Alhamdulillah summer sem ini diizinkan untuk mengambil subjek Behavioral Science / Psychology. Subhanallah, sangat menarik! insyaAllah nak share sedikit sebanyak apa yang telah dipelajari :)
Human Development Theory - Erikson's stages of psychosocial development
Menurut Erikson, terdapat 8 fasa dalam perkembangan psikososial seseorang yang akan mempengaruhi personalitinya. Setiap fasa adalah kritikal, dan perlu diberi perhatian sewajarnya oleh para ibu bapa terutamanya ketika perkembangan anak-anak mereka.
Jom kita tengok apa fasa-fasa tersebut :)
1) Trust vs Mistrust (Birth - 2 years)
Ketika ini bayi mula belajar soal harapan. Mereka akan bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa untuk kelangsungan hidup dan keselesaan.
Oleh itu penting pada fasa ini untuk ibu bapa memberikan perhatian dan kasih sayang yang cukup, kerana ia akan membuatkan si anak melihat dunia sebagai sebuah tempat yang boleh dipercayai.
Kegagalan ibu bapa untuk membekalkan persekitaran yang 'selamat' serta memenuhi keperluan asasi anak akan menyebabkan anak hilang rasa percaya, yang seterusnya akan mengakibatkan kekecewaan, curiga, memencilkan diri dan kirang keyakinan diri (paranoid personality)
2) Autonomy vs Shame & Doubt (2-4 years)
Autonomi: kemahiran dan perasaan bertanggungjawab dan dapat menguasai diri sendiri.
Pada fasa ini, kanak-kanak akan mula belajar untuk melakukan semuanya sendiri tanpa bantuan orang lain. Mereka ketika ini sangat suka untuk meneroka dunia dan sentiasa belajar tentang dunia sekeliling. Mereka ingin memakai baju sendiri, makan menggunakan tangan atau sudu, menggunakan tandas tanpa bantuan dan sebagainya.
Kesabaran dan galakan dari ibu bapa akan membantu anak-anak untuk memupuk sifat autonomi ini. Jika tidak, anak-anak akan membina sifat ragu-ragu tentang keupayaan dirinya sendiri.
Jadi, jika anda mempunyai anak pada usia ini, galakkan mereka untuk melakukan aktiviti harian mereka tanpa bantuan, dan jangan dihalang saintis muda ini apabila mereka ber-eksperimen. Yang penting para ummi dan abi kena sabar lah ye bila anak-anak mereka sepahkan rumah, pecahkan barang dan conteng dinding. Kan rumah adalah medan untuk para ulama cilik itu membesar dan belajar? ;)
3) Initiative vs Guilt (4-5 years)
4) Industry vs Inferiority (5-12 years)
5) Identity vs Role Confusion (13-19 years)
6) Intimacy vs Isolation (20-40 years)
7) Generativity vs Stagnation (40-64 years)
8) Integrity vs Despair (Late adulthood, 65-death)