Tuesday, May 29, 2012
Matikan kami dalam agama-Mu
Nikmat yang paling besar adalah Islam, dan ketahuilah bilamana Allah mencintaimu, maka Dia akan menetapkan kematianmu di dalam Islam.
Tidak ada kegembiraan yang lebih besar bagi seorang hamba, selain kegembiraannya terhadap Islam.
Bersyukurlah, kerana dengan rahmat-Nya, kita dilahirkan sebagai muslim, yakni Allah memberikan kita Islam tanpa kita memintanya, maka semoga Allah mengurniakan kita Jannah ketika kita memintanya :')
Wahai yang menetapkan hati-hati, tetapkanlah hati kami di atas agama-Mu ♥
Friday, April 13, 2012
Hamalatul Quran in the making
Kaklong kata, fasya pleaseee jadi kakngah boleh? :')
InsyaAllah, mohon doa kalian agar dikuatkan diri untuk menempuh perjalanan panjang ini. Semoga Allah izinkan kita untuk menjadi hamalatul Quran.
Ya Allah, tambahkanlah kami kecintaan terhadap kalamMu ini, kuatkan semnagat dan tekad kami, dan semoga Engkau mengira setiap usaha dan perit jerih kami ini sebagai amal soleh untuk mendapat redhaMu.
Teruskan melangkah, terus mengejar cintaNya!
+++
Tips on how to memorize quran here
"The biggest achievement he made was not to memorise the Quran. The biggest achievement he made was to be deeply connected with the Quran every single day for 5 years.
That connection with Allah (SWT) is what made Ahmed so special. That deep link with the Creator is what keeps life in perspective and is what helped Ahmed to keep on track with the little weekly targets he set for himself.
One can only imagine what happened to Ahmed’s levels of personal fulfilment, Iman and taqwa, as he went back every single day to develop this ritual of ihsan (spiritual excellence). Each day he woke up for Fajr and wrote out another 5 lines of Quran, his self-esteem and self-confidence soared…
“Can the reward for excellence be anything other than excellence?” Surah Rahman (55: 60)"
Thursday, March 22, 2012
Corat Coret SPM 2011
Terasa seperti semalam baru bumi bertuah Maahad Muhammadi Perempuan itu ditinggalkan. 5 tahun yang penuh dengan memori suka duka. Dan terasa seperti semalam juga saat keputusan SPM 2008 diumumkan, dan sebenarnya semalam adalah hari keputusan SPM 2011. Oh, pantasnya masa berlalu.
Sekadar corat coret dari saya berkenaan dengan SPM*malas nak taip panjang2, cuma printscreen balik status FB, jimat masa :D
Dan suka sangat dengan quote oleh Akh Hilal Asyraf
Well, indeed. Couldn't agree more. Tinggi dalam SPM pun tidak mendefinisikan diri anda. Baik 6A atau 17A, hatta tiada A sekalipun, itu semua adalah rezeki dari Allah, bersyukurlah, dan yakinlah itu yang terbaik buat kalian. Yang paling penting bukanlah keputusan SPM, kerana ia hanya suatu transit, tetapi bagaimana anda membentuk dan mencorakkan diri anda 10 tahun dari sekarang. Mari menjadi hamba yang bersyukur dengan menjadi diri sendiri yang terbaik! :)
Jadi kepada adik-adik, boleh la mula merancang dan memikirkan hala tuju masa depan ye? Isi borang-borang yang ada, dan rajinkanlah bertanya dengan senior-senior yang telah melalui jalan itu. Kepada yang berminat untuk ke Jordan, bolehla try usha link-link ni, atau contact akak personally. InsyaAllah kalau akak tak dapat tolong pun, akak akan refer pada yang lebih tahu dan berpengalaman :)
Akhirnya, marilah kita muhasabah kembali, bagaimana dengan 'SPM' kita yang ini kelak? Sudah cukup bersediakah kita dengan peperiksaan di dunia ini? Terfikirkah kita tentang masa depan kita di akhirat sana? Jom target untuk dapat straight A+'s dalam sijil ni, insyaAllah :)
Sekadar corat coret dari saya berkenaan dengan SPM*malas nak taip panjang2, cuma printscreen balik status FB, jimat masa :D
Coretan I (klik imej untuk tumbesaran)
Coretan II (klik imej untuk kejelasan)
"Rendah dalam SPM, tidak mendefinisikan diri anda. Hidup ini luas dan besar, jangan sempitkannya semata-mata di lubang SPM.
Kenali potensi anda, dan terokai!"
Well, indeed. Couldn't agree more. Tinggi dalam SPM pun tidak mendefinisikan diri anda. Baik 6A atau 17A, hatta tiada A sekalipun, itu semua adalah rezeki dari Allah, bersyukurlah, dan yakinlah itu yang terbaik buat kalian. Yang paling penting bukanlah keputusan SPM, kerana ia hanya suatu transit, tetapi bagaimana anda membentuk dan mencorakkan diri anda 10 tahun dari sekarang. Mari menjadi hamba yang bersyukur dengan menjadi diri sendiri yang terbaik! :)
Jadi kepada adik-adik, boleh la mula merancang dan memikirkan hala tuju masa depan ye? Isi borang-borang yang ada, dan rajinkanlah bertanya dengan senior-senior yang telah melalui jalan itu. Kepada yang berminat untuk ke Jordan, bolehla try usha link-link ni, atau contact akak personally. InsyaAllah kalau akak tak dapat tolong pun, akak akan refer pada yang lebih tahu dan berpengalaman :)
Salam sayang buat semua adik-adik, dan selamat maju jaya. Selamat menempuh kehidupan sebenar dan mengenal erti kematangan, kedewasaan dan tanggungjawab. Seeru 'ala barakatillah.
Ukhtikum fillah,
Nur Farah Aisyah Nazim
Irbid,Jordan
22 Mac 2012, 6.45 am
Monday, March 05, 2012
Sunday, February 19, 2012
Monolog Hari Lahirku
Ya Allah, kelmarin adalah ulang tahun kelahiranku. Sudah 21 tahun aku bernaung di bawah langitMu Ya Allah. Belum pun terasa menjadi hambaMu yang sebenar. Masih berpura-pura. Alangkah alpa dan berdosanya aku. Apakah sisa umurku masih panjang? Atau, hanya seketika lagi? Aku tidak pasti.
Ketika ramai teman mengucapkan selamat panjang umur, hakikatnya umurku semakin pendek. Bukankah tarikh mati setiap insan sudah ditetapkan? Dan hari ini, esok dan lusa aku menapak lagi...semakin hampir pada tarikh kematian yang dijanjikan. Duhai, tertipunya aku ketika menerima ucapan selamat hari lahir...selamat pulakah hari matiku?
Aku belum bersedia untuk bertemuMu Ya Allah. Walaupun aku tahu, siapalah aku untuk menyatakan tidak dan tunggu. Ya Allah, segala kekuatan hanya padaMu jua. Kau yang Maha Tahu apa yang terbaik buat diriku. Aku merayu padaMu Ya Allah, pada tarikh ini...untuk mengemis keampunanMu dengan tangan yang berdosa, dengan hati yang tercela. Jika tidak mengenangkan yang Engkau Maha Pengampun, aku tidak akan datang Ya Allah. Rasa malu dan hina untuk meminta. Apakah aku diterima?
Ya Allah, pada hari ini, ku pinta leraikanlah segala kekusutan di fikiranku. Mohon dijinakkan nafsu liarku. Tenangkanlah gelojak hati ini. Wahai Yang Maha Adil, kutiplah aku untuk menumpang sekalipun di pinggir rahmatMu. Walau sering aku lupa, namun aku sentiasa mendamba.
Aku kembara telah jauh, namun kolam hatiku kian keruh. Beban bertambah berat, diriku kian penat. Urusan kian payah, jiwa semakin gundah. Justeru mudah-mudahan di hari lahirku ini aku akan 'dilahirkan' semula. Lahir sebagai insan yang sentiasa mengingatiMu. Yang mampu hidup antara kekangan takut dan lingkungan harap. Takut, kalau-kalau dimurkai. Harap, minta-minta diampuni.
Buat sahabat, teman dan kenalan, terima kasih di atas ingatan kalian. Pada yang jauh, maafkanku kerana gagal mendekat. Pada yang hampir, maaf kerana tidak pandai membelai. Akhirnya, terimalah secebis kata (mungkin ini pun masih dari terowong jiwaku yang gelap gelita)
"Dalam kehidupan ini, kerap kali yang kita lihat sebagai satu pengakhiran rupa-rupanya adalah suatu permulaan yang baru"
Mudah-mudahan, ini adalah permulaan yang baik. Ameen Ya Rabbal 'Alamin~
*dipetik dan diubahsuai dari Nota 'Monolog Hari Jadiku' dari buku 'Di Mana Dia di Hatiku?' oleh Ustaz Pahrol Mat Juoi <3
Tuesday, September 20, 2011
Fitrah yang menyuntik motivasi
Artikel myilham.com
Fitrah itu mampu mencampak anda setinggi langit!
” saya nak tanya sikit. macam mana nak tangani perasaan nak bercinta ni ye.. kahwin lambat lagi, mak saya kata tunggu habis belajar.. saya pun tak fikir pasal kahwin, tapi perasaan ni datang..”
Seorang sahabat berpangkat adik mengadu rasa baru-baru ini. Saya berfikir sejenak. Soal fitrah, bukan boleh disekat. Itu respon pertama saya.
Sebenarnya, ramai remaja keliru tika didatangi perasaan tersebut. Sebahagian mereka menyalahkan diri sendiri dan berusaha mencampakkan fitrah tersebut jauh-jauh. Fitrah yang mengusik jiwa itu dianggap sebagai parasit yang bisa ‘merosakkan’ cita-cita dan masa depan. Saya kurang bersetuju.
Lalu saya rumuskan satu panduan kepada sahabat tersebut. Soal fitrah sukakan berlainan jantina, itu normal. Hadirnya waktu ini, juga suatu yang normal. Yang tidak normal, sukakan sesama jantina. Maka, usah hukum diri sendiri sebaliknya ambillah perasaan tersebut sebagai motivasi.
Wednesday, July 27, 2011
Sabarlah dulu sayangku :)
Artikel: Fenomena tercemar, nukilan sahabat saya di Irbid, Nurul Hasna' Hazni. Tulisan beliau boleh dibaca di blog beliau ini. Semoga tulisan ini mampu menyedarkan kita dan seterusnya mendorong kita untuk memperkasakan pembinaan fardu muslim, insyaAllah :)
Pendahuluan: fenomena kahwin.
"awak, saya ada masalah berat ni.."
"insya-Allah, selagi boleh, hasna' akan cuba bantu..^^. Masalah apa ya?"
"saya nak kawin. Apa pandangan awak?".
Terkedu. Ini sudah masuk kali ke berapa ribu (hyperbola) orang-orang di sekeliling saya membicarakan tentang perkahwinan. Dan setiap kali itu jugalah saya akan terdiam. Berfikir. Sebelum menyusun kata. Atau mungkin sebenarnya terdiam. Berfikir. Dan menahan sabar.
Monday, July 25, 2011
Panjang umur atau berkat umur?
Sanah helwah! :)
Setiap kali tiba hari lahir seseorang, maka ungkapan biasa yang akan dilafazkan adalah, "Selamat hari lahir, semoga panjang umur dan murah rezeki". Tapi jarang sekali kita memperincikan doa tersebut bukan?
Pagi tadi seusai Subuh, Allah menemukan saya dengan ayat ini saat mentadabbur kitab cintaNya.
Sunday, July 24, 2011
Persiapan menyambut tetamu agung
Ramadhan bakal tiba tidak lama lagi. Bagaimana persiapan kita untuk menyambutnya? Adakah hanya Allah yang 'bersungguh-sungguh' menawarkan ganjaran yang lumayan kepada kita melalui Ramadhan ini, tetapi kita tidak bersungguh-sungguh untuk merebutnya? Semoga kita termasuk dalam kalangan mereka yang rugi dan mensia-siakan hadiah istimewa darinya ini.
Jom kita tengok apa bentuk persediaan yang boleh kita mulakan dari sekarang ;)
Jom kita tengok apa bentuk persediaan yang boleh kita mulakan dari sekarang ;)
Friday, July 15, 2011
5 langkah mencapai kemuliaan
*Dipetik dari buku "Anak-anakku berjuanglah", oleh Ummu Anas
Abul Laith pernah menjelaskan tentang 5 langkah untuk memperoleh kehormatan dan kemuliaan.
1. Menahan diri daripada maksiat.
Berdasarkan kepada perintah Allah supaya menahan nafsu daripada maksiat, agar diganjari syurga.
Abul Laith pernah menjelaskan tentang 5 langkah untuk memperoleh kehormatan dan kemuliaan.
1. Menahan diri daripada maksiat.
Berdasarkan kepada perintah Allah supaya menahan nafsu daripada maksiat, agar diganjari syurga.
Subscribe to:
Posts (Atom)









