Friday, March 26, 2010

Medicine in Jordan

*This article is taken from one of my best friend in Jordan, Raihana Nazri. Enjoy!*

Kira-kira setahun yang lalu, pada minggu ini, saya terpaksa memandu sejauh 30KM untuk ke Hospital Putrajaya. Bukan menziarah keluarga yang sakit. Tetapi atas tanggungjawab mengikuti Kursus Pendedahan Kerjaya Kedoktoran, kursus khas buat semua pemohon biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Tujuan JPA, pada pandangan saya, ialah untuk memastikan pemohon-pemohon lepasan SPM benar-benar pasti dan bersifat realistik akan bidang tugas, masa bertugas, sistem kenaikan pangkat dan sebagainya, sebab tak semua orang tahu, tugas doktor bukan semudah seperti Dr. House dalam siri House atau...(bayangkan sendiri hero/heroin siri mana anda.)

Career Path as Doctors in Malaysia

Graduate > Housemanship (compulsory , min. 2years in public hospital) > Compulsory Service (3years , in any hospitals or clinics under the Ministry of Health)

Above is the compulsory system in Malaysia in order to allow us to be a Registered Medical Practitoners. (link: http://mmc.gov.my/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=15&Itemid=38 )

After that, we opt to choose either to pursue our Master to specialize or to continue practitioning anywhere.

I did my own calculation a year ago.
6 years (studying) + 2 years (HO/houseman) + 3 years (MO/compulsory service)
= 10 years!

Erk, at the age 29++. Others might have become millionaires like Irfan Khairi, while I'm just about to start specializing . When to get married? When to go for world tour?

Niat

Sebab doktor gaji banyak.
Sebab doktor orang hormat.
Sebab doktor hebat, boleh jadi macam .....(silalah isikan sendiri watak-watak kegemaran anda).

BOHONG BELAKA!

Saya tak pernah baca buku yang mengisahkan tentang doktor jutawan. Kalau nak jadi kaya, kerja lain lagi melambak.
Jadi 'orang besar' baru orang hormat, kan? Kena jadi YB dulu ni :D
Movies are lies.

Konklusi:
Niat biar betul dan jalan mesti benar.

Jadi pelajar perubatan selama 4 bulan ini, saya akui saya selalu rasa tewas. Tewas dengan rasa dan cemburu. Rasa letih dan malas. Cemburu pada kawan-kawan yang 'relax' sahaja belajar.

Tetapi, kita akan bangkit bangun untuk terus perjuangkan niat kita.
Penting niat ni. Azam kita ni. Matlamat masa panjang kita. Fikirkan dalam-dalam bagi mereka yang masih punya masa dan peluang.

Eh, bukan nak lemahkan semangat sesiapa, sekadar nak tolong suluhkan mana-mana jalan yang perlu. Kalau nak lampu suluh lebih power, boleh tanya pada mereka yang arif. Saya tak arif bidang ini. Cuma berkongsi pandangan..

Studying Medicine in Jordan

Degree: Bachelor of Medicine and Surgery (MBBS)
Duration: 6 years
System:

Year 1-3
  • Theoretical Learning
  • 3 semester per Year [1st Sem: Sept- Jan, 2nd Sem: Feb - June, 3rd Sem/ Summer Sem: June - August]
  • Teaching Medium: English
  • Holidays: the longest in August, 1 Month
  • Exam oriented; 3 exams per semester
  • All exam are Multiple Choice Questions (MCQ)
Year 4-6: Pre-Clinical (don't know much, but you have to communicate with locals in Arabic for sure)

Jordan; from My Personal View

Weather
  • Winter: Sept - April..some places snowing even only for a day. Temp: min. 2/1 - max. 15
  • Summer: May- August. Don't know much..but max. Temp: 38/40 degree Celsius.
  • in between these two : Spring and Autumn, but not very significant.
Language
  • mainly Arabic 'Ammiah. Slightly different from Arabic Fushah(read: fus-hah), the Arabic that we write.
  • English. During lectures and sometimes with Arabic friends. Their accent is British.
Food
  • Awesome. :D
  • Rice available. Eventhough quite expensive, the scholarship is enough..
Irbid
  • one of the state.
  • have 2 universities: Jordan Univ. of Science & Tech (JUST) and Univ. of Yarmouk
  • JUST: Dentistry & Medicine studies
  • Yarmouk: Arabic, Economics, Fiqh, Usuluddin (etc ) Studies
  • Lots to discover.
  • 1 and half Hour from Queen Alia Int. Airport :D
~life~
  • won't get bored.
  • All Malaysians are Family. Tak kenal siapa, tapi tegur je.
  • rindu Malaysia, tapi masih boleh kawal. Ada internet. Skype dan YM sedia berkhidmat.
  • ilmu bertebaran. Tunggu kita cari je.
  • duit cukup.
  • makan kenyang.
  • locals are very friendly.
So..
we are the artist for the paintings of our life.
Though we have no talent,
but we'll learn by time.
Our drawings; there is always One who admire them.
If they are For Him.

"انّ الله عليم بذات الصدور"

Thursday, March 25, 2010

Ku gugurkan cinta kerana Allah

KU GUGURKAN CINTA KERANA ALLAH

Ibn ‘Abidin

hatiperantau.wordpress.com

cinta Allah

Dikelilingi timbunan nota-nota kuliah, menjelang imtihan yang menyesakkan jiwa bukanlah perkara baru dalam hidupku. Semenjak bergelar mahasiswa di IPTA kota ini, bermusafir menjejak ilmu syariah dan perekonomian yang hampir tamat destinasi pengajian sarjana mudaku ini.

Malah bukan perkara yang ajaib jika tidur pun berselimutkan helaian nota. Menjeling sejenak salinan tesis pelengkap pengajianku. Aduhai, tidak kunafikan ia menuntut masa 24 jam 1 minit setiap hari. Memerah otak yang masih punya tanggungjawab lain untuk menerima input berkaitan syariah disamping minor ekonomiku untuk dihadami.

Serabut..?! tapi, berkat kesabaran, ketidakjemuan menapak ke paras 3 Akademi Pengajian Islam yang menyisipkan 1001 kenangan, berbincang dengan penyelia, Dr. Adzmeer adalah antara ramuan yang kutumiskan dalam karya hak milik terpelihara ini. Senyum tanda aku puas. Syukur ya Allah.

Menerima sms tanpa diundang yang sengaja memenuhkan inbox pesanan handset lewat 2 hari yang lalu, sedikit sebanyak membuatkan aku terganggu.

“Khabar apakah Umar di sana? Semoga hidupmu sentiasa dalam keberkatanNya. Maaf, kiranya sms ini menggangu. Masih ingatkah Umar pada Husna?”

Husna, mana mungkin nama itu padam dalam diari hatiku ini. Nama yang menyepi hampir 3 tahun yang lepas seusia dengan tahun pengajianku di sini. Nama yang mencatatkan kelukaan pada hati ini. Nama yang mengukir kenangan manis, tatkala menerima balasan pertama kali untuk mendekati gadis ini ketika di tingkatan 4, Maahad Johor. Namun, khabar yang kuterima di pertengahan semester pengajian untuk mengambil peperiksaan STAM membuatkan aku terkedu. Lantas ku atur langkah menuju ke kota raya, cuba untuk mencari ketenangan bagi kelukaan ini.

“Umar, maafkan Husna. Husna masih menyayangi Umar. Perasaan Husna masih segar seperti 5 tahun yang lepas…”

Aku tersenyum membaca sms yang ke 2. Senyum yang aku sendiri tidak pasti apa maksudnya. Mungkin aku mendabik bahawa aku menang! Dia kembali kepadaku, seperti yang pernah dilafazkan oleh teman akrabku, jika hatiku benar-benar mengasihinya dia pasti akan kembali padaku. Benar teman, kini dia kembali!

“Lelaki yang soleh takkan mengalah hanya kerana cinta seorang perempuan…”

Ya aduhai, kata-kata yang membuatkan darahku tersirap. Pedih! Nak nak ia dilafazkan oleh seorang perempuan. Cis, bengang sungguh ketika itu. Disapa oleh seorang sepupu yang ku kira paling “bengkeng” dan sombong. Jarang benar mencernakan senyuman. Hanya wajah selamba yang dipamerkan.

Ini semua, Angah punya pasal. Dicanangkan seluruh famili ketika syura keluarga akhir bulan itu. Malu sangat. Mahu rasanya ditukar Angah menjadi katak yang paling hodoh!

“Belajar di Maahad untuk menjadi pencinta manusia yang lemah ker? Rugi Ayah Chik menghantar awak belajar di sana.”

Sibuk sungguh kau perempuan. Hatiku yang parah ini kau simbah dengan limau nipis. Memang kau perempuan yang tidak mengerti. Tiada daya lagi untuk kumenjawab setiap peluru bicara yang dihamburkan oleh gadis berwatak serius itu. Ya kau menang?! Akurkah aku dengan setiap patah-patah kata yang begitu melukakan hati… tapi sukar untuk kunafikan kerana maujud kebenaran dalam senjata bicara itu… benar aku insan dhaif yang lemah.. lemah dengan cinta manusia yang sia-sia… aku tertunduk lesu.

“Awak sekadar mengejar cinta yang tidak pasti akan kejayaannya. Dia juga manusia yang lemah sama seperti awak, ciptaan daripada hinanya air mani. Mengapa perlu dikejar cinta daripada insan yang hanya mengerti makna keseronokan semata-mata. “

“Tidak salah jika saya mengatakan cinta yang awak dambakan itu adalah salah satu daripada acuan lagenda agung kononnya, Romeo Juliet, Laila Majnun. Apa kurangkah lagenda cinta Islam untuk awak jadikan role model?”

“Apa kurangkah kisah-kisah cinta Islam yang mampu awak lihat dan ambil iktibar. Atau awak yang sengaja membutakan mata dan hati?! Takkan ada yang mencebik andai cinta yang awak kejar seagung cintanya Rabiatul Adawiyah, seteguh kalimah syahadah Bilal Rabah dan seindah kasihnya Handzalah,”

Bisa benar kata-kata daripada mulut mungil itu. Aku dikatakan buta mata dan hati?! Benarkah telahan gadis itu? Hai, bukan awak yang merasa pedihnya hati ini, mudah benar membuat rumusan yang tidak adil itu, cuba kena pada batang hidung sendiri, mahu meraung.

”Benar, yang merasa semua kepedihan itu hanyalah awak. Kami yang memandang rasa serabut tengok keadaan awak. Konon-konon cita untuk berjuang di medan sampai jihad nun di Palestin katanya, tapi baru dijengah mehnah sebesar zarah ini, sudah mahu tumbang… Aduhai lelaki, kau bukan calon soleh untuk bercita-cita menagih syahid di medan sana,”

cinta1

Bulat mataku memandang wajah mulus bertudung labuh itu. Sapaannya di rembang itu ketika berselisih di dapur rumah opah menyemarakkan lagi khutbahnya. Aku hanya memandang. Ingin aku membalas tapi memandangkan Angah yang tersengih di sebelahnya, aku memujuk diri supaya menerima sahaja hemburan kata-kata itu.

”Berapa lama kau mengenali perempuan itu? Pastinya tidak selama kau mengenali penciptaMu, benar bukan?! Cinta yang kau sendiri tidak pasti arah tujuan itu, benar-benar telah berjaya menumbangkan semangat juangmu kepada dunia. Cinta duniawi itu telah berjaya!,”

Aku mencebik dan tersenyum sinis.

”Kau tidak percaya?! Lihat sahaja dirimu itu, mengalahkan ayam mati bini,”

Mungkin! Aku mengiyakan walaupun hanya di dalam hati akan kebenaran kata-kata itu. Melihat keadaan aku, memang sah lah seolah-olah menunggu masa untuk dimasukkan ke dalam wad gila. Bertahun aku menganyam kasih bersama Husna, akhirnya aku ditinggalkan setelah aku menyerahkan seluruh kepercayaan aku padanya. Alasan yang cukup pasif, pada bicaraku. Menerima calon yang diusulkan oleh keluarganya. Sukar untuk aku menerima hakikat itu. Dan, inilah habuan yang aku terima. Pelajaran entah ke mana, kehidupan yang tidak terurus. STAM, bakal menyapa tidak kurang daripada 2 bulan lagi. Dan aku tidak menjanjikan bahawa sebarang kejayaan bakal ku raih pada keluargaku.

”Kau terlalu naif?!,”

Aku tersentak, benarkah?

”Lihatlah wajah-wajah babahmu, umimu dan lihatlah dengan mata hatimu, ISLAM! Golongan sepertimu adalah yang paling disukai oleh musuh-musih Islam. Lihatlah kebenaran, musuh-musuh Islam tidak pernah takutkan senjata kita, tetapi mereka cukup takutkan semangat jihad yang ada pada kita, ORANG ISLAM. Tapi, lihatlah jihadmu sudah terkulai layu.. Kau takkan mampu menentang mereka, sebab kau tidak mampu menentang jihad nafsumu dalam dirimu,”

Mendatar kalimah itu.

”Dimanakah peganganmu selama ini? Dimana alunan Kalamullah itu? Sudah lama benar aku tidak mendengar suaramu memuji Kalam Allah itu. Kau berpotensi untuk menjadi calon soleh untuk dirimu, keluargamu, dan agamamu. Perhatikanlah Allah tidak pernah menyediakan sepahit-pahit ubat kepada makhlukNya melainkan ubat itu menjanjikan satu kenikmatan kesihatan pada jiwamu yang takkan kau temui jika kau masih menutup mata hatimu,”

Aku meneliti bait-bait yang terlontar.

”Aku tidak menafikan manusia itu tidak memerlukan cinta, sebab cinta itu kurniaan yang nian indah oleh Allah. Tapi, jangan rosakkan cinta itu dengan kelalaian hatimu dalam mempertimbangkan antara yang abadi dan bersifat sementara. Cinta manusia hanya sementara, jadikanlah ia penyuluh untuk dirimu meraih syurga Allah. Takkan kau temui cinta hakiki, selagi kau tidak membuka mata hatimu untuk mencari cinta abadi yang telah wujud dalam dirimu sedari azali,”

”Aku takkan sedih jika kau kecewa dengan hatimu yang tidak kuat menyintai Allah kerana kau takut untuk mendapatkan cinta itu kerana kau tahu siapa dirimu yang sebenarnya untuk meraih cinta Allah yang ternyata ramai berebut untuk mendapatkannya,”

Dia melepaskan satu keluhan.

”Tapi aku terlalu sedih, kau hanya lemah hanya kerana cinta manusia biasa. Tidak terbanding dengan cinta yang terlalu agung itu. Kau terlalu lemah… sebab hatimu terlalu lemah untuk membuka mata hatimu melihat kepastian cinta yang sebenarnya,”

Pengakhiran ceramah cinta itu, dia berlalu tanpa memandang wajahku. Angah ku lihat menitiskan air mata. Kenapa? Terbit persoalan itu.

”Jangan biarkan hati itu sunyi tanpa cinta Allah,”

Terluncur kata-kata daripada Angah yang tidak pernah aku jangka kan. Malam itu, lama aku bermunajat dan berteleku di atas sejadah. Qalam mulia itu kembali intim di bibir, tidak sekadar hanya merenung seperti kebiasaanya. Malam itu menyaksikan air mata lelaki ku, tumpah jua akhirnya, biarpun ia bukan yang pertama. Tapi, kali ini ia tumpah pada yang berhak. Menangisi kepasifan diri ini. ..

Serasanya itulah kali pertama aku merasakan akulah insan yang terlalu bodoh. Mendamba cinta yang hanya memberikan aku kesakitan. Tapi, Dia masih menyayangi diriku ini. Dikirimkan seorang insan untuk menegur kealpaanku. Dialah yang menyedarkan aku. Tapi, aku tahu ucapan terima kasih itu takkan dia terima sebaliknya dia pasti akan menyuruh aku menyampaikan ucapan terima kasih ku pada yang jauh lebih berhak.. pada Allah.

Benar, kata-katamu itu terlalu benar. Itulah kisah tiga tahun lepas. Kini, aku sudah mampu tersenyum. Tersenyum kerana aku sebenarnya sedang cuba untuk meraih ciri-ciri calon soleh yang pernah singgah di pendengaranku ini. Dan aku takkan berputus asa, takkan malu memohon padaNya moga akulah calon soleh untuk meraih cintaNya yang abadi.

Kepada sepupuku, Mardhiahtul Aliah… terima kasih atas sindiran sinismu itu. Terlalu pahit, tapi buah kemanisan iman itu sudah kutemui. Husna, juga ucapan terima kasih. Kerana jika dia tidak memutuskan hubungan itu, pasti aku takkan mengenal hakikat diri.

Sms Husna ku balas…

”Biar nafsu sunyi tanpa godaan, biar kaki sunyi tanpa berjalan, tapi jangan biar aqal sunyi tanpa ilmu dan jangan biar hati sunyi tanpa cinta kepada Allah SWT,”

cinta-allah


Sayonara cinta


Tika dan saat ini

Hati saya sedang sakit

Tenat sekali

Awak tahu kenapa?

Kerana saya terlalu merindui awak

Tapi, saya juga merindui Dia

Mana mungkin dapat saya peroleh keduanya bukan?

Cinta yang bertentangan tak mungkin bercampur dalam bekas yang sama,tidak begitu?

Jadi, haruskah saya memilih?

Jika hanya itu pilihannya,

maka saya minta awak lari jauh-jauh.

Lari dari hidup saya,

bawa bersama kenangan-kenangan lampau.

Biarkan saya sendiri mencipta cinta bersamaNya.

Belum masanya lagi hati ini milik awak.

Saya mahu hati saya kembali hidup.

Saya mahu hati itu kembali subur,

subur dengan harapan.

Mustahilkah jika diri yang hina dan penuh dosa ini,

memasang angan ingin menjadi semulia Rabiatul Adawiyah?

Atau cukup, menjadi setabah Sumayyah?

Ada cinta yang lain yang perlu saya kejar,

selain dari awak.

Maaf, sila beredar dari kamar hati ini dengan segera.

Saya sudah cukup terseksa.

Terima kasih.

***

Notakaki 1: Muak dengan diri sendiri, selalu tewas dengan perasaan. Alangkah malangnya jika pejuang agama tewas hanya dengan perkara seremeh ini. Tapi, memang itu realitinya. Aku lemah. Tuhan, bantu aku, tolong. Cukup, ini yang terakhir. Sudah malu dengan diri sendiri. Terlalu mengikut perasaan. Selamat tinggal jiwa yang kacau, selamat datang semangat baru!

Notakaki 2: Pasti awak kecewa dengan saya bukan? Masih lemah dibelenggu perasaan itu, sedangkan awak sudah tabah mengharunginya dan gagah berjuang untuk agama kita. Maafkan saya kerana tidak sekuat awak. Doakan saya agar dapat berkongsi kekuatan itu.

***
Apakah Allah sentiasa menjadi pergantungan harapan dan tempat merujuk dan membujuk hati ku yang rawan? Allah ciptakan manusia hanya dengan satu hati. Di sanalah sewajarnya cinta Allah bersemi. Jika cinta Allah yang bersinar, sirnalah segala cinta yang lain. Tetapi jika sebaliknya cinta selain-Nya yang ada di situ, maka cinta Allah akan terpinggir . Ketika itu tiada DIA di hati ku!

Jika kau tanyakan padaku, “adakah ada DIA di hati mu?”, aku hanya mampu menjawab, “aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hatiku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-Nya tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-Nya…”

Maafkan aku tuhan..

Justeru belum ada DIA di hati ku, hidup ku belum bahagia, belum tenang dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari dengan langkah mujahadah ini. Aku yakin Allah itu dekat, pintu keampunan-Nya lebih luas daripada pintu kemurkaan-Nya. Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat. Begitu seperti yang selalu ku dengar daripada sebuah hadis Qudsi yang panjang.

Dan akhirnya aku tiba pada satu keyakinan, di mana DIA di hati ku bukan menagih satu jawapan… tetapi satu perjuangan dan pengorbanan. Insya-Allah, aku yakin pada suatu masa nanti akan ada DIA di hatiku dan di hatimu jua! Insya-Allah. Amin. Dan kita akan terus mengemis kasih…




MENGEMIS KASIH MU

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku di lorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai ke penghujungnya
Kisah seribu duka kuharap sudah berlalu
Tak ingin lagi ku ulangi kembali
Gerak Dosa yang menghiris hati

Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku

[http://genta-rasa.com]


Monday, March 22, 2010

Semangat semangat!

7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi

www.iluvislam.com

Shukri Abdullah



Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula
punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.




Notakaki: Motivasi paling kuat untuk diri, bahawa dalam mengejar redhaNya, pasti akan dirintangi dengan pelbagai ujian. Namun, Allah tidak pernah sesaat pun meninggalkan hambaNya. Setiap rintihan dan luahan, pasti didengariNya. Jangan putus asa diri, Allah cintakan hambaNya yang bersabar dan tidak putus asa pada rahmatNya. Diri mahu cintaNya bukan?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...