang serius,tunggulah bila tiba saatnya ye..Untuk soalan 10, cukuplah saya sahaja yang menderita menjawab ini,tidak mahu sahabat-sahabat merasai perasaan yang sama dengan saya :D
Nota buat Hani: Buat soalan yang 'matang' sikit baru akak jawab dengan lebih semangat dan bersungguh-sungguh ye,huhu. Apa-apa pun, terima kasih kerana menge-tag akak, itu sudah cukup bagi membuktikan ingatan awak pada akak. Tapi maaf ye andai jawapannya sungguh mengecewakan hani, oh, perlu banyak belajar dari awak mungkin? hehe. Rasanya kalau nak tanya soalan-soalan macam ni, boleh tanya personal kot, tak perlu di-publish segala kayak gini donk, baru best! :D
Wallahua'lam,moga Allah redha,walau pada zahirnya mungkin tidak membawa apa-apa manfaat pada ummah~
Monday, April 05, 2010
Kehadiran istimewa yang dinanti

Anak itu permata, penyejuk mata ayah bonda
Gambar: Sepupuku Ahmad Muizzuddin
Dengan nama Allah yang sentiasa ada dibelakang hamba-hambaNya yang tahu untuk bersyukur, semoga kita sama-sama tegar menghirup udara kehambaan dikala amanah sebagai khalifah makin membebankan pundak.
Salam buat pembaca sekalian.
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita merafa'kan setinggi kesyukuran atas setiap inci nikmat yang dikurniakanNya buat kita pada hari ini. Sudahkah kita membuktikan rasa syukur kita padaNya hari ini?
Alhamdulillah, Allah masih lagi menyayangi diri ini kerana masih belum diatrik lagi nikmat untuk menyampaikan walau sedikit ilmu yang dangkal buat teman-teman. Kali ini tergerak untuk berkongsi rasa perihal sang anak, si comel cahaya mata, penyejuk mata.
Anak,
tiadalah hadiah yang paling berharga buat sepasang suami isteri yang berkasih sayang melainkan kehadiran insan bernama anak, permata hati, cahaya mata yang menjadi penyeri mahligai bahagia.
Sayang, lahirnya dikau diiringi kesyukuran dan kegelisahan
Syukur ke hadrat Ilahi kerana pada hari Isnin yang lalu [5 April], ibu saudara saya yang mesra dipanggil sebagai Che Lah selamatkan melahirkan seorang putera lelaki yang cukup fizikalnya. Tahniah kakak ucapkan pada Che Lah dan Ayah Mae atas kelahiran putera ketiga.
Berita kelahiran sepupu saya ini disambut dengan penuh rasa syukur pada Allah s.w.t. Saya sememangnya menyukai kanak-kanak terutamanya bayi dan bercita-cita untuk menjadi seorang pakar Paediatrik suatu hari nanti, insyaAllah. Namun, dalam kegembiraan menyambut kehadiran insan baru ini, ada kegelisahan yang terselit. Entah mengapa, saya jadi agak bimbang dengan nasib sepupu saya ini.
Bagaimanakah nasibmu suatu hari nanti saudaraku?
Mengenangkan realiti semasa umat akhir zaman yang kian merosot nilai Aqidah dan akhlaqnya, saya jadi gerun memikirkan betapa besarnya tanggungjawab ibu bapa dalam membentuk dan mencorakkan peribadi anak-anak.
Benarlah, anak-anak itu lahirnya mereka umpama kain putih, suci bersih dari sebarang noda, yang bakal memalitkan warna-warna tarbiyah di atas kanvas kehidupan mereka adalah ibu dan bapa mereka.
Rasulullah juga pernah bersabda, yang mafhumnya antara lain mengatakan bahawa majusinya atau nasraninya seorang anak itu bergantung pada kebijaksanaan orang tua mereka mendidiknya.
Oh, besarnya amanah dan tanggungjawab seorang ibu dan ayah!
Tiada yang salah dengan merancang dan berfikiran jauh

Pandanglah kehadapan, dan rancang hidupmu
Gambar oleh: Wan Nurhana Wan Hassan
Kelahirannya sepupu saya yang satu ini membuatkan saya terfikir sejenak,
"sudah bersediakan untuk aku menjadi seorang ibu yang mithali nanti?''
Meskipun perjalanan ke arah itu masih jauh dan panjang, namun saya kira persoalan itu harus difikirkan oleh setiap remaja wanita agar dapat membuat persediaan sewajarnya.
Benar, walaupun kita masih muda, ada segunung cita-cita yang perlu dikejar dahulu, namun saya kira persediaan memang sangat penting. Sebagaimana saya perlu menyiapkan diri untuk menjadi seorang isteri yang solehah buat suaminya kelak, saya juga perlu bersedia untuk menjadi seorang ibu yang berperanan mendidik umat Muhammad.
Seharusnya setiap wanita perlu menanam cita-cita agar dari rahim mereka akan lahirnya khalifah dan pejuang sehebat Sultan Muhammad Al-Fateh, segagah Khalid Al-Walid dan sebijak Salahuddin Al-Ayubi yang bakal menyambung mata rantai perjuangan Baginda S.A.W dalam mendaulatkan Islam kembali di peta dunia.
Tanpa persediaan, huru-haralah jadinya
"Those who fail to plan are planning to fail"
Benarlah, wawasan dan cita-cita itu perlu sentiasa ada. Kita perlu berpandangan jauh di dalam hidup ini. Meski kita tidak pasti bila ajal bakal bertamu, namun berharap dan merancang masa depan adalah ciri mukmin yang dikasihi oleh Allah, kerana tidak hanya berserah kepada takdir, sebaliknya berusaha untuk memperbaiki takdirnya menjadi lebih baik!
Jika engkau gagal untuk berpandangan jauh, maka takutlah engkau akan menjadi hamba yang tidak dapat menghayati kehidupan hakiki selepas mati.
Jika gagal untuk melihat ke depan, maka usaha untuk menambah bekal buat perjalanan yang jauh di sana akan dibuat secara ala kadar sahaja!
Realitinya, kelambakan kes sosial pembuangan bayi adalah lantaran soal ketidaksediaan ibu dan bapa yang sudah hilang rasa manusianya. Jika mereka benar-benar bersedia menjadi seorang ibu atau bapa, jika mereka insaf akan hakikat kehadiran zuriat sebagai suatu amanah dari Allah, maka tergamakkah mereka melakukan perbuatan terkutuk itu?
Sungguh, saya amat terkilan dengan manusia akhir zaman ini. Kebanyakan daripada kita hanya pandai 'membuat' anak sahaja,tetapi tidak pandai mendidik, maka akhirnya anak yang seharusnya boleh menjadi aset berharga buat agama dan ummah, malah sebaliknya menjadi sampah kepada masyarakat. Nauzubillahi min zalik!
Menjadi anak soleh demi melahirkan generasi yang lebih soleh
Untuk menjadi ibu yang mithali, maka kita seharusnya menjadi anak mithali dahulu.
Namun, bukanlah bermakna jika seorang anak yang tidak berapa soleh itu adalah kerana ibu bapanya tidak soleh juga.
"Iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertaqwa.
Iman tak dapat dijual beli, ia tiada di tepian pantai."
Tetapi keimanan itu perlukan usaha sendiri, dan sudah tentu perana ibu bapa sangat penting.
Jangan disalahkan ibu bapa jika engkau lewat mendapat hidayahNya.
Jangan disalahkan mereka jika engkau kurang ilmu agama.
Tetapi mulakanlah dengan diri sendiri. Mulakan langkah untuk menjadi seorang bakal ayah atau ibu yang baik dengan menjadi seorang anak yang baik dahulu. Walau seburuk mana pun orang tua kita, keredhaan Allah tetap terletak pada keredhaan mereka.
Penutup
Untuk memberi, kita harus mempunyai. Justeru, lengkapkanlah dirimu dengan bekal yang secukupnya, agar suatu hari nati, tika engkau menyambut kelahiran insan yang tersayang itu, engkau sudah sekurang-kurangnya bersedia dan mampu untuk memberi.
Memberi kasih sayang, memberi tarbiyah dan memberi segala-galanya yang perlu buat seorang anak, agar lahirnya dia sebagai seorang abid, daie dan jua khalifah.
Sesungguhnya kita bertanggungjwab di atas nasib zuriat dan generasi kita kelak. Andai kata diri sendiri rosak, jangan dikesalkan anak-anak lebih punah!
Wallahua'lam, cetusan hati dari insan yang jauh dari kesempurnaan dan kematangan~
***
Wahai sepupuku yang dikasihi, membesarlah kamu sebagai seorang rijal penyambung mata rantai perjuangan Baginda S.A.W. Moga lahirnya kamu sayang di dunia ini, menambahkan seorang lagi umat kebanggan Islam, bukanlah sebaliknya, InsyaAllah. Moga kamu membesar dengan sempurna!~
***
Nota kaki: Teruja dalam resah menantikan kehadiran adinda baru, seorang lagi 'Nur Farah' yang bakal melihat dunia insyaAllah pada Jun ini. Doakan keselamatan ibu dan anak. Umi, kakak berjanji, tanggungjawab mendidik puteri yang bakal dilahirkan kelak, bukan hanya tanggungjawab umi dan abah, tetapi jua tanggungjawab kami kakak-kakaknya,insyaAllah.
Friday, April 02, 2010
Jangan bersedih ukhtiku!
*Specially dedicated to my dearest love, Nur Syahida Abdul Majid, Wan Asmat Ismail & Nur Fateha Anuar Tan*

Great photo by my little dear sister: Wan Nurhana Wan Hassan
Dalam epilog catatan seorang pejuang,
ujian dan godaan perkara biasa,
cubaan dan hasutan sekadar mainan,
dalam membina empayar taqwa dlm qalbu,
sesekali hati termerintih,
sesekali airmata menitis,
simbolik tangisan seorang hamba yg sedang menikmati takhlifat Tuhannya,
rintihan itu bukan tanda kelemahan,
tangisan itu bkn tanda penderitaan,
tetapi merupakan wasilah yg digunakan oleh pejuang terbabit,
dalam menangani keperitan sebagai tanda ingatan drpd yg Maha Mencipta,
belaian Allah di dunia meski perit,
lazatnya membawa ke Syurga...
***
Aku lihat kamu berduka. Ingin sekali aku berkongsi rasa itu denganmu ukhtiku. Mengapa kamu menangis? Kesatlah air matamu itu, jangan sia-siakan ia dengan sesuatu yang engkau sendiri mampu mengatasinya.
Ukhtiku,bangkitlah,aku tahu kamu bisa. Allah tidak membebani hambaNya melainkan Dia Maha Mengetahui bahawa Dia telah membekalkan hambaNya itu dengan kekuatan yang cukup.
Bangkitlah, usah menoleh kembali ke belakang. Di depan ada sinar terang yang menanti kita bersama.
Sambut tanganku. Aku ingin kita sama-sama tiba di penamatnya.
Uhibukki fillah dear.
I do care for you.
Kesakitanmu,kesakitanku jua.
Aku tidak sanggup lagi untuk melihat dirimu yang bukan dirimu itu lagi.
Bangkitlah jiwa-jiwa yang hebat, majulah kehadapan!
Tinggalkan episod luka semalam.
***
Aku hanya akan hidup hari ini maka aku akan mengucapkan:-
”Wahai masa lalu yang sudah berlalu dan selesai, tenggelamlah kamu seperti tenggelamnya mataharimu. Aku tidak akan menangisi pemergianmu, dan kamu tidak akan melihatku termenung sebentar pun untuk mengingatimu. Kamu sudah meninggalkan kami semua, pergilah dan jangan kembali lagi”
”Wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban. Maka aku tidak akan bermain dangan khayalan dan memperjudikan nasib dangan hanya satu agakan. Aku juga tidak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada, sebab esok hari mungkin tidak ada sesuatu; esok hari adalah sesuatu yang yang belum diciptakan dan tidak ada satu pun darinya yang dapat disebutkan”
”Wahai masa lalu yang sudah berlalu dan selesai, tenggelamlah kamu seperti tenggelamnya mataharimu. Aku tidak akan menangisi pemergianmu, dan kamu tidak akan melihatku termenung sebentar pun untuk mengingatimu. Kamu sudah meninggalkan kami semua, pergilah dan jangan kembali lagi”
”Wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban. Maka aku tidak akan bermain dangan khayalan dan memperjudikan nasib dangan hanya satu agakan. Aku juga tidak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada, sebab esok hari mungkin tidak ada sesuatu; esok hari adalah sesuatu yang yang belum diciptakan dan tidak ada satu pun darinya yang dapat disebutkan”
[Dr Aidh Abdullah Al-Qarni]
***
Don't despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Notahati: Aku sedar aku bukan teman terbaik yang bisa sentiasa berdamping denganmu, yang senantiasa bisa mencurahkan kata-kata penyuntik semangat. Aku hanyalah insan biasa, seorang sahabat yang sangat menghargai dirimu teman, dan ingin melihatmu bangkit kembali! La tahzan, jangan pernah putus asa dari rahmat dan kasihNya~
Demi hari-hari yang pasti

Will you marry me?
"enti
bukan ana tidak mahu memandang wajah enti
tapi ana berdoa agar wajah ini menghiasi hari-hari nanti
yang bakal mengukirkan senyuman di setiap pagi
di hari-hari yang pasti
bukan ana tidak mahu melirik senyuman pada enti
tetapi ana selalu tersenyum dalam hati
agar senyuman ini ‘mahal’ di hari penyarungan cincin ke jari
bukan ana tidak ingin memandang senyuman enti
tetapi ana bimbang senyuman ini bakal pudar layu
di hari-hari yang pasti
bukan ana tidak mahu bercakap dgn enti
tetapi ana ingin menghabiskan bicara-bicara ana
tika mana ana dan enti bukan lagi sekadar ‘ana’ dan ‘enti’
di har-hari yang pasti
bukan ana tidak mahu berchatting dengan enti
tetapi ana takut jari-jari ini tidak diizinkan lagi untuk membelai rambut enti
di hari-hari yang pasti
bukan ana tidak mahu membalas SMS enti
tetapi bimbang Allah menarik kenikmatan ini di hari-hari yang pasti
tika itu mungkin Allah menarik nikmat cinta duniawi yg dinikmati di waktu ini
enti yakinlah,
bukan ana tidak ingin mengatakan rindu pada enti
tetapi rindu tika ini tidak akan membawa kepada rindu ana pada Ilahi
kerana hari ini masih bukan hari yang pasti
enti,
intailah sebentar hari-hari yang pasti
tika itu andai ana jatuh enti hulurkan tangan memberi ana harapan
tika ana bersedih enti berikan senyuman yang mendamaikan
tika ana keseorangan entilah teman
tika ana kelalaian entilah yang mengingatkan
tika itu, ana dan enti
bukan lah ‘ana dan enti ‘lagi
kerana…
ia adalah hari-hari yang pasti
antara abbi dan ummi
berdoalah untuk hari-hari yang pasti
di sana bunga c.i.n.t.a akan mekar bersemi"
[sumber: http://hawaymutasawwil.blogspot.com]
Bintang malam kembali terang, langit kelabu kini gemilang, mentari terbit tersenyum riang, berbunga mekar hati seseorang. Mengejar cinta teman dunia, mencari kasih dambaan manusia, lupa cinta agung Sang Pencipta, malanglah nasib mereka yang sia-sia. Sahabat, usah bazirkan peluang bercinta.
Ayuh,bersama mengejar cintaNya~
Notakaki: Urghh,terasa sakit sekali diuji begini. Sabar,sabar. Benarlah, setiap kata-kata itu bakal diuji olehNya. Sedang bibir laju mengatur bicara, jari jemari pantas melarik nasihat, hati sukar sekali mengatur langkah mengotakan kata. Sering sekali suka berbicara tentang cinta manusia dan cintaNya, maka sering jualah hati ini diuji dengannya. Namun, adakah cukup ujian ini sebagai alasan bagi menidakkan pesan Junjungan Besar S.A.W "sampaikanlah dariku walau sepotong ayat"? Aku akan sentiasa menyampaikan, kerana aku dilahirkan sebagai daie, meski diuji dengan kata-kata sendiri. Mudah-mudahan apa yang disampaikan lebih berbekas di hati si penulis sebelum menusuk ke jiwa-jiwa diluar sana.
Subscribe to:
Posts (Atom)